Friday, March 25, 2011

dia?? sedih??

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih...

Alhamdulillah,, hari ni sekali Allah masih meniupkan semangat untuk meneruskan kehidupan dalam diri yang kerdil ini.. Hari yang memenatkan,, seharian menjadi pemandu buat ibu ana,, tetapi hari juga ana dapat sujud,, menyerah diri pada Ar Rahman.. Ana tak dapat ceritakan bagaimana indahnya saat ana sujud sendirian di rumah Allah itu.. Subhanallah.. Terasa seolah-olah Allah amat hampir dan mendengar segala masalah yang ana luahkan.. Alhamdulillah,, ketenangan itu sudah mulai meresap kedalam diri,, bahkan terngiang-ngiang ayat-ayat Ilahi yang sedang memujuk diri ini.. Sebentar tadi ana terbuka blog seorang senior di kampus ana.. Mungkin ana tak perlu menyebut namanya kerana andai dia menjenguk blog ini,, pasti dia akan merasai bahawa semua ini tentang dirinya..

Pada pandangan ana,, dia seorang yang tabah.. Mengapa?? Kerana disebalik dirinya,, seolah-olah dia menyembunyikan seribu duka.. Ada juga dalam kalangan sahabat ana yang mengatakan personalitinya bukanlah seperti yang ditonjolkan di hadapan kami,, tetapi adalah sebaliknya.. Walaupun kadang-kala dia seolah terleka,, tetapi andai difahami,, pasti punya hikmah dalam setiap tindakannya.. Kadang-kala senyumannya,,bait katanya membuatkan kami terhibur,, tetapi dia tak pernah menunjukkan masalah yang sentiasa mengejar dirinya.. Ana pelik,,, ana kagum dengan insan ini.. Kehebatannya bukan pada kepetahan,, tetapi pada sifatnya yang hanya memikirkan kesenangan orang lain tanpa sedikit pun dia mahu orang lain turut sama merasai derita kehidupannya..

Kalimah suci Bismillah..
Kalau kau merasakan kau sendiri,,
ternyata engkau silap kerana setiap langkahmu,
pasti ada yang memerhati.
Andai tika kau sedih,
kau merasakan semua orang seolah pergi menjauhi dirimu,
ingatlah bahawa kau masih punya sahabat yang dalam diamnya masih prihatin akan kehidupanmu.
Tika kau dilanda musibah,
peringatkan dirimu dengan ayat Tuhanmu,,
" Janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakkallah kepada Allah "
( Surah Al-Ahzab : 48 )
Walaupun kau dilanda seribu dugaan, ketahuilah Allah masih bersamamu,
dan kau masih punya sahabat yang dalam tawamu dia tersenyum suka,
dan dalam tangismu,, dia turut sama merasainya..
InsyaAllah~

Nabi pernah berdoa :
" Ya Allah, berilah aku cinta kepadaMu, cinta orang yang cinta kepadaMu,dan cinta kepada orang yang mendekatkan aku kepada cinta kepadaMu. "

2 comments:

Aimaduddin aiman said...

sedeynyerr abg baca...huhu mira jgn buat mcm "orang" tue dier pendam masalahh yg kesannya sakit sgttt...mungkin dia dah x caya siapa2 lagi membuatkan dia memendamm semuanya

Ummu Abiha said...

"orang" tu tak yakin dengan orang lain,, sampaikan dia tutup mata dia,, hati dia,, sume2 la dari sedar yang ramai org amik tahu pasal dia..