Monday, July 25, 2011

Allah knows the best!!

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pertama-tamanya ayuh kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang masih membuka serta memberi nikmat kehidupan buat kita,. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW. Mulanya ana ingin mengucapkan "selamat menjadi seorang ummi" buat ukhti insyirah solehah.. Moga ukhti akan terus kuat dalam mengharungi lautan kehidupan. InsyaAllah.. Hari ini, ana sudah mula berperang dengan exam mid semester. Alhamdulillah.. Permulaannya lancar dan moga ianya terus lancar hingga ke akhir. InsyaAllah. Allahumma amiin.. Ana suka melihat gelagat pelajar yang selesai menjawab kertas peperiksaan. Kadang-kala ia mampu membuatkan kita memuhasah sebentar. Disaat kita susah, masih ada dalam kalangan kita yang mencarut dan sebagainya..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah Neraka."
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Seminggu ini juga, ana asyik dihidangkan dengan cerita perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Mungkin akan ada yang mengatakan,"aii,, muda lagi dah fikir??" Jawapan ana cukup mudah, "umur kita kini bukan lagi di usia muda tetapi sudah mula beranjak ke usia seorang yang bukan lagi di tahap remaja." Mungkin setahun yang dulu, bila dihidangkan dengan cerita pertunangan dan perkahwinan di usia muda, ana akan berfikir 2,3 kali untuk berkata tentangnya. Tetapi kini, cerita itu bukan lagi sesuatu yang perlu dielakkan. Ana sendiri agak terkejut apabila akhir-akhir ini semakin ramai yang mengaku pada ana yang mereka sudah pun bertunang. Alhamdulillah. Moga dengan cara itu, mereka akan dapat dielakkan daripada sebarang jenis zina. Buat sahabat fillah ana yang sudah bertunang, percepatkan 'majlis' nya ^_^''
"Eh, dah daftar kat Baitul Muslim ke?" Ana tersenyum.. Jodoh itu Allah dah tetapkan, nanti sampai masa, dia datang sendiri kat kita. Saat ini, diri ini pastinya sedang bercinta, sedang membenih rasa kasih dengan Allah SWT. Itulah pemilik cinta diri ini. Makanya soal jodoh itu, bagi ana biarlah ianya menjadi rahsia pencipta ana kerna Dia lebih Mengetahui siapakah "imam" yang terbaik buat diri yang kerdil ini. .

Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihi. Kasihanilah mereka di bumi, nescaya yang dilangit akan mengasihi kamu."

(Riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)

Seminggu yang lepas, ana dikejutkan dengan kehadiran sepucuk surat ringkas. Surat yang dihantar khas dari tanah SHAMS. Ana terkejut tetapi ana cukup bersyukur kerna ukhuwah ini pastinya erat kerna ia terjalin berlandaskan cinta pada yang Satu. InsyaAllah. Buat sahabat fillah ana di SHAMS, Ukhti Izwatul Jannah, moga terus kuat perjuangkan Islam di tanah SHAMS.

Andai kita orang mula perkatakan tentang cinta kepada ana, jawapan ana cukup mudah.

" Aku kini sedang menyintai pemilik segala Cinta. Dia akan berikan cinta itu kepada hambaNya yang berhak untuk memiliknya satu ketika nanti. Kini, aku cuma ingin menjadi si solehah yang hanya menyintai Rabb nya, bekerja untuk agamanya, menjadi si anak yang taat pada ummi dan abinya, menjadi seorang mujahidah buat Islam tercinta dan mungkin juga mempersiapkan diri untuk menjadi seorang hamba yang akan terpilih ke FirdausiNya.. insyaAllah.."

1 comment:

ayit_mostwanted said...

ske sgt pendahuluan ni..
nnt2 ada masa anti buat ttg munafik ye.. =)
ap balasan nye pula..