Friday, February 4, 2011

senyumlah.

Bismillah
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah,, ana dah selamat sampai ke rumah.. Terima kasih Allah.. Hari ni,, terdetik di hati ana nak menulis mengenai senyuman.. Kenapa?? Kerana ana melihat pelbagai jenis senyuman sepanjang kehidupan yang ana dah lalui.. Mungkin ana boleh berkongsi... Dengan harapan,, apa yang ana tulis kali ini akan dapat membuatkan satu senyuman terukir di wajah kita yang indah yang telah dikurniakan Allah SWT.. InsyaAllah..

Kadang-kadang kita menyangka,, seseorang itu hanya tersenyum tika dia bergembira.. Tapi kenapa kita tak pernah terfikir bahawa mungkin di sebalik senyuman seseorang itu,, dia sedang menyembunyikan rasa sedih, kecewa yang sedang melanda dalam kehidupannya.. Senyuman itu adalah sesuatu yang amat indah,, amat menenangkan andai kita benar-benar menghayati mengapa kita diberi nikmat senyum.. Senyuman ~ Satu ayat yang mudah,, tapi ertinya mendalam.. Andai kita melihat seorang anak kecil berlari riang ketika kita sedang berehat bersama keluarga di tepi pantai. angin yang bertiup tenang,, pasti senyuman akan terukir dengan sendirinya.. InsyaAllah.. Subhanallah,, indahnya segala nikmat yang dikurniakan Allah pada insan yang lemah ini....

Mungkin pabila kita menerima teguran,, air mata akan mula mengalir.. Kenapa kita tak tersenyum di saat teguran di lafazkan oleh orang yang nak kita perbaiki diri? Mungkin wajar kita menangis,, tapi ingatlah tangisan tak sepenuhnya dapat membantu kita.. Ingatlah bahawa Allah telah menakdirkan bahawa kedatanganr orang itu mungkin untuk menegur kesilapan kita,, makanya kita perlu berfikiran positif.. Lantas ukirkan senyuman di wajah kita.. Senyumlah kerana di saat itu kita akan sedar betapa Allah itu sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..

Mari kita kembali melihat orang sekeliling.. Melihat makcik yang sedang asyik berbual di bawah pokok mangga.. Melihat adik-adik yang sedang berlari.. Melihat ibu yang sedang memasak..Melihat kakak yang asyik menyiram pokok bunga.. Semuanya pasti pernah mengukirkan senyuman.. Bahkan mungkin di saat ini,, mereka masih lagi tersenyum kerana senyuman itu indah! Teramat indah! Ianya bertambah indah andai kita sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama.. InsyaAllah..

" Senyum itu adalah sedekah "

No comments: