Wednesday, August 17, 2011

Berdakwah tu pelbagai..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi bergelar seorang Khalifah di muka bumiNya.. Riak, ujub, takbur? Ayuh kita singkirkan semuanya ketepi kerna kita tidak layak untuk semua itu kerna kita hanya insan kerdil yang menumpang di dunia yang sementara ini. Wallahua'lam. Agak lama blog ini dibiarkan sepi, ana sendiri seolah melarikan diri dari blog sendiri. Mungkin kerna sedang kembali memuhasabah diri, "kenapa aku buat blog??" Ya!! Ana sedang mencari alasan kukuh kenapa blog " seorang hamba Allah yang rindukan SyurgaNya" ini diwujudkan. Apakah hanaya sekadar mengikut trend remaja yang suka meluahkan segalanya di alam maya, atau punya sesuatu yang lain disebalik kewujudan blog ini. Ana cukup kagum dengan sahabat fillah ana yang cukup hebat dalam penulisan di kanvas maya mereka. Berbanding diri ana yang teramat kerdil andai dibandingkan dengan mereka. Ana tertarik dengan satu ayat iaitu,

Blog adalah satu medan nasyru fikr ( penyebaran fikrah) yang baik.

Dikala ana membaca ayat ini, hanya satu yang terlintas di hati, " apakah aku menggunakan blog ini ke arah yang sepatutnya?? Atau hanya inginkan memuaskan nafsu iaitu agar orang mengenali aku??" Jawapannya hanya diri kita dan si Dia yang Maha Agung yang Mengetahui..

Blog sebagai medan dakwah?? Pasti akan ada yang mengatakan, " alamak, nanti aku kena gelar ustazah!!" Ataupun " tak reti la hadis panjang-panjang ni!!" Apakah berdakwah itu perlu dengan hadis yang panjang-panjang?? Jika kita menasihati seseorang agar meninggalkan kejahatan yang menyakiti dirinya tanpa memberikan sebarang hadis sekalipun, bukankah ianya masih digelar sebagai berdakwah? Alangkah indahnya jika semua yang kita lakukan termasuklah blog yang kita tatap ini dihiasi dengan keindahan Islam. Agar apabila ada insan lain yang terbaca atau sekadar menjenguk blog kita, dia akan melihat keindahan Islam di alam maya yang kita lakarkan itu. . Subhanallah. Zaman ini terlampau banyak cara untuk kita berdakwah, persoalannya kini apakah kita mencari jalan-jalan tersebut dan menggunakannya dengan baik atau kita hanya sekadar melihat dan membiarkannya begitu sahaja??

Di dalam sebuah buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf, beliau ada mengatakan,

" Jangan kita anggap blog kita sebagai satu tempat untuk mengajar orang lain, tetapi lihatlah blog kita sebagai tempat memperbaiki diri sendiri."

Bukankah blogger yang baik itu sepatutnya baik pada luarannya juga?

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As Saff- 2,3)

Makanya buat semua para blogger,, ayuh kita sama-sama perbaiki niat kita agar semua yang kita lakarkan di alam maya ini akan menjadi satu ibadah dan menjanjikan ganjaran phala oleh Nya..

" Jom jadi dai'e yang berblog.
Bukan sekadar menjadi blogger yang berdakwah.. "
~Hilal Asyraf~

No comments: