Friday, October 14, 2011

Allah akan tolong =)

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, Allah masih membenarkan diri ini untuk meneruskan kehidupan.. Alhamdulillah. Rasanya sudah terlalu lama ana tidak menulis sesuatu di blog ini. Mungkin Allah belum membukakan hati ini untuk menulis pada waktu itu. Wallahua'lam.
Cuti semester kali ini dirasakan seolah kosong. Kosong tanpa perkongsian ilmu. Seolah diri terasa lemah tanpa makanan rohani.

"Ya Allah, bantu hambaMu ini dalam mencari gedung ilmu. "

Diuji dengan kesakitan yang tiba-tiba menyerang diri juga membuatkan ana terfikir, "apakah yang akan aku lakukan andai aku sedang melihat Izrail tika ini? ". Mati itu sesuatu yang pasti, mendengarkan kalimahnya sahaja akan membuatkan segelintir dari kita menjadi pucat lesi. Allahuakbar! Moga pengakhiran hidup kita itu dalam keadaan beriman. Allahumma amiin..

Saat ini, ana amat merindui sahabat-sahabat ana. Entah kenapa terasa seolah diri ini cukup jauh dan teringin membuatkan mereka bahagia. Alhamdulillah, Allah kembali menemukan kami, bahkan Dia menambahkan lagi sahabat yang dahulu diam menyepi.

"bangga mempunyai sahabat yang sangat mengambil berat tentang sahabatnya yang lain. terutama apabila ianya melibatkan iman dan islam. kepada sahabat yang sedang diuji..ingatlah..yang kamu semua adalh insan2 yang dipilih oleh Allah utk ditingkatkan darjat..insyaAllah.."
( Nur Hafizah )

Ayat diatas ana ambil dari salah satu 'post' sahabat fillah ana. Alhamdulillah, Allah tidak biarkan diri ini sendirian dalam mengharungi dan menjalani perubahan untuk menjadi lebih baik tetapi Allah buka hati sahabat-sahabat fillah ana yang lain untuk turut serta menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah sejati. InsyaAllah.

Perubahan itu bukan sesuatu yang mudah. Mungkin lafaznya seolah cukup mudah tetapi untuk melakukannya bukanlah semudah sebutannya. Tambahan pula jika kita ingin berubah dari perkara yang biasa kita lakukan kepada perkara yang tidak pernah atau jarang kita lakukan. Tetapi bukankah andai kita melakukan perubahan itu dan istiqamah dalam melakukannya, maka itu akan menyebabkan Allah lebih mengasihi kita?

"‎(31) Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyayang.

(32) Katakanlah: hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. Tetapi jika kamu berpaling, maka sesungguh­nya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
(Surah Ali Imran;31-32)

Dalam masa kita berubah, jangan pula kita biarkan sahabat kita yang lain terus lalai dengan dunia. Apakah kita hanya mementingkan diri kita sendiri? Tergamak kah kita melihat sahabat kita terus melakukan dosa-dosa ( nauzubillah )? Mungkin kini kita merasakan kita lebih baik dari sahabat kita itu tetapi siapa tahu jika satu masa nanti dia akan lebih baik dari kita dan dia membantu kita untuk kembali kepadaNya, tidak malukah kita tika itu padahal dahulunya kita tidak pernah membantunya. Takdir Allah tiada siapa yang tahu kecuali Dia.

"TAQDIR kadangkala mempertemukan sesuatu yang tak diundang, menduga dalam bermacam ragam,

memberi apa yang tak dirancang, membuatkan kita mengalir air mata kesedihan, dan TAQDIR juga

membuatkan kita rasa kehilangan, namun TAQDIR memberi kita erti perkenalan, menyulam erti kasih

sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan

dan memberi erti sebuah keakraban, memberi peluang menilai siapa sebenarnya sahabat, kawan, dan

siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan.. "

Buat sahabat ana diluar sana, ayuh kita muhasabah kembali. Andai sekejap lagi kita dipanggil pulang kepadaNya, sekurang kita tahu kita masih ada sahabat lain yang masih meneruskan perjuangan Islam di Bumi ini, sahabat yang amat kita cinta kerana Allah S.W.T. InsyaAllah

No comments: