Wednesday, October 13, 2010

lupa atau sengaja?

bismillah..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Pertama sekali ana nak ucap " SELAMAT BERIBADAH " buat semua yang jadi tetamu Allah tahun ni. Seronoknya!! Kalau boleh ana pun nak pergi tapi belum mampu, and antara syarat nak pergi kena mampu kan? Huhuhuhu. Takpe la, mungkin masa ana akan tiba juga, mana tau time tu ana akan pergi dengan family ana pula kan. Huhuhuhhu.. Hope Allah akan bagi peluang tu kat ana.. Amin... Nabi bersabda yang bermaksud :

" Barangsiapa keluar daripada rumahnya untuk haji atau umrah, lalu dia mati, maka baginya pahala orang haji yang umrah sampai hari kiamat. "

Hadis ni menunjukkan betapa pentingnya haji tu kan?

Bila kita bincang pasal haji, mesti ada yang terfikir pasal ibu dan ayah masing-masing kan. Mesti ada dalam kalangan kita yang berhajat nak hantar mak dan ayah mereka pergi haji kan? Tapi adakah dengan cara tu je kita dah dapat balas semua jasa ibu dan ayah kita kat kita? Kadang-kadang kita tak sedar dek terlampau sibuk dengan dunia, kerja, belajar, sampai kita leka about our parents. Mungkin kita buat semua tu untuk bagi kejayaan tu sebagai hadiah pada ibu bapa kita tapi terfikir tak kita, masa yang kita peruntukkan untuk mereka tu lebih bermakna? Bukan ana nak kata tak payah belajar dan kerja, tapi at least kita spend our time dengan our parents kan? Kan sini ana nak selitkan sebuah kisah benar yang terjadi dalam diri seorang hamba Allah, mungkin kita boleh ambil iktibar dari kisah ni, InsyaAllah.

~ Aku seorang pelajar. Aku tau ibu bapa ku sering mengharapkan aku menjadi contoh yang terbaik buat adik-adikku memandangkan aku anak sulung dalam keluarga. Lagipun sudah menjadi tradisi dalam family besar ibuku, setiap satu keluarga pasti ada yang masuk universiti dan menjadi orang yang berguna. Ayahku seorang yang kurang sihat. Ketika aku di bangku sekolah, beliau sering memberi kata-kata yang kadang kala membuat air mataku gugur ke bumi. Antara ayatnya ' ayah tak rasa akak boleh dapat byk A ' . Aku tau ayahku sengaja berkata begitu untuk menaikkan semangatku. Mungkin kebanyakan orang melihat family aku sebagai keluarga yang kaya, mewah, mereka tak sedar family aku bukanlah orang yang berharta. Bukan sama sekali. Adikku yang bongsu lebih minat ke arah sukan, dan kita tau bukan mudah untuk memaksa seorang anak lelaki untuk mengikut kehendak kita. Itulah yang terjadi pada kedua ibubapa ku. Adikku yang perempuan memang minat belajar tapi dia mudah terpengaruh dengan aktiviti luar. Herm, jadi aku sedar harapan keluargaku lebih terletak padaku. Disebabkan itu, aku sering menyibukkan diri dengan belajar dan belajar. Aku sering menghabiskan masa di sekolah dan study group bersama kawan-kawanku. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha itu, aku dikurniakan kejayaan, tapi aku tak sedar masa yang aku peruntukkan untuk keluargaku kian kurang. Aku lalai dengan kehidupan bersama kawan. Aku kurang meluangkan masa untuk bergelak ketawa bersama ayahku padahal aku tau beliau kurang sihat. Selepas keputusan SPM diumumkan, aku ditawarkan untuk menyambung pelajaranku dan aku terpaksa tinggal di asrama. Masa ku akan terisi sepenuhnya dengan belajar, kawan, aktiviti kampus dan sebagainya. Tapi dimana masa untuk ayahku yang sakit, dimana masanya untuk aku bermanja dengan ibu aku? Pada suatu hari, bila aku pulanh ke rumah, aku melihat kondisi ayahku makin teruk, saat itu hanya Allah yang tau apa yang aku rasa. Aku tahankan air mata dari terus jatuh ke pipi. Aku tak mahu ibuku menjadi lemah pabila melihat aku menangis. Pabila sampai masanya aku pulang ke kampus, aku jadi lalai kembali. Aku kembali leka dengan kawan-kawan seperjuangan. Dan apabila aku pulang sekali lagi ke kampung, ibuku pula diserang penyakit. Mungkin tidak serius bagi sesetengah orang tapi bagi aku kondisi ibu sungguh teruk kerana ibu diharuskan untuk masuk ke wad. Ketika itu aku dalam dilema, apakah aku harus duduk di rumah menjaga ayahku, atau duduk di hospital sementara menunggu ibuku sembuh. Aku tak mahu menyuruh adik-adikku menjaga ibuku di hospital keran mereka perlu ke sekolah. Itu lebih penting bagi mereka. Selagi ada aku, aku akan terus berjuang untuk menjaga ibu dan ayahku. Setiap kali aku sujud di hadapan Penciptaku, pasti aku akan luahkan semuanya! Aku tau hanya kepadanya aku mengharapkan sesuatu. Mungkin manusia mampu memberi nasihat tapi Allah mampu memberi aku ketenangan. Itu yang aku cari. Aku tak ingin orang memandang keluargaku sebagai orang yang tidak punya masalah dan tergolong dalam orang yang banyak duit. Kadang-kala aku ingin katakan pada mereka betapa familyku hanya terdiri dari insan-insan yang lemah, yang hartanya hanya milik Allah. Kini aku berharap Allah masih memberi aku peluang untuk membuktikan kasih sayangku pada kedua ibubapaku selagi mereka masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah ini..~

Herm, mungkin salah kita adalah kita terlupa yang ada insan kerdil yang sentiasa mendoakan kita, mendoakan kejayaan kita. Mungkin tanpa d
oa mereka, kejayaan tu tak akan jadi milik kita.

Adakah kita terfikir saat kita masih bayi dulu, adakah ibu kita melupakan kita walaupun sesaat? Adakah ayah kita akan memukul kita andai kita akan menangis di malam hari? Mungkin ada, tetapi bilangannya sangatlah sedikit. Tapi kita semakin lupa dengan hakikat bahawa ada insan yang lebih penting dari seorang sahabat baik. Lebih penting dari insan bernama ' girlfriend' , ' boyfriend'. Insan itu adalah ibu ayah kita yang sering memegang tangan kita andai kita tersungkur, yang sering menghiburkan andai kita diserang kesedihan. Mungkin ada kalangan kita yang ibu dan ayah nya sudah berpisah, tapi pernah ke kita terfikir keadaan kawan-kawan kita yang tidak punya ibu dan ayah. Walau sejahat mana pun mereka, mereka masih bergelar ibu ayah kita.
So,, buat sahabat- sahabat ana semua termasuklah diri ana, mari kita sama-sama menjadi anak soleh dan solehah. Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan ibu ayah kita dunia dan akhirat, kerana doa anak yang soleh itu akan menjadi bekalan di dalam kubur kelak. Buat sahabat-sahabat ana yang masih belajar atau sudah bekerja, marilah setiap hujung minggu kita pulang ke kampung untuk menziarahi kedua ibu bapa kita kerana takut andai kata kita menangguh masa pulang kita, akhirnya kita pulang hanya untuk melihat jasad mereka yang sudah tidak bernyawa. Buat mereka yang tinggal berjauhan, sentiasalah menghubungi parents kita, kerana suara itu salah satu ubat rindu! So,,mari sama-sama kita jadi ANAK SOLEH DUNIA DAN AKHIRAT!!!

ya Rasulullah, siapakah orang terpenting yang patut aku hormati dalam kehidupanku ini,
Rasulullah menjawab, " ibumu."
Sahabat bertanya lagi, " kemudian siapa ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab lagi, " ibumu."
Sahabat bertanya kembali, " kemudian siapa ya Rasulullah?"
Rasulullah kembali menjawab, " ibumu."
Sahabat terus bertanya, " kemudian siapa ya Rasulullah?"
Rasulullah berkata, " ayahmu."

No comments: