Wednesday, October 6, 2010

wahai sahabat.

bismillah..
dengan nama Allah,,moga kalamku ini tidak menyakiti hati sesiapa..sejuta kemaafan dipohon andai bingkisan ini buat hati sesiapa terluka....
ana ada terbaca satu hadis yang berbunyi,,

dari Abu Sa'id al-Khudri, dari nabi S.A.W sabdanya :" Sesungguhnya dunia itu manis,. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian.Kemudian Allah menunggu (memerhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu) .kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita."

sungguh ana takut kalau ada kalangan sahabat-sahabat ana yang terjerumus dengan fitnah seorang wanita. mungkin ada dalam kalangan sahabat ana yang niatnya baik,,mungkin ada kalangan sahabat ana yang nak bantu kaum ana,, tapi ingatlah sahabatku,,wanita itu satu fitnah yang cukup besar,, ana takut kalian tak mampu nak lawan fitnah yang SATU ni..Dalam ayat yang lain ada dikatakan,,

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi S.A.W bersabda, " Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan kedalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya menghampirinya dan bertanya : " Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf ( kebaikan ) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?" Maka ia menjawab : " Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri melanggarnya."

Sungguh amaran Allah itu adalah keras! Dan azab Allah itu sungguh pedih! buat sahabat ana yang bergelar lelaki,,andai kalian ingin membantu kaum ana,, ingatlah kami yang terdiri dari Kaum Hawa ini sedia membantu,,bukan kami ingin memperlekehkan agamamu,,tapi kami risau andai kau yang kecundang..ingatlah ayat ni ,, " matlamat tak menghalalkan cara "..
jangan sebab kau telampau ingin membantu sampai kau kecundang di kemudian hari. Buat sahabat-sahabat ana yang masih ber " couple " atau beradik angkat di luar sana,, ingatlah tiada hubungan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan Islam kecuali dengan pernikahan.

walaupun kalian just jadi adik beradik angkat,, tu tetap tidak dibenarkan bukan???Allah berfirman, " Jangan Kau hampiri zina "..Allah tak kata jangan berzina,,tapi Allah firman jangan HAMPIRI zina..kalau kita beradik angkat,,bukankah itu salah satu cara menghampiri zina..ana tulis ni untuk ingatkan diri ana juga yang selalu leka.tapi kali ni ana tak nak sahabat-sahabat ana pun terus sama leka..hidup ni kita kena saling menasihatikan..mungkin akan ada yang membangkang atau marah dengan ana,,sekali lagi ana mohon kemaafan kerana ana hanya mengingatkan..sungguh masih banyak cara lain andai seorang lelaki ingin berdakwah kepada seorang perempuan yang tidak halal baginya kan???

mungkin ana masih tak layak untuk berdakwah,,tapi bingkisan ini ana tulis dengan harapan ana dapat sedarkan sahabat-sahabat ana yang ada di luar sana..

" Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."
(Az-Zariyat : 37 )

No comments: