Sunday, May 1, 2011

Sucinya...

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah, ana dan keluarga telah selamat pulang ke rumah dari Perak. Terima kasih ya Allah. Syukur sangat dapat memeluk anak-anak saudara ana di Perak yang sedang menunggu kelahiran adik mereka yang dijangka akan lahir 31 Ogos 2011. Lokasi di kampung atau nama lainnya di rumah keluarga ana!! Kenapa jadi begitu?? Sebabnya tika itu cuti hari raya, dan kebetulan sepupu ana yang sedang sarat mengandung itu akan pulang beraya di kampung. Ana sudah mula membayangkan,, " aiii,, macammana aku nak sambut 'baby' baru ni? " Macam ana pula yang sedang mengandung! Percaya dan yakin pada Allah. Allah akan bantu. Yakin!! Takbir!! Sepanjang di Perak, Allah masih membuka mata hati ini dengan peristiwa yang nampak biasa tapi sebenarnya penuh hikmah.. Antaranya tika ana sedang menonton TV bersama anak-anak buah ana; Asiyah Maryam ( kakak ) dan Arsyad Muslim ( adik ), entah kenapa Kak Jie ( ibu ) tiba-tiba berkata pada Arsyad, " kalau adik dapat barang, cakap apa kat Allah? ". Dan apa pula yang dikata oleh si anak kecil itu? Jawapannya, " Terima kasih Allah!! " Tika itu ana sudah tersenyum dan terfikir, si kecil tahu berterima kasih, kenapa zaman ini ada juga Muslim yang tidak tahu berterima kasih padaNya apabila dikurniakan sesuatu?
Entah kenapa ana berasa Allah bukakan mata ini apabila melihat 2 orang anak buah ana itu. Sikap sayang mereka pada seseorang membuatkan kita akan berasa amat dihargai! " Aunty, nak butterfly! ". Sambil memeluk diri yang sedang memilih barang hantaran. . Mungkin itu biasa bagi anak kecil yang menginginkan sesuatu tapi bukankah itu tanda bahawa mereka juga mudah menyayangi orang lain? Seolah kata benci tidak ada dalam kamus hidup. Tapi kenapa kita pula seolah memupuk sifat benci dalam diri? Istighfar!

"Anak itu ibarat kain putih, IBUBAPA lah yang mencorak mereka!"

Lihat betapa pentingnya peranan ibu dan bapa itu. Kenapa pula tajuk post ana ' Sucinya.. ' Kerana hari ini ana mendapat seorang lagi anak buah! Alhamdulillah. Melihat kecilnya dia membuatkan ana rasa seolah ana terlampau hina. Kenapa? Kerana dia masih bersih dari dosa, tapi diri ini? Entah berapa banyak dosa yang sudah terkumpul. Istighfar! Tangisannya juga menjentik hati kerdil ini. Subhanallah. Pelbagai cara andai Allah itu ingin menegur. Cuma kita yang buat endah tak endah kan? Dan ana juga sekali lagi diserang dengan persoalan perkahwinan. Mungkin ini kerana kebanyakan sepupu ana akan berkahwin hujung tahun ini sampaikan ana juga disarankan untuk melangsungkan sekali." InsyaAllah, tunggu ya makcik-makcik tercinta, nanti saya bagitau kalau dah ada tanda-tanda nak buat kenduri. " Itu jawapan selamat kerana ana sendiri tak tahu apa jodoh ana itu siapa dan bila.. Kita serahkan pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik. Yakin!!

"Manusia itu mampu berubah dalam sekelip mata."

Betul kan? Ana mengukir sebuah senyuman apabila ana ditanya betapa berbezanya ana dahulu dan sekarang. Itulah manusia. Sentiasa berubah. Oleh itu elaklah dari sifat bangga diri kerna kita mungkin tak selamanya kekal begitu. Wallahua'lam. Mana tahu, mungkin hari ini kita berjaya, esok lusa kita jadi orang yang mundur.. Istighfar!
Syukur alhamdulillah kerna akhir-akhir ini Allah tautkan hati ana dengan lebih ramai mereka yang bagus dalam bidang dakwah. Walaupun ana tak pernah ketemu tapi ana yakin ukhwah ini akan kekal. InsyaAllah.. Ana tidak kisah walau siapa pun yang menjadi sahabat baik ana selagi dia sentiasa mengingatkan ana tentang keesaan Allah SWT, itulah seorang sahabat dunia dan akhirat buat ana. InsyaAllah

"Sahabat yang paling baik itu adalah apabila kau melihatnya, kau mendengar bait katanya akan mengingatkan kau pada Allah SWT!!"

Pesanan Buat Anak Saudaraku
~ Nur Alif Ashraf ~

Assalamualaikum Ashraf sayang.
Apa khabar sayang?
Hari ini, ashraf lahir ke dunia.
Nanti dah besar, jadi anak soleh ye sayang.
Dengar cakap ibu dengan ayah.
Jangan lawan kak Fatin dan Abg Ngah.
Solat jangan tinggal ye sebab solat nanti jaga kita dalam kubur.
Belajar rajin-rajin,
ilmu agama jangan lupa ye.
'Aunty' selalu doakan Ashraf dan yang lainnya.
InsyaAllah.
' Aunty ' sayang Ashraf!!

2 comments:

anys dianza said...

assalamualaikum ummu..slamat mnyambut ank saudara..=)..semoga corakan peribadi n lahiriahnye dipenuhi dgn lukisan2 didikan Islam..^_^

Ummu Abiha said...

wa'alaikumussalam.. thanks anys... insyaAllah.. sama2 kita doakan. *t anys dpt ank saudara,, ana doa dri sni.. =D