Tuesday, December 14, 2010

wahai adik ku sayang.....

Bismillah..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita masih berkesempatan menghirup udara yang dikurniakan Allah... Alhamdulillah.. Akhir-akhir ni Allah ketemukan ana dengan ramai bakal pewaris Islam yang sedang mekar.. Mungkin Allah nak ana jalankan misi dakwah sambil mengeratkan silaturrahim sesama muslim..

" Hak muslim itu adalah bersaudara "

Ana bersyukur, kehilangan seorang ayah bukanlah bermakna tugas sebagai seorang Islam perlu dihentikan.. Rasulullah dahulu diuji lebih teruk dari kita, tetapi Baginda tidak pernah mengeluh, apatah lagi menghentikan tugas dakwah yang diamanahkan Allah SWT.. Memang zaman ini, kita melihat seolah-olah pemuda dan pemudi Islam, yang benar-benar mempraktikkan ajaran Islam telah hilang dari Bumi.. Tetapi kini,, kita perlu membuka mata hati yang dikurniakan Allah, kerana para pewaris Islam ini masih ada, cuba mereka tidak menonjolkan diri.. Bagi kita yang lebih tua, kita perlu bersama-sama adik-adik kita yang bakal mewarisi Islam ini agar mereka terus bersemangat untuk membangunkan agama suci yang satu ini.. Buat adik-adik Muslimin,, bangkitlah,,kerana dikau bakal pemimpin para wanita yang akan menjadi zaujah mu, mendidik para ulama' yang akan dilahirkan.. Wahai para pemuda Islam, di bahumu terpikul tugas yang berat, yang menjanjikan nikmat syurga yang yang kekal abadi,,insyaAllah.. Kejarlah nikmat akhirat seiring dengan dunia,, bukannya mengejar dunia, tetapi meninggalkan akhirat jauh di belakang... Ingatlah wahai pemuda pewaris semangat jihad Islamiah,, kini kau hanya memimpin dirimu tetapi setelah kau melafazkan kata-kata janjimu, ketika hari pernikahanmu,, tika itu,, tanggungjawabmu makin berat.. Ingatlah wahai para pemuda Islam,, kau seolah-olah tembok yang melindungi wanita Islam,, jangan kau biarkan kaum Hawa terus diganggu olah para tentera syaitan laknatullah..

Tika ini, kita melihat anak-anak muda seolah-olah mengejar gaya hidup Barat.. Mengapa?? Apa yang lebih menyedihkan kebanyakan darinya adalah yang beragama Islam.. Sedihnya rasa hati Rasulullah andai Baginda melihat inilah hasil perjuangan Baginda dahulu.. Terasa malu dalam hati ini, apa yang ingin diperkatakan dihadapan Rasulullah nanti di akhirat kelak?? Apakah kita sanggup melihat titisan air mata Rasulullah jatuh di saat tingkah laku umatnya di saat ini ditanyangkan di Padang Mahsyar kelak?? Sanggupkah kita???

Kini, cinta dunia ibarat segalanya.. Andai tidak mendengar suara pujaan hati sehari, rindunya ibarat setahun.. Tetapi bila kita tidak berjumpa Kekasih kita yang Abadi, rindunya bukannya setahun, malah mungkin tiada langsung perasaan rindu.. Kita bangga pabila orang melihat kekasih kita seorang yang kaya, ada rupa yang menawan,, tetapi kenapa kita tidak berbangga dengan Kekasih hati kita yang Abadi yang Maha Kaya, Maha Indah?? Kenapa??? Kenapa kita biarkan hati kita terus kotor dengan titik hitam?? Mengapa??

Wahai srikandi Islam,, nanti akan tiba saatnya kau akan menjadi zaujah buat seorang lelaki, untuk kau menaburkan bakti, membantu perjuangannya dalam Islam, membantunya dalam jihadnya, bahkan kau ibarat pahlawan yang turut sama berjuang bersamanya.. Tetapi kau masih lagi akan menjadi ummi yang terbaik buat si kecil yang akan kau lahirkan.. Betapa besarnya jasamu wahai para srikandi Islam.. Allah pasti tidak akan mempersia-siakanmu.. yakinlah syurga Allah itu pasti milikmu andai kau benar-benar berusaha ingin memilikinya..insyaAllah...

Ayuh,,, mari kita sama-sama membangunkan Islam,, agar para tentera syaitan laknatullah gentar dengan para mujahid dan mujahidah yang dilahirkan Islam,, bakal-bakal pewaris semangat jihad " Singa Allah "...

~ AYUH BANGKITLAH WAHAI PARA PEMUDA PEMUDI ISLAM! ~

No comments: