Saturday, June 25, 2011

andailah aku mampu...

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. Sekali lagi diri ini diberi kesempatan oleh Allah yang Maha Pengasih untuk meluahkan butir-butir kata yang mungkin dapat menyetuh hati-hati diluar sana, diambil pengajaran, atau mungkin ianya hanya sekadar pemenuh waktu kosong.. Sebelum ini, ana telah pun menulis bebrapa entri tapi entah kenapa di pertengahan 'post', ana mula hilang arah atas tujuan sebenar ana menulis maka proses untuk 'publish post' tersebut terus dibatalkan. Syukur, malam ini Allah memberikan semangat buat ana kembali menulis. Terlampau banyak perkara yang diajar olehNya kepada diri ini sepanjang ana memulakan tugas sebagai seorang pelajar, kakak, anak perempuan dan pelbagai lagi tanggungjawab.. Kadang-kadang diri ini semakin lelah, tetapi bukankah Allah itu pernah berjanji:

"Allah tidak akan menguji para hambaNya tanpa mengira tahap kemampuan mereka terlebih dahulu"

Ya! Ana tahu Allah itu Maha Pendengar segala keluhan hambaNya. InsyaAllah.. Mungkin ada dalam kalangan sahabat-sahabat ana yang melihat seolah ana cuba menjauhkan diri dan sebagainya. Asif dari pihak ana kerna ana punya sebab sendiri kenapa ana berbuat sedemikian. Ana tak mahu kata-kata ana akan mengguriskan hati orang di sekeliling ana. Mungkin ada kalanya ana seolah berkata tanpa berfikir terlebih dahulu. Mohon maaf dari pihak diri ana yang sering melakukan khilaf ini... Mungkin juga ada merasakan ana sibuk sentiasa. Maaf andai ana jarang bertanya khabar dan sebagainya. Mungkin ana terlepas pandang semua itu.. Ana cuma ingin merasai dan menyedirikan diri dengan Pencipta diri ini. Mengurangkan dunia dan melebihkan waktu dengan si Dia yang sedang melihat diri ini. InsyaAllah..

Akhir-akhir ini juga Allah menunjukkan bahawa kuasaNya sentiasa ada disekeliling kita. Cuma terpulang pada diri untuk melihatnya atau hanya membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengambil sebarang pengajaran daripadanya.. Seorang anak yang berasal dari sebuah keluarga biasa itu pasti mampu melakukan perubahan yang cukup besar pada keluarganya andai dia yakin pada Penciptanya. Subhanallah....

Semuanya kembali pada niat. Seterusnya tingkah laku dan kata-kata. Kata-kata yang diluahkan oleh sejenis anggota yang tidak bertulang tetapi cukup berkuasa dalam membentuk diri kita. Lidah.. Lidah itu mampu membuatkan kita makin menyayangi seseorang atau ianya mampu memutuskan sebuah persahabatan sudah lama terjalin.. Istighfar!! Itulah realitinya.. Persoalannya kini, berapa ramai dalam kalangan 'Khalifah' di muka bumi ini yang mendidik serta menjaga lidahnya? Atau kebanyakannya membiarkan si lidah berbuat sesuka hatinya?? Istighfar.. Ana sendiri risau andai dalam menasihati orang lain, lidah ini turut sama mengutuk atau mengatakan kelemahan insan lain. Istighfar!! Andailah diri mampu untuk menjaga setiap bait kata itu, pasti akan ana lakukan.. Adakah kita mampu?? Jawapannya kita pasti mampu kerna kita adalah ciptaan terbaikNya!! Alasan dalam melakukan kebaikan itu adalah helah dari Si Laknat itu untuk menggoyangkan pendirian kita yang ingin menegakkan Islam itu..

Jika ada dalam kalangan sahabat fillah diluar sana yang terasa dengan sikap ana yang mendiamkan diri, ketahuilah yang ana kini sedang mendidik lidah ini agar setiap apa yang diperkatakannya tidak akan menjadi asbab buat diri ini dihumban kedalam NerakaNya, kerna ana tidak tahu bilakah Malaikat Maut itu akan datang menjemput diri.. Makanya diam itu adalah lebih baik dari ada hati-hati yang akan terasa dengan diri ini yang sentiasa melakukan khilaf tanpa sedar.. Wallahua'lam..

Mungkin lidah itu letakkan disuatu tempat yang tersorok iaitu didalam mulut, dan ianya tidak bertulang, seolah ianya tidak akan memberikan apa-apa keburukan kerna ianya akan berfungsi apabila kita ingin mengatakan sesuatu.. Tetapi ketahuilah wahai sahabat sekalian, Rasulullah S.A.W telah memberikan peringatan kepada kita akan menjaga anggota yang satu ini kerna lidah ini sahaja sudah mampu membuatkan kita tersenarai sebagai ahli neraka yang apinya jika setitis jatuh ke Bumi, akan terbakarlah keseluruhannya. Wallua'lam.. Buat adik-adik junior ana di CFS IIUM mahupun kampus Nilai atau Petaling Jaya yang pernah ditegur oleh diri akak yang kerdil ini, akak mohon maaf andai setiap nasihat akak itu membuatkan adik terasa atau sebagainya. Akak cuma ingin kita sama-sama masuk ke SyurgaNya kelak. Kerna akak ingin punya teman dari dunia ini di Syurga sana kelak. Wallhua'lam..

Muaz bin Jabal melaporkan, " Saya pernah berkata kepada Nabi Muhammad, " Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada saya suatu amalan yang membolehkan saya masuk Syurga dan menjauhkan saya daripada Neraka,"
Nabi Muhammad menjawab, " Saudara bertanyakan satu perkara besar. Namun, ia ringan dilakukan bagi sesiapa yang diringankan oleh Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar. Perkara itu adalah saudar menyembah Allah, jangan menyekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun. Saudara dirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan lakukan ibadat haji di Kaabah."
Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, "Mahukah saudara saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api, serta sembahyang di tengah malam." Kemudian Nabi Muhammad membaca ayat Al Quran, surah AS-SAJADAH:16 & 17, " Lalu mereka meninggalkan tempat tidur mereka bagi mengerjakan sembahyang sunat tahajud dan beribadah kepada Allah. Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan mengharap. Setiap orang tidak tahu satu-persatu balasan baik yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka yang mereka sangat suka melihatnya, sebagai balasan apa yang mereka kerjakan. " Kemudian Rasulullah berkata lagi, " Mahukah saudara saya terangkan apa yang menjadi kepala sesuatu pekerjaan, tiangnya dan puncaknya?" Saya (Muaz) menjawab, " Mahu, wahai Rasulullah." Nabi Muhammad menjawab, " Kepala pekerjaan adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang, dan puncaknya adalah jihad. " Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, " Mahukah kamu saya terangkan apa yang menguasai itu semua? " " Mahu, wahai Rasulullah! "jawab saya. Nabi Muhammad menunjukkan lidahnya lalu berkata, "Jagalah yang ini. "
Saya bertanya , " Wahai Nabi Allah, apakah kami akan diseksa atas segala yang kami ucapkan? " Kata Nabi Muhammad, " Muaz, bukankah manusia dicampakkan kedalam Neraka akibat perkara-perkara yang mereka ucapkan? "

5 comments:

ayit_mostwanted said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ummu Abiha said...
This comment has been removed by the author.

Mufarwa said...

salam..saya dah balas komen akak kat bawah comment yang akak bagi..

Ummu Abiha said...

dik mufarwa : ok2.. t akak tgok.. =)