Tuesday, May 3, 2011

menangis dan bersyukurlah

Bismillah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah.. Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk menikmati segalanya. Jam tepat menunjukkan 1.09 pagi. Mata ana seolah tidak kenal erti penat tika ini. Sendirian di bilik belajar membuatkan ana mula membayangkan bayangan-bayangan yang menakutkan. Tapi bila difikir kembali, kembali ditanya diri, ' kenapa mesti takut? Allah itu yang patut ditakuti lebih dari segalanya! ' . Pagi ini juga membuatkan ana merindukan semuanya terutamanya sahabat-sahabat ana. Siapa mereka yang ana anggap sahabat? Apakah mereka yang hanya tahu senang bersama, tapi dikala susah, hilang! Bagi ana, semua disekeliling ana adalah sahabat. Tapi sahabat baik yang sebenarnya biarlah diri ini dan Penciptanya sahaja yang tahu siapakah gerangannya. Kehidupan ini bukan sahaja untuk menerima tapi untuk memberi. Ya! Untuk memberi. Maka ana akan berikan semua yang mampu membuatkan sahabat dan orang di sekeliling gembira. Balasan? Cukuplah kasih sayang Allah buat ana. Itu yang lebih penting dan berharga buat diri ini.InsyaAllah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah SAW ;
" Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati. "
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Entah kenapa, semakin hampir dengan penghujung kehidupan membuatkan ana mula memikirkan tentang banyak perkara. Mula memikirkan tentang saat bertemu dengan Tuhannya. Dikala itulah Allah mengingatkan diri. Ibu ana perlahan-lahan berkata pada si anaknya yang lemah ini, ' Akak, tiap-tiap saat jangan lupa berdoa pada Allah. Minta Ya Allah, Kau terangi lah kehidupanku ini sepertimana Kau menerangi siang dengan cahaya mentariMu! . Saat itu hanya Allah yang tahu bagaimana bergetarnya hati. Seolah Allah ingin mengatakan, ' Mintalah padaKu, akan Ku berikan! ' Ada kalanya memang diri ini diuji dengan lemahnya bersangka baik pada Allah yang Satu itu. Diri ini lemah! Ana bukanlah sehebat sahabat-sahabat ana yang lain. Ana sedar dan tahu betapa lemahnya diri ini. Tapi ana tidak mahu kelemahan itu akan membuatkan ana dipandang hina di akhirat kelak! Istighfarlah wahai hati! Tika ini juga ana mula mengingati adik-adik yang ana kenal kerana hebatnya cinta mereka pada jalan yang diredhai Allah ini. InsyaAllah. Antaranya Dik Nur Nabila Najla, Dik Siti Aisyah, Dik Fatehah, Dik Jibriel dan juga Dik Lee. Sejak ana membuang perkataan facebook dari kamus kehidupan ana, ana mula risau kepada adik-adik ana ini. Risau andai tiada yang mengingatkan disaat mereka terleka. Tika inilah ana kembali bertanya diri, " apakah sudah cukup baik apa yang aku kongsikan bersama mereka selama ini ya Allah? "

"Allah SWT turun ke langit dunia, ketika sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru : Adakah diantara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah diantara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah diantara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya "
(Hadis Al Bukhari dan Muslim)

Jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi,
Jika tidak, cukuplah jadi rumput..
Tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka Bumi.

Apabila soal tanggungjawab ini menjadi persoalan, tangisan air mata itu pasti tidak dapat dielakkan. Mungkin ada yang mengambilnya sambil lewa, tapi pasti ada secebis rasa jauh di lubuk hati. Kalau tiada, maka istighfarlah! Setiap dari manusia yang lahir di dunia ini tidak akan dapat lari dari tanggungjawab. Sebagai pelajar, anak, ibu, bapa dan yang paling penting sebagai Khalifah! Begitu juga diri ini. Tanggungjawab yang banyak sering kali membuatkan ana takut andai ana tidak punya jawapannya di alam barzakh dan di depan Allah kelak. Saat itulah, diri ini seolah mula beku kerna terlampau takutkan azab Allah yang pasti memedihkan itu. Istighfar! Kita mampu menangis apabila kita gagal dalam peperiksaan, kita mampu keluarkan air mata apabila kita diuji dengan rasa kehilangan dan perpisahan, TAPI kenapa begitu susah buat kita untuk titiskan air mata di saat memohon keampunan daripadaNya? Kita malu apabila kita menangis dihadapanNya! Itulah realitinya kini. Kita lebih sanggup meluahkan rasa sedih, takut, marah dan sebagainya pada sahabat kita. Bukankah kita lebih patut meluahkan segalanya pada Dia yang Telah Menciptakan? Bukankah itu yang selayaknya?

" Apakah dengan mendengar Al Quran ini mereka hairan? Lalu mereka ketawa dan tidak menangis? "
( SURAH AL-NAJM; 59 dan 60)

Setiap detik dalam kehidupan itu pasti punya hikmahnya yang tersendiri yang dikurniakan Allah. Semuanya terpulang pada kita. Ingin melihatnya menggunakan mata fizikal ataupun melihat dan menilainya menggunakan hati dan iman. Janganlah tika di dunia ini kita malu untuk menangisi segala dosa dihadapannya. Dan janganlah kita malu untu meminta kepadaNya. Kerna dikhuatiri andai sifat malu untuk melakukan kebaikan itu akan membuatkan kita menangis menyesal di SANA kelak. Jadikan diri kita malu dan benci untuk melakukan kemungkaran, TAPI apabila ditawarkan untuk melakukan kebaikan kerana Allah SWT, ketepikan rasa malu itu dari diri.

No comments: