Thursday, July 21, 2011

3 serangkai..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Pertamanya ayuh kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran keatasNya kerna masih memberi kita peluang dan ruang untuk terus beribadah kepadaNya.Alhamdulillah.. Agak lama ana meninggalkan blog ini sendiri. Mungkin ana masih kurang dari aspek pembahagian waktu.. Moga pertolongan Allah sentiasa ada untuk diri ini. InsyaAllah.. Akhir-akhir ini, ana cukup sibuk. Sampaikan ana berasa seolah diri ini lebih mengejar dunia berbanding akhirat. Istighfar!! Seminggu yang ana lalui baru-baru ini hanya dihiasi dengan satu tajuk. Apakah tajuk itu? "PERTUNANGAN / PERKAHWINAN" . Semakin ramai sahabat fillah ana yang mula melangkah kearah pertunangan. Ujiannya mungkin bukan semudah yang difikirkan tetapi kita boleh mendidik diri kita agar hubungan yang terjalin akan terus terjaga. InsyaAllah. Apabila asyik ditanya tentang isu ini, ana hanya mampu mengatakan, "andai 'dia' yang ditakdirkan Allah itu hadir untuk diri ana, insyaAllah, jawapannya pasti!" Mungkin sementara menunggu dirinya bersedia, kita sendiri perlu bersedia untuk menjadi yang solehah buat dirinya. InsyaAllah. Biarlah Allah yang mengatur semuanya...

Walaupun diri ini sentiasa dikejar dengan pelbagai perkara yang kadang-kala tidak diminta, tetapi Allah itu Maha Adil.. Disaat kita sibuk, Dia masih lagi membuka peluang buat diri ini untuk menjadi ahli di taman-taman Syurga di dunia. Kini, walaupun masalah kadangkala masih lagi tidak putus dari mengejar diri, tetapi syukur setiap masalah itu akan ada yang hadir untuk membantu.

"Pertolongan Allah bersama jemaah "

Sebentar tadi, ana sempat merehatkan diri, memberi makan pada roh yang sudah lama tidak berisi ini dengan ilmuNya yang Maha Agung. Diri ini kembali diingatkan tentang 3 serangkai. Apakah itu? Itulah "Ujub, Takabbur, Hasad". 3 perkara yang seolah ringan tetapi bakal mengundang kemurkaan Allah. Hati ini bergetar saat ustaz melantunkan satu-persatu ayat-ayatNya untuk kembali mengingatkan diri-diri yang mungkin telah lalai dengan kehidupan dunia atau mungkin ianya menjadi pengubat rindu buat mereka yang sentiasa menjaga kalbunya. Allahuakbar.

Takabbur!! Sifat yang paling tidak disukai Allah SWT. Sifat takabbur itu hanya milik Allah. Makanya apakah layak buat kita yang hanya insan biasa ini untuk mempunyai walau sedikit sifat ini??

"Sesiapa yang mengambilnya (takabbur) daripadaKu, maka Aku akan peranginya!"

Takabbur itu dimulai dengan sifat ujub. Ujub boleh terjadi dari pelbagai aspek. Mungkin tanpa kita sedar kita telah pun bersifat ujub dan membenih rasa takabbur dalam diri kita. Mungkin kita yang khilaf ini merasakan bahawa sudah tidak punya cara untuk mengatasi penyakit ujub ini. Ingatlah bahawa setiap sesuatu masalah itu pasti punya penyelesaiannya.. Penyelesaiannya adalah dengan cara sentiasa peringatkan diri bahawa sesuatu nikmat itu tidak akan kekal menjadi milik kita selamanya. Yang kekal hanya Allah. Kita hanya meminjam milikNya, sampai satu saat nanti, kita akan memulangkannya kembali kepada yang Hak iaitu Allah SWT..
Tetapi kini, kita sering mendengar kisah mengenai hasad. Orang ini hasad dengan kejayaan orang lain dan ingin menjatuhkannya dan pelbagai lagi..

HASAD
"Suka dengan kesusahan orang lain,
Susah dengan kejayaan orang lain."

Jika takabbur adalah sifat yang paling tidak disukai Allah, maka hasad adalah sifat yang paling berbahaya. Hasad ini mungkin boleh terjadi dari pelbagai sumber. Sejujurnya, ana merasakan remaja sering menjadikan alasan kecantikan diri untuk membentuk sifat hasad dalam diri. Wallhua'lam. Mungkin itu hanya pandangan diri ana yang khilaf. Sering kali juga sifat hasad ini terjadi atas sebab sesuatu yang kita cintai..

"Kesukaan kamu terhadap sesuatu membuatkan kamu pekak dan buta!"
(Pepatah Arab)

Selepas ana mendengar, diri ini seolah sedih sendiri. Betapa kotornya kita kerna ana merasakan seolah 3 serangkai ini sering dilakukan oleh kita termasuklah diri ini. Istighfar!!. Moga Allah masih menerima taubat-taubat kita disaat ini kerna ana khuatir penyakit -penyakit hati ini akan menjadi asbab penghalang khusyuknya diri untuk bercinta dengan penciptanya.. InsyaAllah. Amiin..

No comments: