Friday, September 2, 2011

syawal 2011 buat si gadis..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah,, hampir seminggu kita meraikan syawal yang telah hadir,, menggantikan bulan Ramadhan. Moga kita akan berjumpa Ramadhan lagi di tahun yang akan datang. InsyaAllah.. Sebelum ana menulis, ayuh kita mengucapkan rasa syukur pada Nya kerna masih memberikan kita nyawa yang pastinya harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Alhamdulillah.. Malam ini adalah malam terakhir ana di kampung sebelum kembali ke Bumi CFS IIUM di Petaling Jaya. Berat hati ini untuk melangkah pergi, tapi itu juga adalah amanah dari Allah untuk menuntut ilmu-ilmu di muka BumiNya, dan ia juga adalah amanah arwah ayahanda tercinta, Encik Abd Malek Bin Mohamad. InsyaAllah, diri ini akan melakukan yang terbaik.. Bantulah hambaMu ini ya Rabbi~

Syawal ini terlampau banyak persoalan yang disoal pada diri, hinggakan ana terfikir, " mungkin Allah ingin memberitahuku bahawa umurku semakin pendek, maka apakah yang telah aku lakukan sebagai bekalan buat diri tika dijemput oleh Izrail yang setia? " Umur yang mula menganjak ke umur 2+, makin membuatkan ana merasa serba tidak kena. Moga Allah permudahkan semua urusan kita, insyaAllah.. Mulai minggu depan juga, sahabat-sahabat fillah ana di sekolah menengah dulu akan mula melangkah kaki ke universiti masing-masing untuk menyambung degree.. Alhamdulillah.. Ana akan menyusul kemudian, InsyaAllah... Raya ini juga adalah syawal pertama tanpa kehadiran seorang ayah. Sunyi? Itu semestinya tapi ana yakin ayahanda sedang bahagia bersama Penciptanya. InsyaAllah... Alhamdulillah, Allah banyak permudahkan urusan di waktu cuti ini.. Alhamdulillah,,, terima kasih Allah... Raya pertama 3 keluarga pakcik-pakcik ana sudah pulang ke kampung iaitu rumah ana. Petangnya hampir semua sepupu ana datang ke kampung. MasyaAllah, bilangan anak saudara yang semakin ramai membuatkan ana asyik tersasul menyebut nama mereka. Risau juga andai ada yang terasa hati tetapi syukur, mereka memahami. Alhamdulillah, terima kasih Allah! Raya pertama juga, Allah menghadirkan seorang lagi ahli keluarga baru buat keluarga besar kami, Asiah Marha~ InsyaAllah, esok ana akan pergi menziarah Asiah Marha dan keluarganya.. Petang raya pertama itu juga membuatkan rumah ana penuh dengan kanak-kanak. Pelbagai ragam tapi itulah warna kehidupan..

Rasulullah bersabda,
" Allah akan menciptakan syurga bagi orang yang suka menceriakan hati kanak-kanak "

Asif, ana kurang ingat tentang hadis di atas kerna ana mendengarnya di TV. . Maaf.. tidak lupa buat sahabat ana, ukhti Farhan yang telah melangsungkan pernikahan beliau baru-baru ini.Moga Allah meberkati kalian. InsyaAllah... " Wanita yang solehah itu hanya untuk yang soleh. " InsyaAllah~

Selepas ini, diri ini akan kembali menjejak butir-butir mutiara Islam. Terasa seolah diri ini telah disaluti dengan penuh debu-debu dosa yang membuatkan ana mula lalai dalm melakukan sesuatu. Moga kita sama-sama dapat berubah yang lebih baik, dan kita tetap gigih dalam mencapai cintaNya yang Maha Agung. InsyaAllah...

No comments: