Wednesday, May 4, 2011

Pilihan terbaik datang dariNya.

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah kita masih lagi hidup sebagai hambaNya. Alhamdulillah.. Pilihan terbaik datang dariNya. Itulah yang dirasakan tika ini. Akhirnya selepas meminta kepadaNya, akhirnya ana mendapat jawapan yang terbaik malah menjadi penyelesaian yang terbaik buat diri ana. Walaupun jawapan dariNya itu muncul di saat-saat akhir, tapi syukur kerna masih belum terlambat. Alhamdulillah. Setiap jawapan yang kita tidak pasti, Dia adalah sebaik-baik tempat untuk kita rujuk. Kerna Dia lebih Mengetahui. Yang pasti, kita tak boleh berputus asa. Ana teringat bait-bait kata seorang ustaz di radio IKIM.fm.. Maaf, ana kurang ingat namanya. *istighfar

" Mungkin permintaan yang kita minta itu akan ditunaikan selepas kita berdoa sebanyak 100 kali, tapi selepas 99 kali kita berdoa, akhirnya kita berhenti. Betapa ruginya kita disaat itu! "

Tiada salahnya andai kita terus menerus berdoa. Ianya hanya memerlukan keikhlasan bukannya harta atau wang yang berjuta. Lambat atau cepat permintaan kita itu dimakbulkan, biarlah ianya menjadi urusan Allah. Andai ianya tidak diberi tika didunia, insyaAllah doa itu akan dimakbulkan di SANA kelak. Allah itu Maha Mendengar segala luahan rasa hambaNya. Mesti ada yang berkata, ' ala, Ummu Abiha ni cakap macam senang je! ' Suka untuk ana berkongsi dengan semua, yang ana juga pernah diuji malahan mungkin tanpa henti. Ana juga pernah melihat bagaimana sahabat-sahabat ana diuji dengan ujian yang berat. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita berhenti berharap padaNya. Sebagai contoh, apabila kita ingin berubah menjadi lebih baik, berdoa dan pintalah padaNya. InsyaAllah, Dia akan bantu malahan Dia akan permudahkan segalanya. Apabila diuji, ingatlah bahawa itu tanda kasihNya kepada hambaNya yang ikhlas berubah kearah yang lebih baik keranaNya. InsyaAllah. Kenapa ana menulis semua ini? Jawapannya kerna ana ingin berkongsi nikmat meminta kepada Allah.

" Allah SWT berfirman: 'Wahai anak Adam. Sesungguhnya selagi kamu berdoa kepadaKu dan mengharap kepadaKu, Aku akan mengampuni dosamu dan kesalahanmu dan Aku tidak peduli dengannya. Wahai anak Adam. Seandainya dosa-dosamu sampai ke langit, kemudian kamu meminta ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampuni dan Aku tidak peduli dengannya. Wahai anak Adam, apabila kamu menjumpaiKu (meninggal dunia) dengan setompok kesalahan, sedang kamu menjumpaiKu dalam keadaan kamu tidak menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menjumpaimu dengan setompok ampunan yang serupa dengannya' ."
(Dilaporkan oleh Anas bin Malik r.a)

Ana sendiri tahu betapa susahnya apabila kita ingin berubah menjadi lebih baik. Malu, segan semuanya akan datang menyerbu diri. Seterusnya menjadi penghalang untuk mengubah diri agar menjadi lebih baik. Ana sendiri pernah merasakan semua itu. Apa jalan yang terbaik? Mintalah pertolonganNya, berdoalah kepadaNya dengan rasa penuh harap. Kemudian lakukan perubahan itu sedikit demi sedikit. Jangan pisahkan doa dan pengharapan kepadaNya dari diri kita. Disaat kita buntu, ambillah masa untuk mengadu kepadaNya. Mohon agar diberikan pilihan yang terbaik. InsyaAllah, Dia akan membantu kita untuk memperoleh yang terbaik. InsyaAllah. Dia yang Menciptakan kita, pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk semua hambaNya.

" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah. Yang menciptakan langit dan Bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafaat kecuali sesudah ada izinNya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran? "
(SURAH YUNUS; 3)

*ya Allah, aku mohon keampunanMu. aku hanya mengharapkan agar apa yang aku kongsikan ini diambil iktibar darinya dan aku berharap ia dapat menyentuh hati-hati yang membacanya. aku mohon agar kami dapat masuk ke syurgaMu bersama-sama kelak. Kami mohon naunganMu di hari yang tiada naungan dan bantuan selain dariMu. Amiin.

No comments: