Saturday, May 14, 2011

rintihan seorang ayah..

Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah, mata ini masih mampu melihat, jantung ini masih mampu berdegup, alhamdulillah hati ini juga masih mampu merasa rasa kasih yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas nikmat ini..

"Saya sedang mencari anak saya"

Itulah salah satu ayat rintihan seorang ayah yang ana dengar rintihannya di radio ikim.fm. Hati ini berasa simpati pada si ayah itu. Dia bukan ingin memohon agar kita meratapi atau bersedih untuknya, tapi dia cuma meminta agar kita membantu mencari anaknya yang entah kemana. Anak kecil yang sedih mungkin kerna perpisahan ibu dan ayahnya. Wallahua'lam. Mendengar suara pilu si ayah ini tadi membuatkan ana ingin berkongsi rasa dan kisahnya di blog yang tak seberapa ini. Mungkin ia tidak akan membantu tapi tiada salahnya jika kita sama-sama cuba menyelami rasa kehilangan bapa ini. Bukannya kehilangan sebatang pen yang berharga ratusan ringgit tapi rasa kehilangan seorang anak yang tidak ternilai harganya. Allah.. Mana tahu kita ditakdirkan Allah agar menjadi penemu antara ayah ini dengan anaknya. InsyaAllah.

Sebengis mana pun dirinya, jauh dilubuk hati pasti punya kasih sayang yang amat berharga.

Panggilan ayah biasanya akan dikaitkan dengan personaliti garang, bengis, pemarah.. Tapi apakah semua yang bergelar bapa atau ayah atau abi malah walid itu punya sikap seperti itu? Apakah dirinya langsung tiada rasa kasih terhadap anaknya? Pastinya tidak. Ketegasannya itu untuk mendidik anak-anaknya, kerna dia adalah nakhoda, dia adalah raja yang memerintah keluarganya. Dia perlu menjadi yang terbaik agar dia mampu memastikan isterinya, anak-anaknya juga turut menjadi yang terbaik dan yang paling penting terbaik dimata Penciptanya. InsyaAllah. Jika si bapa sudah berpisah dengan ibu, mungkin kerna ada sesuatu yang kita sebagai anak tidak ketahui kisah disebaliknya. Wallahua'lam. Makanya siapalah kita yang ingin menilai mereka? Mereka lebih tahu berbanding kita, si anak yang mungkin terlepas pandang sesetengah perkara. Wallahua'lam. Yang pasti, walaupun ibu bapa kita sudah berpisah, bukan bermakna kita perlu memulaukan salah satu darinya kerna kita harus sedar bahawa tanpa salah seorang dari mereka, kita tidak akan ada di muka Bumi ini! Makanya apakah kita sudah cukup layak untuk menilai dirinya apatah lagi mengatakan bahawa mereka tidak layak menjadi ibu atau ayah buat diri kita! Walau sebenci mana pun kita, kita masih lagi seorang anak yang harus patuh pada kedua ibu bapanya. Jika dia pernah melakukan sesuatu yang mungkin di pandangan kita adalah sesuatu yang tak mungkin mampu kita maafkan, serahkanlah urusan mengadilinya itu pada Allah kerna Dia lebih tahu. Kita?? Belajarlah untuk memaafkan mereka kerna mereka masih lagi ayah dan ibu buat kita walau sebenci mana pun kita pada mereka. Wallahua'lam

Adik yang hilang itu bernama " Fathi Walihuddin bin Abd Rashid "
Nombor yang boleh dihubungi : 0195962526 ( En. Abd Rashid )

"Moga Allah pertemukan kedua ayah dan anak ini. InsyaAllah "

No comments: