Sunday, October 30, 2011

seutuh ikatan ukhuwah para Sahabat Rasulullah.

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pertama, ayuh kita panjatkan rasa syukur pada Allah SWT kerana masih memberikan kita peluang untuk terus meniti kehidupan yang penuh dengan tarbiyyah ini. InsyaAllah. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah. Dengan izinNya diri ini diberi sekali lagi peluang untuk menyambung tugas sebagai seorang pelajar. Moga Allah sentiasa bersama langkah kaki diri ini. Allahumma amiin..

Sebulan bercuti dan duduk di rumah, Allah sentiasa memperkenalkan diri ini dengan hamba-hambaNya yang lain. Selepas sekian lama ana tidak menyentuh blog 'Seorang Hamba Yang Sentiasa Rindukan SyurgaNya' ini, hari ini Allah kembali membuka lembaran hati ana untuk menulis tantang ikatan ukhuwah.

"Best la kau dapat kawan dengan minah tu! Dia popular kot!"

"Eh, dia tu alim la! Jom kawan dengan dia, mana tau nanti kita dpt boyfriend alim2 =)!!"

Jika dikumpul semua sahabat kita sejak kita berumur dari 1 tahun hinggalah umur kita 20 tahun, agaknya sudah terlalu ramai manusia yang bergelar 'sahabat' yang kita kenal. Mungkin jika kita kira, seolah sudah mencapai ratusan. Ditambah lagi dengan sahabat kita yang beratus-ratus di Facebook. Subhanallah, ramainya sahabat kita! Persoalannya kini berapa ramai dari mereka yang bersama kita bukan sahaja dikala senang tapi turut bersama kita tatkala kita bersedih?

"Sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang tidak berubah walaupun zaman itu berubah."
~Kata Hikmah~

"Alamak! Kolot giler minah ni! Pakai tudung labuh, pakai jubah! Sekarang zaman orang berfesyen la, org pkai skirt skrg, tudung pnuh manik! Baru cun! "
-Miss x-

Mungkin kita inginkan sahabat yang popular, pandai dan sebagainya. Fitrah manusia untuk menyukai yang cantik dan indah pada matanya. Tetapi ana pasti kita juga idamkan sahabat yang tidak mencampak kita ke NERAKA.

Jarang sekali kita mendengar jawapan "Aku tak ada kawan!". Mungkin ada jawapan begini, tetapi jumlahnya cukup sedikit. Makanya, sahabat merupakan antara insan yang amat memberi pengaruh dalam tingkah laku kita. Jika kita bersahabat dengan mereka yang baik, InsyaAllah kita akan turut sama berusaha untuk menjadi sepertinya begitu juga sebaliknya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Kita selalu mendengar , "Jika kita ingin kan suami yang soleh, maka kita perlu menjadi yang solehah terlebih dahulu.". Bagi ana, begitu juga dalam bersahabat.

"Jika kita inginkan sahabat yang baik, maka kita hendaklah menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu."

Sebelum kita meneruskan, apa kata kita merenung kembali pengorbanan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa hijrah bersama Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sanggup berkorban apa sahaja demi Rasulullah. Berkorban! Ya, itulah salah satu perkara terpenting dalam sebuah persahabatan. Pengorbanan itu ada kalanya amat pahit tetapi jika niat kita benar kerana Allah, pasti ada keindahan di sebaliknya. Jika bukan di dunia, di akhirat nanti, pasti kita akan tetap memperolehnya. Maka mengapa kita terlalu susah untuk berkorban untuk sesuatu yang baik buat sahabat kita? Ana teringat, dahulu ana dan sahabat sebilik pernah bergurau mengenai 'kerepek' untuk diberikan pada satu jamuan, kebetulan salah seorang sahabat ana mempunyai 2 jenis kerepek yang berbeza. Makanya kami pun ingin memberikan kerepek yang kami sebilik kurang suka pada jamuan itu, tetapi salah seorang sahabat ana berkata, " eh, bukan pemberian yang terbaik adalah memberi perkara yang paling kita suka ke? ". Ayuh kita kembali ke masa hidup kita semalam dan hari-hari sebelumnya, ayuh kita ingat kembali dan menghitung berapa kerap kita memberikan sesuatu yang kita suka kepada sahabat kita. Jika ada, maka ucaplah 'alhamdulillah ', jika tiada, maka ayuh kita cuba untuk melakukannya di masa hadapan..

Seutuh ukhuwah para Sahabat Baginda. Jika dahulu ukhuwah antara para sahabat dan Rasulullah SAW amat utuh dan hanya maut yang mampu memutuskannya, mereka masih mengimpikan untuk bersama Baginda di Syurga, makanya ayuh kita jadi seperti mereka. Menjadi sahabat yang memegang erat tangan sahabatnya yang lain untuk sama-sama menikmati kehidupan sebagai seorang Hamba Allah yang sebenar-benarnya. Bukankah kehidupan ini indah jika penuh dengan kasih sayang? Maka ayuh kita sebarkan kehangatan cinta dan kasih pada sahabat fillah kita. Moga ukhuwah yang mantap itu dan berlandaskan cinta kepada Allah itu akan membuat kita turut berjumpa dengan sahabat kita kembali di SyurgaNya kelak. Allahumma amiin..

No comments: