Friday, October 7, 2011

perjalanan hidup.

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah menggerakkan jari-jari ini untuk berkongsi cerita. Moga kita akan mendapat sesuatu daripadanya. InsyaAllah.. Sebelum kita memulakan cerita dan pembacaan, apa kata kita baca dahulu ,

‎" Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiayai diri mereka sendiri. "
( Yunus 10 ;44)
~ Allah sayang kat kita,, Dia ciptakan Syurga bg yang beramal soleh, dan Neraka untuk mengingatkan kita bhwa setiap amalan jahat itu akan ada balasannya, jika bukan di dunia, diakhirat PASTI.. tetapi kita yang sering menzalimi dri sndri,, betul tak??? Maknanya kita yg tak syg dri sndri kan??... Renung-renungkan~

19 tahun diri ini sudah melakar perjalanan hidupnya.. 19 tahun yang cukup sebentar. 19 tahun ana melayari kehidupan sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar, dan sebagai seorang KHALIFAH. 19 tahun juga diri ini melihat pelbagai jenis keseronokan dunia dan ana tahu bagaimana rasanya disaat kita baru melangkah kaki ke sebuah alam yang dipanggil remaja. Keseronokan yang tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata. Saat itu, sahabat adalah segalanya. Saat itu jugalah ada dalam kalangan kita yang mula belajar apakah itu yang dipanggil "couple". Bagi yang kuat pegangannya, maka sedaya upaya dia mengelak dari terjebak dengan yang mendekatkan dirinya dengan kemurkaan Allah. Bagi yang hanya memikirkan dunia, maka dikejar keseronokan itu tanpa mereka sedar bahawa umur mereka bukannya makin bertambah tetapi semakin berkurang..

Kini, selepas 19 tahun, ana melihat kembali gelagat adik-adik yang umurnya masih muda. Ya Allah!! Hanya itu yang mampu ana katakan. Andailah mereka sedar bahawa keseronokan itu bukanlah segalanya. Hidup ini bukan sekadar untuk berseronok, hidup ini punya matlamat. Apakah matlamat kita yang tertinggi? Matlamat hidup kita yang tertinggi adalah menjadi hambaNya yang beriman.. Allah adalah matlamat kita! Syurga Allah yang mengalirnya sungai-sungai di bawahnya adalah tempat yang paling kita impikan. Kita ingin menjadi hambaNya yang berjaya dunia dan akhirat. Mengapa kita tidak mendidik diri kita bahawa kematian itu bukan menjemput yang tua, tetapi ia menjemput tanpa mengira usia. Kenapa kita sanggup untuk mengorbankan keseronokan dan kebahagiaan di akhirat kelak hanya untuk mengecapi keseronokan dunia yang sementara?

Diri ini sedih bukanlah kerna baiknya diri tetapi kerna diri ini tidak mahu adik-adik muda kini terus lalai dan sedar apabila ianya sudahpun terlambat. Apa yang kita tunggu untuk mengubah haluan hidup kita kepada kembali mengejar cintaNya? Apakah kita menunggu Allah mengambil nyawa ibu dan ayah kita baru kita ingin berubah? Kenapa kita pentingkan sahabat-sahabat padahal kita masih punya ibu bapa untuk berbakti, padahal kita masih punya Allah untuk dicintai, meluah rasa.

" Wahai adik-adikku, ketahuilah, kehilangan yang disayangi itu bukanlah sesuatu yang mudah, bukan suatu yang indah untuk ditempuh, tetapi ia adalah satu saat dimana kau akan menangisi dan menyoal diri, 'mengapa aku tak menghargai dia dahulu! ' , ingatlah bahawa kehidupan ini bukan sekadar untuk merasai indahnya dunia, selepas itu kita pergi mengadapNya dengan tangan yang kosong. Tapi kehidupan ini adalah untuk mengumpul bekalan buat peneman di Hari Kebangkitan kelak.. Di Hari kebangkitan itu, kita ingin ke Syurga bersama ibu dan ayah kita, malahan bersama semua keluarga kita. tapi andai di dunia lagi, kita tidak mengumpul apa-apa, apakah yang ingin kita tunjukkan dihadapan Allah kelak? "

TARBIYYAH is the most important thing.It is more important than your buildings, more important than the institutions,the MOST important thing is TARBIYYAH! And that is how Islam is carry on

Perjalanan hidup itu pastinya bukan semudah yang kita sangkakan kerna Syurga itu manis, pastinya kita akn diuji sebelum masuk ke dalamnya. Samalah seperti kita ingin masuk ke sabuah istana, bukankah kita akan diperiksa dengan teliti terlebih dahulu? Apabila kita masih diberi peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan kebaikan di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu. Selagi kita masih punya ibu dan ayah, maka berbaktilah pada mereka. Kerna kita tidak tahu apakah kebaikan yang sudah kita jalankan itu sudah cukup untuk melayakkan diri kita sebagai ahli SyurgaNya. Maka teruskanlah melakukan kebaikan dan hindarkan diri dari kemungkaran selagi mana kita diebri peluang untuk melakukannya.. Wallahua'lam..

No comments: