Sunday, April 3, 2011

Adakah kau tahu apa rasa yang sebenarnya?

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah,, ana selamat pulang ke rumah selepas menziarah sahabat-sahabat fillah ana di kampus.. Moga Allah memberkati mereka.. Ana juga rasa sungguh seronok dapat menziarah adik-adik ana di Rumah Solehah.. Tatkala dipeluk oleh Adik Rashidi,, terdetik di hati ini,, " wahai sayang,, betapa besar ujian yang sedang kau tanggung saat ini berbanding akak yang kecil ujiannya,, tapi sudah berasa ingin mengalah.. Allahuakbar! " Betapa kerdilnya diri pabila kita sentiasa melihat orang disekeliling kita.. Ribuan maaf juga pada Abg Nadhar kerana tak mengajak beliau bersama melawat adik-adik di sana,, " MAAF!!! ".. Walaupun penat,, Allah sudah memujuk hati ana tika itu,, Allah sudah menyedarkan diri ini betapa masih ada yang menanggung ujian yang lebih besar berbanding diri yang lemah ini.. Pemergian selama 2 hari ke kampus juga,, membuatkan ana mulai merindu gelak tawa sahabat-sahabat yang sempat ana ziarah di sana.. Ieja dan Zila.. Syukran atas segalanya selama 2 hari kita berkongsi cerita.. Alhamdulillah...

Pagi yang sunyi ini,, ana ingin berkongsi tentang rasa kehilangan.. Sebentar tadi,, ketika ana menonton TV,, ana menonton sebuah cerita Melayu yang lama.. Apa yang ana ingin coretkan tentang drama yang ana tonton sebentar tadi?? Ceritanya bukanlah penuh gimik seperti cerita moden,, tidak penuh dengan aksi,, hanya cukup dengan ayat-ayat biasa,, suasana kampung yang indah,, tapi ana merasa apa yang ingin disampaikan dalam cerita tersebut.. Disaat si anak memeluk kedua ibu bapanya tanpa sedar itu adalah kali terakhir dia dengan keduanya,, membuatkan ana yang pernah merasa saat kehilangan itu menangis,, kembali terkenang saat akhir bersama ayahanda.. Bezanya cerita itu,, si anak yang telah mengharumkan nama kedua ibu bapanya di kampung kerana mendapat peluang menyambung pelajaran di Kota London yang pergi terlebih dahulu menemui PenciptaNya tanpa sempat pergi belajar di Tanah London..

Bagi ana,, saat kehilangan itu cukup menyakitkan,, tambahan pula pabila kita tidak bersedia ketika saat itu tiba.. Bayangkan,, selepas waktu kelas,, sedang kita asyik bergelak ketawa bersama kawan,, di saat itulah kita mendapat panggilan yang mengatakan bahawa si ayah yang kita sayang sedang sakit tenat.. Bayangkan,, apa yang kita rasa saat itu sedangkan selama ini ayah kelihatan cukup sihat??? Apabila kita berdiri di tepi katilnya di hospital,, apa yang kita rasa pabila melihat si ayah dipenuhi dengan wayar-wayar dan mesin yang pastinya digunakan untuk memudahkan pernafasan si ayah.. Bagi ana yang pernah merasai saat itu,, ana hanya memikirkan satu ayat,, " ana tidak ingin melihat mesin itu berhenti,, kerana andai ia berhenti,,ana kehilangan ayah buat selamanya.. " Yang pasti saat yang paling menyakitkan adalah pabila kita melihat ayah sedang menghadapi detik-detik akhirnya.. Walaupun dirinya tenang,, ana tahu kesakitan yang amat sangat sedang dihadapi olehnya.. Memegang tangannya yang sejuk membuatkan ana rasa ana tidak ingn kehilangannya lagi.. Andai dulu,, tika ana gagal,, ayah akan ada untuk menghulur kata-kata semangat walaupun ada kalanya ianya seolah berunsur sindiran,, tetapi ianya berjaya membuatkan ana kembali muhasabah diri.. Betapa ana rindukan setiap saat bersama dengan ayahanda.. Setiap senyum dan tawanya membuatkan ana tenang.. Tapi kini,, semuanya sudah tiada.. Yang ada cuma kenangan yang tak mungkin ana lupakan.. Buat semua yang masih punya ibu bapa,, sayangilah mereka.. Andai mereka punya silap dengan kita,, mahupun ahli keluarga kita yang lain,, maafkanlah kerana mereka juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.. Andai kesilapannya terlampau besar,, biarlah Allah yang menjatuhkan hukuman,, janganlah kita membenci mereka walau sedikit kerana tanpa mereka,, tak mungkin kita akan dapat melihat dunia ciptaan Allah SWT ini.. Janganlah kita meminggirkan mereka di saat mereka masih hidup ini kerna pabila mereka sudah tiada di dunia ini,, kita akan tahu betapa seksanya kehilangan kasih seorang ayah mahupun ibu yang telah kita sisihkan selama hayat nya di dunia ini.. wallua'lam

~ Al Fatihah buat Ayahanda tercinta ~
ABD MALEK BIN MOHAMAD

Ya Allah,,
dia ayah yang terbaik buat diri ini serta adik-adikku,,
suami yang terbaik buat ibuku,
malah anak yang terbaik buat nendaku,
makanya Kau sayangilah dia,,
Kau tempatkan dia di SyurgaMu,,
Amiinn.

No comments: