Saturday, November 27, 2010

Bismillah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Ana sebenarnya takut nak tulis post kali ni.. Seolah-olah tajuk ini berat.. Terlampau berat.. Sungguh yang baik itu dari Allah S.W.T,, dan yang buruk itu datang dari diri ana yang tidak punya apa-apa ini.. Ana teringat kata-kata seorang akhi ketika ana mengikuti "KEM REMAJA MUSLIM" baru-baru ini.. Beliau menceritakan sebuah kisah mengenai seorang pahlawan Islam, dan seorang kafir.. Mungkin kisah ini serba sedikit akan membantu kita memahami istilah syahid, penghuni syurga Allah yang dijamin tempatnya kelak..

~ PAHLAWAN ISLAM vs KAFIR ~
Pada suatu hari telah berlakunya peperangan antara orang Islam dan orang kafir.. Sampai saat kemuncaknya peperangan tersebut,, gugurlah seorang pahlawan Islam dan seorang kafir,, tapi tanpa disedari oleh sesiapa manusia yang wujud tika itu,, sebenarnya pahlawan Islam itu bakal dicampak ke neraka,, tetapi si kafir itu menerima balasan penuh keberkatan di syurga Allah.. Kenapa keadaan ini terjadi? Sebenarnya di saat peperangan,, si pahlawan Islam ini mengikuti peperangan itu adalah untuk mendapatkan gelaran semata-mata dan ingin namanya diingati sebagai seorang pahlawan, manakala si kafir ini pula,, di saat dia berperang,, dia begitu terkejut dan takjub dengan kegigihan umat Islam mempertahankan agama suci mereka, lalu si kafir berniat di hatinya untuk memeluk Islam.. Tapi takdir mengatakan ajal mereka menjemput terlebih dahulu, maka dicabutlah roh dari kedua-dua jasad ini,, iaitu si Pahlawan Islam yang niatnya bukan kerana Allah, dan si Kafir yang berniat untuk memeluk Islam!!
Wallu'alam..

Nabi bersabda :

" Amal-amal itu hanya dengan niat-niat "

Jadi semuanya bergantung kepada niat!! Jika diberi peluang, apakah kita ingin menjadi seperti PAHLAWAN ISLAM atau SI KAFIR?? Renungkan.. Tapi mari kita lihat semula,, di zaman ini,, zaman moden yang sering diperkatakan,, apakah niat masih menjadi faktor utam untuk dinilai apabila kita berbuat sesuatu? Atau nafsu yang menjadi faktor utama yang perlu diutamakan??

Nabi bersabda S.A.W bersabda :

"Niat mukmin lebih baik daripada perbuatannya dan niat fasik lebih buruk daripada perbuatannya."

Bercakap mengenai niat,, sebagai seorang Islam, pastinya kita perlu berniat bahawa sesuatu yang kita lakukan itu perlulah diniatkan kerana Allah semata-mata.. Barulah keberkatan itu dapat dikecapi,, insyaAllah..Sesiapa yang memerhatikan amal perbuatannya agar sesuai dengan sunah dan niat baik, maka dia termasuk hamba yang dekat dengan Allah..

Allah berfirman :

" Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. "

Apa yang ana takutkan, andai ibadah yang ana lakukan tidak diterima Allah.. Ana takut anadai ibadah yang kita lakukan, semuanya diisi dengan sifat riak, takbur.. Apakah amalan kita itu diterima Pencipta?? Adakah ibadah itu ada nilainya di mata Allah?

Buat sahabat ana, terutamanya yang bergelar Muslimah,, ana teringin mengatakan " aku menyayangi dirimu wahai sahabat, aku harap kita akan bersama di syurga nanti.."

Ana sedih pabila melihat begitu ramai wanita di luar sana yang sanggup menggadai maruah, hanya sekadar untuk membuktikan rasa kasih dan sayang mereka pada si kekasih hati. Tapi pada Kekasih kita yang sebenar-benarnya,, adakah kita sanggup mengorbankan nyawa untuk memperoleh kasih sayangnya??Apakah benar niat kita di saat ini??????

No comments: