Sunday, June 12, 2011

Semangat Islam!!

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Pertamanya, ayuh kita bersyukur pada Dia yang telah memberikan kita kesempatan untuk terus merasakan nikmat dunia yang sementara ini. Alhamdulillah. Agak lama blog "Seorang Hamba Allah yang sentiasa merindukan SyurgaNya " ini ditinggalkan. Bukan sengaja tetapi masa seolah-olah tak langsung memberi peluang kepada ana untuk menarikan jemari ini untuk meluahkan serta berkongsi rasa tentang betapa indahnya Islam. Subhanallah. Kehidupan kembali menjadi seorang penuntut kini membuatkan ana mula berasakan bahawa aktiviti dunia perlu dikurangkan. Ana sudah puas dengan aktiviti dunia, kini ana mengejar saham akhirat. InsyaAllah. Kini ana sudah menjadi pelajar tahun ke 2 di CFS IIUM, kampus Petaling Jaya. Tetapi sebelum langkah sebagai seorang pelajar dimulakan, Allah menghantar amanah kepada diri untuk menguji serta mengingatkan diri bahawa tanggungjawab diri semakin besar. Dipilih menjadi salah seorang committee untuk program terbesar kampus bukan sesuatu yang mudah. " Taaruf Programme ".. Terlampau banyak hikmah serta tarbiyyah yang ditunjukkan Allah tika program ini dijalankan. Ana mula sedar betapa setiap dari kita ini tahu akan hukum Islam itu tetapi kita membiarkan hati kita dipengaruhi syaitan laknatullah seterusnya membiarkan kita terus hanyut. Istighfar!. Ana juga bersyukur kerana ana bekerja bersama mereka yang hebat dari semua aspek. Seolah setiap dari mereka tidak punya kelemahan. " Programme Coordination Family " .. Kerja seperti mudah tetapi ana tahu betapa setiap seorang dari kami diuji dengan seribu bahkan mungkin jutaan mehnah yang mungkin menyebabkan airmata menitis ke Bumi. Tetapi ujian yang hadir bukan sahaja membuatkan kami akhirnya tersenyum tapi ukhwah yang terjalin juga semakin eratkan. Hilang seorang, selebihnya turut terasa. Subhanallah.. Hebatnya kasih sayang itu andai dilandaskan kerana Allah semata-mata. Allahuakbar. Secara jujurnya, program ini juga menguji tahap kesabaran yang dikurniakan Allah pada diri. Karenah adik-adik muslimin dan muslimat yang baru melangkah ke alam universiti membuatkan ana turut berasa gembira tapi dalam masa yang sama sabar itu perlu apabila melihat masih ada mereka yang sanggup mengenepikan syariat Islam itu hanya kerana menginginkan kepuasan dunia.. Moga Allah membuka hati-hati mereka untuk kembali pulang kejalanNya. Dan semoga Allah turut menjaga hati dan iman kita.. InsyaAllah...

" Serulah manusia kejalan Tuhanmu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. "
(SURAH AN-NAHL :125)

Kehidupan ini bukan selalunya sempurna. Dikala sahabat fillah ana meminta ana agar menyampaikan tazkirah kepada adik-adik baru sepanjang program Taaruf Week diadakan, ana agak risau andai diri ini hanya tahu berkata tapi tidak reti melaksanakan, padahal Allah amat membenci mereka yang hanya tahu berkata tapi tidak mengamalkannya. Istighfar..

" Wahai orang-oarang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. "
(SURAH AS-SAFF :2, 3)

Moga apa yang dilafazkan oleh diri ini pada adik-adik akan terus kekal dalam lubuk hati mereka. Rasa dibenci juga turut mendatangi diri ana tapi apakah kerana rasa benci itu kita perlu melangkah kebelakang dai jalan dakwah ini? Bagi ana, itu hanya alasan! Ya, alasan yang dibisikkan syaitan agar kita menurut perintahnya dan mengabaikan tuntutan berdakwah sebagai seorang Islam. Dakwah itu bukan tugas seorang yang bergelar ustaz mahupun ustazah semata tetapi ianya tugas setiap dari kita yang beragama Islam. Dakwah itu boleh dipelbagaikan agar penyampaiannya lebih menarik. Itu apa yang ana belajar selepas peluang menjadi seorang " pembebel tetap " sepanjang Taaruf Week. Ana bersyukur kerna Allah menunjukkan jalan yang benar-benar ana harapkan untuk masa ini dan selamanya. InsyaAllah. Jalan yang bagaimana? Jalan yang penuh dengan tarbiyyah dan penuh dengan mutiara Islam yang tak mungkin akan hadir sendiri tanpa kita memulakan gerak langkah untuk mencarinya. Ana teringat kata-kata seorang ustaz ,

" Seorang Dai'e itu HARAM punya rasa PUTUS ASA!! "

Apakah maksud yang tersirat sebalik ayat yang cukup ringkas ini? Ya! Dalam melakukan kebaikan, untuk menarik hati-hati disekeliling kita agar turut sama menjadi Islam sebagai landasan utama dalam kehidupan, kita perlu mengenepikan rasa berputus asa itu. Kita perlu kuat menghadapi ujian yang datang kerna Allah menguji setiap dari kita bersesuaian dengan tahap kemampuan kita. Allah tidak akan sesekali menyusah atau membebankan para hambaNya dengan sesuatu yang Dia tahu mereka tak akan mampu menanggungnya. Wallahua'lam. Islam itu cukup mudah dan indah, tapi kita yang melihatnya serta menganggapnya menyusahkan. Ana masih ingat dikala ada dalam kalangan adik-adik yang baru memasuki CFS IIUM baru-baru ini yang menitiskan airmata apabila ana menyentuh isu mengenai ibubapa. Saat itu ana mula sedar, " Ya Allah, mereka ini masih lembut hatinya. Maka Kau bukakan lah hati mereka dan Kau terangilah ia dengan NurMu. Moga dengan itu, mereka akan sedar bahawa Kau itu yang paling utama. " InsyaAllah.

Mungkin masih ada yang hatinya seolah berat untuk berubah kerna masih terpedaya dengan nikmat dunia ini. Makanya apa kata andai kita kembali merenung sebentar...

Satu saat, tanpa kita sedar ada satu lembaga yang sedang memerhatikan kita dengan satu pandangan yang cukup tajam. Kita tidak mengetahui kehadirannya apatah lagi mengetahui niat si makhluk itu datang memandang kita dengan sedemikian rupa. Sampai saatnya, dikala kita sedang sibuk dengan urusan dunia, sang lembaga mula mendekati diri, dan terus menyentap nyawa yang sedang sibuk dengan duniawi hingga melalaikan tugasnya sebagai hamba kepada yang Esa, Allah SWT..

Apakah situasi ini hanya akan terjadi tika umur kita 64 tahun? Atau ianya mungkin akan berlaku lebih awal? Atau mungkin juga ia akan berlaku saat ini!! Wallahua'lam. Apakah masalah terbesar dengan diri kita sebenarnya? Bagi ana yang masih kurang ilmu ini, masalah terbesar kita ialah kita sentiasa menganggap MATI itu hanya hadir pada yang tua. Yang muda masih punya waktu. Istighfar!! Mungkin kita bukanlah yang terhebat, tapi kita mampu menjadi yang terhebat. InsyaAllah.. Jika sepanjang hari sudah kita penuhkan dengan ketawa, maka perbanyakkan tangisan disaat qiamullail. Mungkin dengan cara ini, Allah akan menjaga hati-hati kita daripada menjadi gelap dan keras seperti batu atau lebih keras dari itu.

Pabila hati mulai mengeras, si doktor di hospital pun tak akan mampu melembutkannya. Semuanya terpulang pada empunya diri. Apakah kembali kepada Rabb nya dan menginsafi diri dengan sebenar-benarnya agar hati kembali lembut, atau terus membiarkan hati menjadi gelap dan akhirnya mati!! Istighfar!!. Ayuh kita gerakkan langkah dakwah kita. Bukan sahaja berdakwah pada orang lain, tetapi dakwah pada diri sendiri agar kita dapat menjadi yang lebih baik pada masa yang akan datang. InsyaAllah..

" Islam itu pernah menakhluk dunia, ayuh kita kembali membangunkan Islam kini dan selamanya. InsyaAllah. "

No comments: