Saturday, July 30, 2011

RAMADHAN dan Kematian~

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Alhamdulillah, ayuh sama-sama kita mengucapkan rasa syukur kepadaNya yang telah memberikan kita kesempatan untuk terus bersama merasai nikmat Islam. Allahuakbar! Tanpa kita sedar, tinggal kurang dari sehari lagi, kita akan berjumpa kembali dengan bulan yang penuh dengan barakah, iaitu RAMADHAN!! Buat para sahabat, ana ucapkan selamat berpuasa dari segala aspek, malah ayuh kita sama-sama berlumba untuk meraih sebanyak mungkin pahala di bulan yang mulia ini.. InsyaAllah.. Jika dulu kita mungkin tak berpeluang merasai nikmatnya malam laillatul qadar, maka apa kata kalau tahun ini kita berusaha gigih untuk mencari malam yang amat indah itu. Andai kita sanggup berjaga hingga 4 pagi untuk 'study', tiada salahnya kalau kita sama-sama berdiri di sepertiga malam untuk menagih cintaNya. Allahuakbar!! Jika bulan-bulan sebelum ini, kita asyik mengejar cinta dunia yang belum pasti apakah penghujungnya, maka di bulan yang semua syaitan dikurung di Neraka, apa kata andai kita kembali kepada Pencipta segala Cinta.. Inilah masanya untuk kita kembali menangisi segala dosa yang entah sebanyak mana. Istighfar!! Andailah kita ketahui betapa seksanya azab di Neraka, pastinya kita tidak akan berlengah untuk kembali memohon keampunan dariNya...

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
" Sekiranya kamu mengetetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis. "
(Riwayat al Bukhari
)

Menganjak ke umur 20 akan membuatkan kita merasa seolah kematian itu semakin hampir. Mungkin RAMADHAN itu akan hadir sebentar lagi, tetapi apakah kemungkinan bahawa dalam masa kurang sehari itu, malaikat Izrail tidak datang menjemput diri? Apakah mungkin kita dapat merasai nikmatnya sepuluh malam terakhir atau saat itu kita sudahpun tiada di Bumi ini? Ana tertarik dengan satu analogi :

Ibnu Al Jauzi berkata:
" Bayi yang diletakkan dalam ayunan mengekspresikan keadaannya kelak dalam kuburan."
Sebagaimana seorang bayi yang dibalut dengan kain putih dan diletakkan dalam ayunan tanpa bergerak. Begitu juga dengan mayat, dia dibungkus dengan kain putih yang merupakan pakaian terakhir yang ia kenakan di dunia, untuk tinggal dalam buaian perut bumi tanpa bergerak hingga datangnya hari kebangkitan.

Kita mampu untuk mengatakan bahawa "ajalnya sudah datang!" apabila seseorang itu kehilangan ahli keluarganya (meninggal dunia),, tetapi pernahkah kita terfikir, bilakah akan datangnya masa buat diri kita untuk kembali kepadaNya? Apakah kita pulang ke pangkuanNya dalam keadaan yang penuh dengan kebaikan atau penuh dengan noda dan dosa? Kita asyik mengatakan betapa indahnya raya tahun ini, tapi pernahkah kita cuba untuk menyelitkan kematian di sebalik setiap itu? Mungkin akan ada yang berkata, " asyik fikir mati.. Bila nak enjoynya???" Mati itu bukan untuk menakutkan tetapi ia lebih kepada cara yang efektif untuk mengingatkan diri bahawa setiap perkara baik dan mungkar yang dilakukan diri kita akan ada balasannya kelak. Bukankah itu akan mendorong kita untuk lebih melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran??

Mungkin selepas kita bernekad untuk menyerahkan kembali diri kita kepada Allah dan memberikan segala cinta hanya padaNya, saat itulah Allah akan menguji apakah benar kita berniat hanya kernanya atau kita hanya menginginkan sebuah pujian dari manusia. . Istighfar!!
Bagi ana, RAMADHAN dan kematian itu saling berkaitan. Bagimanakah? Jika RAMADHAN mengajar kita erti sebuah pengorbanan dan kesusahan dari pelbagai aspek, maka kematian turut mendidik kita agar lebih meengerti bahawa kehidupan ini hanya sementara, makanya di bulan yang mulia ini, kutiplah sebanyak mungkin mutiara pahala kerna kita tidak tahu apakah RAMADHAN kali ini adalah yang terakhir ataupun kita tidak sempat untuk menghabisi puasa kita kali ini. Wallahua'lam.. Ingatlah, mungkin kita adalah insan yang dipilih Allah kerna Dia masih lagi memberikan kita peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan di Sana kelak padahal ada dalam kalangan sahabat fillah kita yang tidak berkesempatan untuk merasai nikmatnya RAMADHAN kali ini. Makanya ayuh sama-sama kita manfaatkan RAMADHAN kali ini agar ianya akan membuatkan pahala kita meningkat berlipat kali ganda dari dahulu. InsyaAllah...

No comments: