Wednesday, December 29, 2010

detik akhir seorang Khalifah

Bismillah
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Rasa gembira di hati ini pabila hari ini,, diri ini masih punya peluang untuk melihat wajah ibu tercinta, masih diberi peluang untuk melihat senyuman di muka setiap insan yang tersayang.. Tetapi hati ini dilanda ketakutan.. Dilanda rasa kesedihan pabila terfikir apakah dalam sesaat lagi diri ini masih bernafas.. Tika itu,, terdetik di hati, apakah kini namaku sudah ditanda sebagai ahli syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, atau nama diri yang kerdil ini sudah dipalit di dinding neraka.. Ibarat gugur jantungku pabila membaca ayat-ayat kemurkaan Allah di Surah At Taubah.. Terasa seolah-olah diri ini hanya punya dosa tanpa punya sebarang pahala sebagai bekal di alam yang seterusnya.. Apakah kita sudah sedia untuk bertemu dengan kematian? Apakah kita sudah sedia untuk merasakan hirisan 1000 pedang? Ya Allah,, diri ini seakan-akan tidak mampu untuk menampung kesakitan itu..

Sekali lagi diri ini ketakutan pabila memikirkan para malaikat yang sedia menunggu untuk menyoal segala amalan di dunia.. Apakah diri sudah punya amalan yang cukup untuk menjawab soalan-soalan yang akan ditanya.. Diri ini terkenangkan ayahanda.. Rasa pilu mengenangkan saat akhir ayahanda.. Senyuman masih terukir.. Apakah kesakitan itu sedang dirasa atau dia cuma menyembunyikan semuanya dari orang di sekelilingnya.. Moga ayahanda tergolong dalam kalangan mereka yang beriman..

Teringat diri ini akan saat akhir Rasulullah di dunia.. Malaikat Izrail sendiri menoleh ketempat lain tika dia mengambil nyawa insan terpilih itu.. Menunjukkan betapa sakitnya kematian itu sampai Malaikat sendiri tidak sanggup melihat Rasulullah menanggung kesakitan itu.. Tetapi di bibir insan terpilih itu masih disebut-sebut nama ummati, ummati, ummati.. Betapa baginda sentiasa mengingati kita tetapi kita sentiasa melalaikan segala peringatannya.. Teringat kata-kata akhir Rasulullah pada puterinya Fatimah r.a tika nyawa sedang diambil,, " ini adalah kesakitan terakhir buatku, selepas ini tiada lagi kesakitan buat aku. "

Kekasih Allah sendiri tak mampu mengelakkan kesakitan kematian yang dijanjikan Allah, apatah lagi manusia biasa seperti kita yang lemah imannya berbanding insan pilihan Allah itu.. Sesungguh malaikat maut itu sentiasa memerhatikan kita. Mungkin tika ini kita masih ketawa riang, tetapi siapa tahu dalam seminit lagi orang sekeliling akan menangis meratapi pemergian kita yang tidak akan pulang selamanya.. Tika itu, tinggallah harta dunia, tinggallah segala cinta sementara, hanya amal yang kekal di sisi, meneman di kala gelap di alam barzakh yang kekal hingga saat kebangkitan...

No comments: