Friday, March 11, 2011

kerinduan sebalik tirai persahabatan.

Bismillah..
dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Nabi bersabda :
" Sesungguhnya tidak pernah ada dua orang bersahabat, kecuali orang yang paling dicintai Allah ta'ala daripada mereka iaitu yang paling sayang kepada temannya daripada mereka. "

Subhanallah,, malam ni dah tiga malam berturut-turut ana asyik teringatkan sahabat-sahabat ana yang sama-sama mengikuti program Baktisiswa.. Betapa ana rindukan setiap dari mereka.. Sampaikan ana tersasul memanggil nama mereka, menggunakan gelaran 'tok wan'. Page " Baktisiswa 2011 " sering kali menjadi peneman.. Begitulah hebatnya ukhwah yang terjalin andai ianya berlandaskan kasih, cinta kepada yang Maha Pencipta. Kalau dikenang kembali, pelbagai pengajaran yang dapat ana timba sepanjang ana mengikuti program Baktisiswa di Kampung Bagan Tiang.. Pengalaman menangis kerana tidak ada kerja yang boleh dibuat membuatkan ana terasa ingin ketawa sendiri.. Memori berperang mulut dengan PM hanya kerana handphone kawan sentiasa membuatkan ana kembali memikirkan, mengapa tika saat itu ditempuhi,, rasa sedih itu tak kunjung tiba, tapi pabila jauh,, rasa rindu pada sahabat mula menerjah diri..
Mungkin ada dalam kalangan kami yang sudah boleh melupakan setiap kenangan tapi ana pasti setiap ahli Baksis terutamanya biro SCS, kenangan pahit manis bersama sentiasa bermain di kotak fikiran.. Selepas ini mungkin kami akan jarang berjumpa,, tapi yakinlah doa dari diri ini sentiasa ada untuk kalian.. insyaAllah...

Nabi bersabda :
"Jika salah seorang daripada kalian mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya. "

No comments: