Thursday, December 16, 2010

berkahwinlah kamu~

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Perkahwinan~ Bagi ana perkahwinan bukan hanya sekadar lafaz, " aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak RM 120 tunai ".. Bagi ana,, perkahwinan adalah satu ikatan suci, yang mengikat dua jiwa, bukan berlandaskan harta, rupa paras atau segala perkara duniawi, tetapi pernikahan adalah percantuman dua jiwa kerana cinta kepada Allah SWT.. Baru-baru ni ana terkejut pabila salah seorang pakcik saudara ana mencadangkan agar ana bertunang.. Ya Allah, apa yang ingin ana perkatakan.. Memang alasan yang diberikan oleh pakcik ana itu boleh diterima iaitu bakal " imam " ana itu nanti akan dapat menjadi abang seterusnya menjadi pengganti ayahanda ana yang telah pulang ke pangkuan penciptanya.. Tetapi bagi ana, " imam " yang ana cari bukanlah lelaki biasa, yang punya harta, punya rupa paras, tetapi ana ingin dia miliki AGAMA!!

Mungkin ada yang mengatakan kebanyakan lelaki zaman sekarang bukanlah sealim mana, bahkan mereka sentiasa menginginkan seorang zaujah yang indah parasnya, cantik tubuh badannya.. Tapi ana tidak punya semua itu.. Ana cuma punya sekeping hati yang mencintai Pencipta ana.. Ana serahkan semuanya kepada Allah. Andai dia menghadirkan seorang lelaki untuk memiliki diri ini hanya kerana agama yang ada, bukannya kerana harta duniawi yang bersikap sementara, pasti istikharah akan ana lakukan.. Andai jawapan yang diberikan Allah adalah ' ya ',,pasti ana akan redha menerimanya..

Rasulullah bersabda:
" Perkahwinan itu sunnahku, barangsiapa tidak mengikut sunnahku, dia bukanlah terdiri dari umatku "

Pasti setiap wanita itu menginginkan suami yang terbaik, agar dia dapat menjadi abi yang terbaik buat si kecil yang akan dilahirkan ke muka bumi.. Tetapi mengapa kita bercita-cita sebegitu tinggi andai diri kita sendiri masih jauh dari jalan yang lurus? Masih belum cukup baik untuk memperoleh lelaki sebaik Saidina Ali r.a.. Sungguh kita, manusia akhir zaman sentiasa menginginkan sesuatu yang sempurna, indah,, tetapi kita tidak pernah ingin menjadi yang terbaik..

" wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik. "

Bersimpatilah kepada suami kita nanti kerana dia akan memikul dosa-dosa kita.. Apakah kita ingin si suami yang kita pilih tidak masuk ke syurga yang indah??? Apakah kita tidak ingin terus bermadu kasih dengan " imam " milik kita itu di Firdausi kelak??

Buat bakal "imam",, sungguh aku akan menyembunyikan diriku, biar keindahan diri ini hanya milikmu.. Andai kita tidak ketemu, aku pasti Allah akan menemukan kita di syurganya kelak..
Akan ku selubungi diriku, hingga kau hadir mempersembahkan agamamu sebagai mahar untuk menyuntingku.. Sungguh aku yakin Allah itu akan menghadirkan mu dalam hidupku melalui jalan yang benar-benar diredhai olehnya.. InsyaAllah...

Allah berfirman :
" Aku telah menciptakan manusia itu berpasang-pasang "

No comments: