Saturday, August 27, 2011

pengalaman itu GURU!

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,, syukur ke hadrat Allah SWT kerna masih memberi peluang kepada diri ana untuk terus menikmati udara serta keindahan dunia yang sementara. Ana juga ingin mengajak semua sahabat ana untuk sama-sama kita berselawat keatas junjungan besar Rasulullah SAW.. Rindu? Ya!! Ana teramat rindu untuk menulis di blog ini. Bukan ingin menagih perhatian tetapi sekadar untuk berkongsi dengan harapan akan ada hati-hati yang disentuh lembut mengenai keindahan Islam apabila mereka menjenguk ke blog ana. InsyaAllah. Mungkin apa yang akan ana tuliskan kali ini lebih kearah sebuah kisah apa yang telah diri yang kerdil ini lalui setakat ini sama ada di Bumi CFS IIUM mahupun di kampung keluarga angkat ataupun di rumah ana sendiri. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hadirnya Syawal dan perginya Ramadhan. Saat ini apakah kita sedang asyik memikirkan apakah warna baju raya kita di pagi Syawal atau kita sedang menghitung apakah kita memperoleh malam lailatul qadar?? Biarkan jawapn kepada persoaan ini hanya diri kita yang tahu. Moga Ramadhan kali ini mengajar kita sesuatu. InsyaAllah.. Ana pasti sahabat fillah ana kini sudah berada di kampung halaman masing-masing. Alhamdulillah. Lindungilah kami Ya Allah.. Ana sendiri telah selamat sampai ke rumah, dan ana cukup kagum dengan keindahan bumi ciptaan Allah dikala ana melangkah kaki ke kampung. Sawah yang menghijau sudah cukup untuk menenangkan hati yang sedang gersang. Subhanallah.. Selepas membantu adik memasang pelita, ana pun mengambil masa yang ana untuk membantu ibu tercinta. Entah kenapa satu persoalan yang tidak pernah ana fikirkan ditanya oleh seorang ibu yang ana tahu dia mengambil berat tentang diri ini...Sebelum itu ana juga ditanya oleh kakak sepupu tercinta, " Dah istikharah ke? " .. Disaat itu, diri ini terdiam kelu, cukup takut andai keputusan yang diambil akan menjadi keputusan yang salah. Ya Allah, jauhkan aku dari sikap ragu-ragu!!

" Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang amat menyenangkan) seperti pernikahan.
(Sunan Ibnu Majah)

Ramadhan ini juga mengajar ana betapa kematian itu boleh hadir walaupun tika itu umur kita baru mencecah 19 tahun. Al Fatihah buat sahabat ana yang ana cuma kenal di alam maya tetapi sifatnya cukup untuk membuat ana merasakan betapa diri ini tidak punya apa-apa berbanding dirinya. Al Fatihah buat Ustaz Hafiz~

(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: " Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia.) "
~ Surah Al Mukminun :99 ~

Nikmat Allah sebenarnya terlampau banyak cuma kita yang sentiasa memilih untuk membutakan mata hati kita dari melihat semua nikmat itu dan mul;a memikirkan bahawa Allah itu Tidak Menyayangi kita.. Istighfar wahai hati-hati yang gersang.. Mungkin di saat ini kita sedang bertanya pada diri, " Kenapa aku tak pandai macam dia? " " Kenapa aku tak cantik macam si polan??" " Kenapa tak ada orang nak kat aku? " .. Jawapannya cuma satu.

" Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. "

Jika sentiasa mengingatkan diri kita bahawa Allah itu Tidak pernah lalai, maka yakinlah bahawa kebahagiaan itu pasti ada buat semua mereka yang beriman kepadaNya cuma lambat atau cepat. Jika cepat, maka bersyukurlah, tapi andai terlambat, maka pupuklah sifat sabar dan ketahuilah bahawa semakin kita sabar, semakin dekat Allah itu pada kita. Wallahua'lam. ^___^

No comments: