Sunday, May 1, 2011

jauhkan aku dari RIAK itu!

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Kita mulakan pembacaan dan penulisan dengan rasa syukur yang tidak putus-putus kepada Pencipta. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... Mulanya, ana ingin bertanya, apa yang akan timbul dihati kita apabila sering dipuji oleh orang lain? Mungkin bagi orang yang cukup kuat imannya, kalimah memuji pada Allah akan sentiasa meniti di bibir. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Tapi sebahagiannya ada yang akan berkata, " aku memang hebat! " Atau yang lebih teruknya, " aku hebat, tak macam kau!! tak hebat langsung!! " Adakah itu riak? Riak itu bererti membuat sesuatu, melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di hati manusia.. Riak itu bagus atau tak ?

Allah berfirman :
" Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak. "
( SURAH AL-MA'UN ; 4 - 6)

Berdasarkan ayat di atas, apakah riak itu bagus? Andai Allah melarang, pasti ada banyak keburukan disebaliknya. Wallahua'lam. Ana tahu kebanyakan dari kita tahu apa yang menyebabkan riak itu malahan di internet terdapat banyak web yang boleh memberikan serba sedikit penerangan mengenai riak dengan lebih lanjut. Ana cuma ingin mangajak sahabat-sahabat yang ana sayang dan kasihi ini untuk melihat betapa buruknya akibat riak. Malahan orang yang kuat agamanya pun tidak mungkin boleh lari dari penyakit riak. Tapi andai kita bersungguh-sungguh, pasti kita mampu melawan penyakit riak ini. Andai kita hebat dalam bidang agama dan timbulnya sifat riak dalam diri kita yang serba lemah ini, maka fikirkan, Rasulullah SAW itu lebih hebat dari kita, malahan Baginda adalah manusia Terpilih, tapi Baginda tidak pernah riak. Maka, siapa kita untuk riak? Manusia hina yang andai tiada, tidak akan memberikan apa-apa kesan pada dunia apatah lagi di akhirat. Istighfar..

Ana sendiri risau dan asyik terfikir. " Selama ini aku buat kerja ni, ikhlas kerana Allah ke tak? Atau aku just nak orang pandang aku macam orang alim? " Istighfar.. Ana tahu, kita manusia kerdil lebih suka akan puji-pujian. Tapi kadang kala tanpa kita sedar, pujian itu mula memakan diri kita sendiri. Dari situ akan timbullah penyakit riak ini. Tak salah kita suka akan pujian orang lain ada diri kita, tapi apa kata selepas ini apabila dipuji, kita pulangkan kembali pujian itu kepada Allah kerna Dia lebih berhak. Semua yang kita punya adalah hak Dia. Andai orang kata kita hebat, maka ingatlah Pencipta itu Maha Hebat. InsyaAllah penyakit riak itu akan pergi dengan sendirinya apabila kita sedar dan ingat bahawa ada kuasa yang lebih berhak ke atasnya.

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.

*Setiap yang ana tulis adalah sebagai peringatan kepada diri dan sahabat-sahabat fillah serta sesiapa sahaja yang menjenguk warkah ana ~

No comments: