Saturday, March 26, 2011

Allah sedang berbicara dengan mu...

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”
Surah Al-Baqarah ayat 214

Sebagai manusia, kita tak boleh lari dari ujian.. Bahkan hidup ini bukanlah hanya untuk duduk menggoyang kaki dan di hari pembalasan kelak, hanya menunggu balasan Syurga tanpa bersusah payah walau sedikit pun di dunia.. Pabila diri ditimpa ujian,, apakah kita bersyukur atau kita hanya mencari dimana silapnya sampaikan kita terlupa bahawa kita sudah dipilih Allah untuk menguji setinggi mana cinta kita kepadaNya.. Pabila diuji dengan ujian yang berat, mengapa kita tidak memikirkan bahwa masih ada insan di luar sana yang ujiannya lebih besar dari apa yang sedang kita alami tika ini.. Sesetengah orang,, menangis adalah cara terbaik untuk menenagkan dirinya.. Bagi ana,, ujian itu ada hikmah. Walaupun ana rasa ujian itu seperti tidak ada nokhtah di hujungnya, ana yakin Allah itu sedang berbicara dengan diri ini.. Allah sedang mengajar ana erti hidup sendiri.. Menjadi tabah untuk mengharungi kehidupan dunia yang hanya sementara.. Walaupun ada kalanya ana jatuh,,, tersungkur tetapi ana tahu Ya Rahim itu tidak kejam,, hanya ana yang menzalimi diri.. Allah itu amat mencintai hambaNya,, hanya hambaNya yang melarikan diri,, pabila diuji baru kembali ke pangkuan Pencipta.. Tapi pabila diberi kesenangan,, terus alpa,, kembali lalai.. Ana tahu,, mungkin tika ini ana diuji seberat ini,, tetapi masih ada sahabat ana yang ujiannya mungkin lebih besar dari ana.. Carilah hikmah dalam setiap ujian,, mungkin satu ketika kau akan jumpa kebahagiaan.. insyaAllah.. Yang pasti teruskan doa pada Penciptamu kerana Dia selalu mendengar keluhanmu walaupun kau seolah merasakan Dia tidak hampir denganmu.. Yakinlah Allah itu setia bersama hamba-hambaNya..

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.
Surah As-Saff ayat 11-12

No comments: