Monday, January 3, 2011

Agama Itu Pedampingmu..

Bismillah..
dengan Nama Allah yang Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. Nikmat kehidupan itu masih dikurniakan Allah SWT.. Indahnya hidup ber" usrah". Semalam tajuk usrah yang terakhir dan usrah yang terakhir itu membuatkan air mata diri ana mengalir keluar.. Ya Allah,, terasa seolah-olah diri ini melarikan diri daripada Allah,, terasa diri ini masih ingin menjauhkan diri dari Penciptanya.. Satu ayat yang membuatkan ana makin berduka adalah,,

" Allah itu tidak memerlukan kamu, tetapi kamu yang memerlukan Allah "

Pabila ayat ini dibaca,, terasa diri ini tidak punya apa-apa nilai pada Nya.. Ada atau tidak,, ianya langsung tidak memberi kesan kepada Ya Rahman.. Mari kita kembali muhasabah diri di malam yang hening ini,, apakah kita tergolong dalam golongan mereka yang fasik? Apakah kita ini munafik?? Apakah kita ini hanya pandai berkata-kata tanpa pandai mengotakannya?

" janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan. "

Bergetar hati ini di saat ayat-ayat Surah At Taubah dialunkan, terasa azab Allah itu memang sesuatu yang menakutkan. Ana takut andai diri ini tergolong dalam mereka yang tidak mengerjakan sesuatu yang dilafazkan.. Satu lagi ayat dibisikkan di telinga ini,,

" dimanakah mereka yang sanggup berjihad kerana Allah pabila dipanggil seperti mereka-mereka di zaman Nabi Isa putera Mariam. "

Diri ini seolah-olah tidak pernah memberi apa-apa sumbangan pada agama suci ini.. Apakah kita mengira diri kita hebat dan dijamin syurga pabila kita bersedekah beribu-ribu ringgit untuk membina masjid, apakah itu menjadi jaminan yang kukuh buat kita yang ingin menempah tempat di FirdausiNya..???

No comments: