Thursday, October 21, 2010

i AM POSITIVE!

bismillah..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kegagalan! Biasanya perkataan yang satu ni sentia
sa di gabungkan dengan perkataan FOBIA! Benda tu la yang jadi kat diri ana. Bukan ana tak pernah gagal. Pernah! Tapi ana tak tau kenapa kegagalan kali ni buat ana rasa tersungkur. Tersungkur dan seolah tak mampu lagi bangkit dengan sepasang kaki yang dikurniakan Allah. Tapi kegagalan lah yang mengajar kita tentang erti KEHIDUPAN yang sebenar. Kita boleh tengok contoh Rasulullah. Tiap-tiap kali kegagalan menimpa, Allah yang baginda rujuk semula kerana Baginda tau " Allah tak menjadi kan sesuatu itu sia-sia." Jadi mengapa kita mesti fobia dengan perkataan GAGAL? Mengapa kalau kegagalan itu boleh menjadikan kita lebih baik dari orang lain?

Ana pun ada terfikir, " mesti aku kena gelak nanti. " Tapi Allah tak pernah kecewa kan kita kan? Allah sayang sangat kat kita!!!

" Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang cubaan seperti yang dialami oleh orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang dengan pelbagai Cubaan sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman berkata,
' bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat! "
( SURAH AL BAQARAH : AYAT 214 )

Allah dah bagitau kita yang pertolonganNya dekat kan? So, kenapa kita mudah sangat putus asa dengan ujian yang cukup kecil jika dibandingkan dengan ujian yang diberi kepada orang lain. Kalau dengan ujian yang sekecil ni pun kita dah nak bunuh diri, dah pasang niat tak nak belajar, macam mana kita nak tempuh ujian yang lebih besar untuk dapatkan syurga Allah?

Kita selalu dengar, kejayaan yang sebenar akan dapat dirasai selepas kita gagal dahulu. Tapi kenapa bila kegagalan tu berlaku dalam hidup kita, mudah sangat kita meluahkan ayat, ' dah la, cukuplah tu,, aku tak mau lagi belajar ', ' dah la, aku dah give up! '. KENAPA? WHY? Mungkin Allah nak bagi kita yang lebih manis kan? Kegagalan bukanlah penghujung kehidupan kita. Bahakn dalam Islam tu sendiri, bila kita gagal menjadi baik, atau banyak melakukan dosa, Allah masih buka peluang Taubat untuk kita kan agar kita dapat capai kejayaan yang hakiki di alam akhirat kelak. Mungkin itulah salah kita kerana kita tak buka mata kita dengan seluas-luasnya untuk melihat ayat-ayat Allah yang sentiasa memujuk hati kita agar sentisa berfikiran POSITIVE! Malangnya, kita terus menutup pintu hati, dan menyebabkan ayat-ayat Allah tu tak dapat memasuki hati kita untuk memujuk hati kita yang sedang bersedih. Tidakkah kita terfikir betapa jahilnya kita pabila kita menangis di saat kita gagal dalam peperiksaan, tapi kita tak menitiskan air mata pun di saat kita melakukan dosa yang pastinya kalau dilakukan berterusan akan mendatangkan murka Allah! Tidak terfikirkah kita semua itu?

Maybe kita yang gagal akan digelakkan oleh orang lain. Tapi kita mesti ingat gelak orang bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana dia bukan boleh tentukan kita boleh masuk syurga atau neraka nanti. Hanya Allah! Apabila kegagalan menimpa, dan kita jatuh tersungkur, pasti Allah akan hantar seseorang untuk menghulurkan tangannya demi mambantu kita untuk terus berdiri. Itulah Sahabat sejati. Kalau tidak, kita gunakan tangan dan kaki kita sendiri untuk bangkit dan terus berlari untuk mengejar kejayaan dunia dan Akhirat.. insyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

kalau dah usaha tp gagal.. its ok.. tapi tak usaha langsung tapi gagal tu mmg kegagalan yg tak berguna

Ummu Abiha said...

btul2... klu dh usaha,, xsdih ngt. tp kdg2 meraung gak. =(