Tuesday, March 29, 2011

Istiqamah itu Sukar,, tapi bukan Mustahil..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana ana masih hidup,, dapat menghirup udara segar yang dikurniakan Allah.. Ana tak tahu kenapa malam ini ana merasakan seolah-olah satu rasa sudah memasuki hati ini.. Teringat sahabat-sahabat lama membuatkan ana kembali rindu akan kenangan silam.. Moga sahabat-sahabat fillah ana yang berada di luar sana baik-baik hendaknya.. Kembali teringat perbualan bersama sepupu ana semalam.. Walaupun dia masih muda,, soalan yang diajukan buat ana tersenyum sendiri..

" Kak,, kalau nanti akak dah kahwin,, and suami akak nak kahwin lain,, mungkin dengan kawan akak sendiri,, akak bagi tak?? "

Saat itu,, ana tahu ana perlu gunakan hati bukan nafsu untuk menjawab soalan itu,, ana hanya mampu menjawab..

" Akak akan bagi.. Akak akan buat kalau itu mampu menggembirakan hati suami akak dan kawan akak tu. InsyaAllah. "

Sebaik-baik barang yang ingin kita berikan pada seseorang,, adalah barang yang paling kita sayang.. Dan itulah barang yang ana akan beri pada sahabat-sahabat ana andai benda itu mampu membuatkan hidup mereka lebih gembira.. insyaAllah

Kini kita berkata pula tentang istiqamah.. Apa yang kita faham tentang istiqamah?? Mengapa bila kita berbicara tentang kebaikan,, orang sering mengaitkan dengan istiqamah?? Sebagai contoh,, pabila seseorang itu berpurdah,, pasti akan ada suara-suara halus yang berkata,, "enti istiqamah memakai niqob?? " Ana memetik sedikit dari petikan artikel di blog sahabat ana yang lain,, Istiqamah itu beriltizam mengerjakan amalan-amalan ketaatan dan menjauhi perkara-perkara yang bertentangan..

Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berbuat baik itu mudah,, tetapi nak meneruskan nya itu agak susah.. Mengapa?? Kerana syaitan itu sudah bersumpah,, dia akan menyesatkan anak Adam untuk memastikan bahawa ramai dalam kalangan mereka yang akan bersama dengan makhluk terkutuk itu di Neraka kelak.. Astaghfirullah.. Apakah kita merasa,, semakin kuat iman seseorang itu,, makin syaitan menjauhi dirinya?? Atau syaitan makin menambah usahanya untuk menggangu orang - orang ini??? Apakah istiqamah itu perlu??? Jawapannya ya!! Istiqamah dalam melakukan kebaikan itu perlu!! Istiqamah dalam melakukan ketaatan itu wajib.. Mengapa??? Kerana melakukan ketaatan kepada Allah itu wajib, maka istiqamah dalam melakukannya adalah wajib.. Apakah dengan istiqamah dalam melakukan kebaikan,, kita akan lebih disayangi oleh Allah ,, Maha Pengasih itu??? Mungkin kita boleh menggunakan sedikit analogi...

Bayangkan kita mempunyai 2 orang pekerja.. Salah seorang sentiasa melakukan sesuatu yang kita suka,, bahkan dia seolah-olah menjadikan perkara itu sebagai amalan dalam kehidupannya kerana dia tahu perkara itu baik buat dirinya dan menggembirakan hati majikannya.. Tetapi yang seorang lagi,, ada kalanya dia melakukan perkara yang kita suka,, tetapi pabila dia mula bosan,, dia meninggalkan perkara itu dan melawan kata kita.. Makanya,, yang mana satu lebih kita suka antara keduanya?? Pasti yang baik dan sentiasa melakukan perkara yang kita suka itu lebih kita sayangi.. Itu baru kita,, insan lemah di muka Bumi ini.. Bagaimana pula dengan Pencipta kita?? Pasti Dia akan lebih menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan ke atasNya.. insyaAllah...

Istiqamah itu pasti Sukar kerana syaitan membenci orang yang sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan,, makanya mari kita jadi musuh syaitan dan istiqamah dalam melakukan kebaikan kerana ganjarannya pasti Syurga yang Indah kelak.. insyaAllah..

Menurut Ibn al-Qayyim, ada lima keadaan untuk mencapai Istiqamah dalam melakukan perbuatan yang diperlukan:

1. Tindakan harus dilakukan demi Allah semata (ikhlas).
2. Ini harus dilakukan atas dasar pengetahuan ('ilm).
3. Melakukan ibadah harus dengan cara yang sama sebagaimana yang telah diperintahkan.
4. Untuk melakukannya dengan cara terbaik.
5.
Membatasi diri untuk apa yang baik ketika melakukan perbuatan tersebut.

No comments: