Friday, August 5, 2011

Aii,,, marah ke??

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,, kini Allah masih lagi mengurniakan nikmat Islam dan iman buat diri ini.. InsyaAllah.. Masih belum terlambat untuk ana mengatakan "selamat mengumpul pahala dan medidik nafsu di RAMADHAN yang mulia ini " buat semua sahabat fillah ana di luar sana.. Walaupun mungkin ada yang ana hanya kenal di alam maya, ukhuwah yang terjalin kerana cinta padaNya itu pastinya berlandaskan iman, dan ukhuwah itu pastinya akan dapat dirasai walaupun berjauhan... InsyaAllah... Dalam bulan RAMADHAN yang penuh dengan pelbagai nikmat ini, menjadi satu ujian buat kita sebagai hambaNya untuk menahan rasa marah walaupun mungkin kita tidak bersalah tetapi andai kita bersabar,, itu adalah yang terbaik. InsyaAllah.. Ana pernah ditanya oleh seorang kakak yang cukup ana hormat kerna ketinggian ilmunya,, " Kita ni perempuan kurang sangat rasa sabar,, akak pun rasa cepat je nak marah akhir-akhir ni." Ana cuma mampu tersenyum kerna ana mengerti apa yang dia sedang rasakan. Seorang wanita itu perlu mempunyai lebih rasa sabar dalam diri mereka kerna satu ketika nanti merekalah yang akan menjadi guru pertama buat anak-anak yang diamanahkan Allah pada mereka dan suami mereka. Sifat marah itu ibarat api. Tatkala kecil mungkin boleh dikawal, tetapi apabila besar,, pastinya ianya akan membakar apa sahaja yang ada disekelililngnya tanpa mengira ianya bersalah atau tidak. Begitu juga perasaan marah. Apa kata kalau kita kembali melihat diri kita tatkala kita sedang marah, bukankah kalimat "bad mood" itu akan kita lafazkan pada siapa sahaja yang ingin menegur kita? Ana ingin mengaitkan situasi "marah" ini dengan tugas kita untuk berdakwah di muka Bumi Allah ini. Berdakwah itu bukan untuk mengajak orang solat, puasa dan habis begitu sahaja tetapi dakwah yang sebenar ialah kita ingin orang yang didakwahkan itu kembali sedar bahawa Allah itu Maha Pencipta dan Islam itu adalah agama yang sebenarnya dan pastinya kita ingin orang itu kembali pada Penciptanya. Bayangkan satu masa kita dihina, dikutuk oleh orang yang kita nasihati. Apakah kita akan terus tersenyum atau dalam diam kita akan mengutuk orang tersebut??

"...dan Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar."
(SURAH AL BAQARAH:249)

Apakah kita masih ingin kisah Saidina Ali yang hampir-hampir memancung kepala seorang Yahudi tetapi Saidina Ali membatalkan niatnya dan berkata, " Aku takut andai aku memancung kepalamu kerna rasa marahku bukannya kerana Allah SWT..".. Subhanallah.. Hebat sungguh para sahabat Rasulullah mengawal rasa marah mereka. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka? InsyaAllah, pasti kita boleh sebab kita adalah ciptaanNya yang terbaik. Bukankah RAMADHAN ini adalah medan terbaik untuk kita mengawal kemarahan? Makanya ayuh kita rebut peluang untuk mengawal perasaan marah itu agar kita tidak bertindak lebih dari yang sepatutnya. Andai dahulu Rasulullah sentiasa marah dalam menyebarkan agama suci ini, pastinya ramai yang menjauhkan diri dari Islam tetapi Rasulullah sedar bahawa marah itu tidak akan mengubah apa-apa sebaliknya menimbulakan rasa benci andai disalahgunakan. Makanya dakwah yang dijalankan penuh dengan rasa kasih pada yang lain. Allahuakabar!! Indahnya agama ini..

Ya Rabb,,
jangan Kau jauhkan kami dari nikmat Islam dan Iman.
Peliharakanlah hati kami, agar kami akan menjadi orang sabar dan bertakwa padaMu..
amiin.

"Satu hari telah datang seorang pemuda kepada Rasulullah dan berkata:
"Ya Rasulullah, berkanlah aku nasihat."
Rasulullah berkata:
"Janganlah engkau marah."
Pemuda itu bertanya lagi:
"Selain itu, apakah ada lagi nasihat yang lain?"
Rasulullah menjawab:
"Janganlah engkau marah."
Pemuda itu bertanya lagi:
"Apakah ada selain itu?"
Rasulullah menjawab lagi:
"Janganlah engkau marah.."

No comments: