Monday, December 20, 2010

indahnya hidup beragama Islam..

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang..

Ucapan syukur diucapkan kepada Allah kerana telah memudahkan semuanya.. Mungkin akan ada ujian yang datang,, tapi itu bukan bermakna kita perlu kecundang tanpa perlu menyeberangi lautan ujian, tanda kasih sayang Allah kepada kita.. Tak sabar menunggu saat cuti akan datang, tugas dakwah telah menanti,, mungkin ana tak dapat pergi berdakwah ke satu demi satu tempat di dunia ini, tapi ana yakin, dakwah itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara.. Andai syaitan punya seribu jalan untuk menyesatkan kita, kita perlu punya sejuta atau lebih dari itu cara untuk mengatasi godaan syaitan laknatullah..

Islam itu agama yang menggalakkan persaudaraan antara umatnya.. Itulah yang ana cuba lakukan.. Menjalinkan hubungan dengan seramai mungkin umat Islam, tetapi bagi muslimin,, maaf ana tak mampu untuk melakukannya lagi.. Ana masih takut andai menjadi fitnah buat kaum muslimin.

Nabi bersabda ;
" Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian khalifah di dalamnya. Lalu Allah melihat bagaimana kalian berbuat. Sesungguhnya Bani Israil ketika dunia dibentangkan untuk mereka, maka mereka bingung dalam perhiasan, wanita, wewangian dan pakaian."

Sungguh kadang-kadang seorang sahabat itu menegur bukanlah kerana membenci, tetapi kerana terlampau sayang kepada diri kita.. Kadang-kadang kita berasa dengki terhadap seseorang hingga kita tidak sedar, kita telah mengatakan sesuatu yang tidak elok tentangnya. Erm, lidah ini mampu menghumban kita ke dalam api neraka dalam keadaan terhina.. Sebab itu diakhirat kelak, mulut ditutup, lidah tidak dibenarkan berbicara.. Tanpa kita sedar, lidah yang kecil, tidak bertulang ini, menyebabkan hidup kita menjadi binasa. Betapa ruginya kita disaat itu..

" Barangsiapa tidak berdebat sedang dia benar, maka untuk dia dibangunkan sebuah bilik di atas syurga. Barangsiapa tidak berdebat sedang dia salah, maka untuk dia dibangunkan sebuah rumah di tengah syurga."

Hebatnya mereka yang dapat mengawal lidah dari mengatakan perkara-perkara yang mungkar.. Alhamdulillah, kini ana melihat semqkin ramai muslimat yang mula menjaga batas pergaulannya.. Terasa senang dihati... Syukur ke hadrat Ilahi.. Buat sahabat-sahabat ana, saudara seagama ana,, teruskan tugas dakwah kita,, insyaAllah Allah akan membantu.. Jangan dijadikan tempat belajar sebagai ukuran tapi ingatkan dirimu tentang amanah Tuhanmu sebagai Khalifah terpilih di Bumi ciptaan Yang Maha Esa..

Allah itu Maha Agung,, di saat kita terasa kehilangan, Dia menggantikannya dengan kasih sayang dari pelbagai penjuru alam.. Itulah yang terjadi dalam hidup ana yang hanya menghitung hari bilakah saatnya ana akan dijemput Tuhan yang Esa.. Betapa ana rindu akan saat pertemuan dengannya, tetapi apakah ana benar-benar bersedia untuk menghadapi saat roh diambil oleh Malaikat Izrail yang setia dengan tugasnya?? Ana bersyukur, di saat usia makin menjenguk penghujungnya, ana dikurniakan seramai-ramai sahabat fillah yang ana tidak pernah ketemu rupa, hanya bait- bait kata dikongsi bersama.. Itulah indahnya hidup sebagai seorang Islam, agama yang menggalakkan kasih sayang. Sesuatu dikongsi bukan dideritai keseorangan.. Ya Allah, betapa ana tidak dapat meluahkan betapa indahnya agama suci ini.. Agama yang penuh dengan kasih, cinta, tidak punya hasad mahupun kebencian kepada sesiapa..

Nabi bersabda ;
" Sesungguhnya tidak pernah ada dua orang bersahabat, kecuali orang yang paling dicintai Allah ta'ala daripada mereka iaitu yang paling sayang kepada temannya daripada mereka."

Kita tidak sedar bila nyawa kita akan diambil.. " Sungguh Malaikat Maut itu menjenguk kita 70 kali sehari ". . Hargailah sahabat selagi kita masih berkesempatan untuk melakukannya. Mungkin kini kita masih sempat melihat dirinya, tetapi siapa tahu dalam seminit dua, kita atau dia akan dipanggil kembali kepada Pencipta..

Sahabat yang sejati bukanlah sahabat yang menawarkan harta sebanyak mungkin kepadamu, tetapi sahabat yang kekal adalah sahabat yang mencintaimu kerana agama dan keran Allah yang Maha Satu.. insyaAllah~

1 comment:

mustafa said...

cantek kali blog nya ya,,,,