Monday, May 9, 2011

Surat Cinta dari ana~

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebelum ana mula menulis surat cinta ana ini dan akhirnya menulis nama si 'dia' yang ana kirimkan surat ini, suka untuk ana mengajak semua untuk memuhasabah diri dan mengingatkan diri kita bahawa kita ini seorang hamba yang perlu untuk sentiasa melakukan kebaikan demi meraih kasih dan cintaNya. InsyaAllah~

Bismillah. Ini adalah warkah cinta dari ana buat seseorang yang amat ana kasihi. Ana tahu perubahan diri ini sesuatu yang drastik tapi ana punya sebab kenapa ana berbuat sedemikian. Kenapa ana memilih jalan ini seterusnya menolak tepi kehidupan yang dahulu. Mungkin agama yang ada dalam diri ini tidak sehebat muslimah yang lainnya, tapi tiada salahnya kalau diri ini ingin turut sama menjadi yang terbaik agar satu hari nanti ana mendapat yang terbaik. Tapi itu bukan sebab yang utama kerna yang penting adalah cinta Dia. Itulah cinta yang ana pilih kini hinggakan ana sanggup mengetepikan kehidupan yang dahulu, yang penuh dengan keseronokan dunia tanpa sedikit pun terlintas di hati untuk bertaubat. Astaghfirullah. Malu? Ya!! Ana malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah. Bila diri ini lontarkan secebis kata, ' berubahlah! aku tahu hidup yang penuh dengan hiburan itu seronok, tapi ia tidak akan kekal kerna mati akan mendatangi dirimu nanti! '.. Ketahuilah bahawa ana berkata begitu bukanlah sekadar pemerhatian tetapi ana pernah mengalaminya sendiri. Mungkin ana belum pernah mengalami kematian tapi ana pernah tahu bagaimana rasanya kehidupan yang penuh dengan hiburan. Tapi syukur, Allah kembali temukan ana dengan jalan yang lurus, yang sepatutnya seorang muslim lalui sejak azalinya. InsyaAllah.

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "
(SURAH AL-AHZAB:59)

Ana tahu mungkin kini zaman menggunakan selendang. Dahulu ana juga pernah memakai selendang, bukan selendang tebal tapi selendang yang kalian sering lihat kebanyakan remaja wanita memakai sekarang. ' Setakat tutup rambut sikit, kira ok lah tu! ' . Ya! Itu alasan ana tika memakainya dahulu malahan ana berasa ketinggalan apabila tidak belajar cara menggunakan selendang jarang itu. Tapi apakah alasan itu nanti boleh diguna pakai untuk mengelakkan diri ini dari menjadi bahan bakar api neraka?

' Suatu ketika sepupu Aisyah r.a, Hafsah bt Abd Rahman datang mengunjunginya. Ia memakai selendang yang dibuat dari bahan yang sangat tipis. Lalu, Aisyah r.a mengambilnya dan merobeknya kemudian memberikan kepada Hafsah selendang yang terbuat dari bahan yang lebih tebal. '

' Beberapa orang wanita dari kaum Bani Tamim datang mengunjungi Aisyah r.a. Mereka memakai pakaian yang terbuat dari kain yang sangat tipis. Ketika Aisyah r.a melihat mereka, ia berkata:
" Jika kamu orang-orang yang beriman, pakaian sejenis ini tidak sesuai untuk wanita-wanita beriman. Akan tetapi jika kamu bukan orang-orang yang beriman, maka lakukanlah sekehendak hatimu. "

Bersolek? Fitrah bagi seorang wanita terutamanya bagi seorang gadis yang sedang melalui zaman remaja. Begitu juga ana. Dahulu diri ini suka melihat dan mencoret pelbagai jenis alatan solek di wajah tanpa memikirkan apakah sudah jatuh hukum tabarruj keatas diri. Indahnya apabila si jejaka melihat diri yang indah disolek, merah pipinya. Tapi apakah itu sudah cukup buat diri ini melarikan diri dari azab yang pedih yang amat pasti itu?

Firman Allah SWT :
" dan janganlah kamu bertabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyyah terdahulu. "
( AL-AHZAB : 23)

" Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk Syurga.. "

Oh ya! Wangian atau perfume! Pastinya. Selagi boleh biarkan ianya wangi hinggakan boleh dihidu oleh orang sekeliling diri. Ini bukan ditujukan kepada atau menuding jari pada sesiapa. Kerna ana sendiri pernah melakukannya. Tapi kini ana bertanya pada diri. Apakah dahulu aku ini seperti pelacur yang menggunakan tubuhnya untuk menarik perhatian lelaki tapi bezanya aku menggunakan wangian itu hingga tertariknya lelaki pada diriku?

Maimunah bt Sa'ad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
" Allah murka kepada seseorang wanita yang keluar dari rumahnya dengan memakai wangi-wangian dan memberi peluang kepada lelaki melihat kepadanya, hingga ia kembali ke rumahnya. "
(Hadis riwayat Thabrani)

Allah mengurniakan ana kelebihan petah berkata-kata. Alhamdulillah. Tapi entah kenapa ana menyalahgunakan kelebihan yang diberikan itu. Sepatutnya suara itu digunakan untuk mengajak lebih ramai dan menyentuh hati-hati yang sedang mencari cinta Rabbnya. Tapi dahulu, suara itu digunakan untuk berkata-kata kosong dengan lelaki ajnabi. Apakah dosa suaraku itu nanti akan menjadi asbab diri ini menjadi bahan bakar Neraka Jahanam nanti?

" Siapa yang banyak cakapnya, banyaklah salahnya,
siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya,
siapa yang banyak dosanya, maka Neraka adalah paling utama baginya! "
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)
(Kata-kata Umar Al Khattab)

Sabda Rasulullah SAW:
" Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumban muka mereka ke dalam Neraka? "

Ketawa? Itulah cara untuk menghiburkan diri bahkan kadang kala ia mampu menghiburkan hati orang-orang yang berada di sekeliling. Ana tahu kerna ana juga pernah memilih untuk ketawa bukannya tersenyum untuk menghiburkan hati. Ketawa dikhalayak ramai tanpa mempedulikan pandangan orang sekeliling. Ya! Itulah diri ana satu tika dahulu. Astagfirullah.

' Sesiapa yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat.
Sesiapa yang banyak menangis didunia akan banyak ketawa di akhirat. "

Zina? Ya! Pasti ana pernah zina. Tipu? Tak mungkin ana menipu. Ana melakukan zina mata, zina hati, zina telinga. Siapa yang berani mengatakan dirinya tidak pernah berzina? Dan ana ingin bertanya lagi? Apakah orang yang terus menerus melakukan zina itu akan masuk Syurga? Jawablah kalian...

Rasulullah SAW bersabda :
" Mata dapat berbuat zina dan zinanya dengan melihat. Telinga dapat berbuat zina dan zina telinga ialah mendengar. Lidah dapat berzina dan zinanya ialah berbicara. Tangan juga dapat berbuat zina dan zina tangan ialah menyentuh lelaki / wanita yang bukan mahram! "

Apakah dengan semua yang ana lakarkan ini menunjukkan Islam itu menghalang kita dari menghias diri? Satu tika dahulu, diri ini juga pernah berfikir sedemikian, astaghfirullah.. Tapi kini ana mulai sedar, bahawa Islam itu bukan menghalang tapi ianya menjaga! Menjaga yang bagaimana? Menjaga kita dari menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki yang telah dihasut syaitan, menjaga maruah kita yang cuma satu yang sepatutnya diserahkan pada yang halal, menjaga tubuh kita dari menjadi santapan mata lelaki yang berajakan syaitan dan sebagainya. Kita ingin berhias cantik? Ya, berhiaslah untuk si suami yang halal. Biarkan kita digelar kolot dan diketawakan kerna ketinggalan tika di dunia, jangan kita diketawakan kerna banyaknya dosa tika di akhirat kelak. Astaghfirullah. Jika kerna pakaian kita yang menutup aurat sepenuhnya mengikut syariat Islam itu dipanggil kolot, biarkan!Jika kerna pakaian itu, kita berasa tiada si lelaki yang akan meminati kita kerna kita tahu, " hanya yang soleh akan mendapat yang solehah, begitu juga sebaliknya.. InsyaAllah. " Kalau dahulu, kita suka berpakaian ketat, ubahlah agar ia menjadi longgar. Kalau dahulu kita tidak bertudung, pakailah tudung. Ubahlah diri kita untuk menjadi lebih baik kerna masa tua itu bukan sesuatu yang pasti. Mungkin umur kita hanya hingga kita berusia 19 tahun, atau mungkin dalam tidur nanti, Izrail datang mengambil nyawa.. Sebelum ana akhiri surat cinta ana ini, apa kata kita kembali melihat janji-janji si laknat itu dihadapan Penciptanya satu tika dahulu~

Iblis : Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).
Allah berfirman : "Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu) "
Iblis : Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menjadikan aku sesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalanMu yang lurus! Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta kiri mereka.( Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan dari mereka bersyukur. "
Allah berfirman : "Keluarlah engkau dari sana (Syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa antara mereka ada yang mengikutimu, pasti akan Aku isikan Neraka Jahanam dengan kalian! "

Tapi Allah sentiasa menjaminkan bahawa pintu Taubat itu sentiasa ada selagi nyawa tidak diambil. Tapi apakah kita tahu bila masanya nyawa akan diambil? Apakah kita masih punya masa untuk menangguhkan taubat sedangkan kita tidak tahu bilakah kita akan menjadi arwah. Mungkin kini kita manusia yang hidup, tapi sekejap lagi kita adalah jasad yang tidak bernyawa yang dipanggil JENAZAH!

Apakah coretan ini membuka aib diri ana? Kalau benar, ana akan biarkan ia terbongkar. Mungkin ia mampu membuka segelintir hati yang sedang mencari jalan keluar, atau mungkin ia mampu menggetarkan hati yang sedang rindu akan Allah. Ayuh kita sama-sama mencari dan kembali sujud kepadaNya. Ayuh kita jadi bakal-bakal bidadari syurga bukanlah bakal peneman syaitan di Neraka..

~ Surat Cinta dari Ummu Abiha buat semua Muslimah ~

*Ana punya satu artikel menarik tentang aurat, tapi ana belum punya kesempatan untuk menulisnya disini, maka, sesiapa yang inginkan artikel tersebut, boleh email atau comment disini. InsyaAllah..
* Mungkin warkah ini tertumpu kepada wanita tapi Muslimin masih boleh mengambil sedikit iktibar kerna kalian pasti mempunyai seseorang wanita dalam kehidupan. Ibu, adik perempuan dan sebagainya. Moga kalian akan menjadi pendorong untuk mereka menjadi lebih baik. InsyaAllah.

No comments: