Tuesday, August 30, 2011

perginya seorang sahabat..

Bismillah...
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Mulanya, ayuh kita panjatkan rasa syukur yang tiada nokhtahnya kepada Pencipta, Allah SWT kerna memberikan kita peluang dan ruang dalam meniti kehidupan sebagai Khalifah di muka Bumi Allah ini.. Alhamdulillah.. Malam ini ana kembali membuka Facebook ana kembali selepas berbincang dengan salah seorang sepupu ana.. Bait-bait kata beliau membuatkan ana kembali terfikir, " apakah aku mengabaikan tanggungjawabku dalam menarik adik itu? ".. Mungkin Allah ingin ana sedar bahawa tanggungjawab itu kini diatas bahu ana kerna sahabat yang cukup ana kagumi telah pergi menemui Penciptanya.. Ustaz Mohamad Afez... Sahabat yang ana kenal cuma sebentar tapi sifatnya cukup untuk membuatkan kita berasa seolah persahabatan yang terjalin lebih lama dari yang kita fikirkan. Subhanallah.. Ana masih ingat, beliau pernah bertanya kepada ana, apakah ana akan menerima andai ada lelaki yang hadir untuk menjadikan diri yang khilaf ini sebagai zaujahnya.. Allahuakbar!!! Alhamdulillah, kini beliau mungkin sedang menunggu sang bidadari di syurga.. wallahua'lam...

Kematian itu pasti akan hadir. Menjadi suatu kewajipan untuk setiap yang bernyawa itu merasai mati.. Muda atau tua, itu hanya diketahui olehNya.. Maka apakah selayaknya untuk kita menangguh taubat atas segala dosa yang pernah kita lakukan sama ada sedar atau tidak sedar.. Istighfar!!! Diri ini juga tidak dapat lari dari perasaan risau.. Sahabat ana itu sudahpun tamat perjalanannya di bumi ini dan insyaAllah di akhir penamatnya adalah baik, pergi dalam keadaan ingin menuju ke Rumah Allah dikala insan lain sedang enak dibuai mimpi. Subhanallah!! Mpga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Buat semua sahabat fillah ana di luar sana, ingatlah bahawa kematian itu bukannya semakin menjauh dari kita tetapi ianya semakin menghampiri kita. Jangan kita jadikan medan kehidupan ini sia-sia kerna terlampau sibuk mengumpul kesenangan dunia dan terlepas pandang bekalan untuk perjalanan di SANA..

~Al fatihah~
-Ustaz Mohamad Afez-

No comments: