Sunday, November 6, 2011

Berkawan dengan Musuh??

Bismillah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya kepada kita yang sering kali terlupa untuk mengucapkan syukur apabila menerima nikmat tetapi sering kali memohon pelbagai hajat daripadaNya. Istighfar! Pertamanya, jika ada dalam kalangan sahabat ana yang baru menjenguk laman blog ini, ana memohon kemaafan andai masih ada kesilapan dari aspek penulisannya. Ana mengharapkan kita akan sama-sama berkongsi ilmu kerna ana juga masih belajar. InsyaAllah.

Tiada siapa yang suka apabila dia terpaksa berkawan dengan msuhnya. Musuh ketat! Tetapi tidak dinafikan ada juga yang boleh berkawan dengan musuhnya sendiri tanpa ada sedikit pun perasaan benci dan sebagainya. Bagaimana jika ana mengatakan bahawa kita kini sedang berkawan rapat dengan musuh ketat kita? Mungkin akan ada yang mengatakan;

"Giler dah ke penulis blog ni? Tak kan aku nak kawan ngan musuh ketat aku! Sekarang plak tu!"

Bukan setakat itu, ada juga dalam kalangan manusia akhir zaman ini yang akan mencari msuhnya untuk memohon secebis pertolongan. Tak percaya? Dan siapa pula musuh yang sedang kita perkatakan ini? Ya!! Jawapannya adalah Syaitan Laknatullah dan semua bala tenteranya.. Masih tak percaya? Jadi ayuh kita ambil masa sesaat dua untuk baca ayat di bawah.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di Bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(Surah Al Baqarah:168)

Apa yang ana cuba maksudkan dengan ' berkawan dengan Musuh ' dengan syaitan, makhluk terkutuk itu? Ana pasti ramai yang tidak suka apabila dilabelkan 'berkawan dengan syaitan.' Tetapi bukankah itu yang sedang terjadi kini?? Contoh, Allah memerintahkan kita untuk menutup aurat, tetapi berapa ramai orang Islam yang tidak menutup aurat sepenuhnya malah ada yang berbangga dengan perbuatan itu? Maka siapa yang membisikkan arahan agar kita menayangkan aurat di merata tempat itu? Bukankah itu kerja syaitan laknatullah? Atau para pekerja bawahannya? Dan kita pula menurut perintahnya, bukankah itu seolah kita seperti sudah berkawan dengannya hinggakan kita ketepikan perintah Allah agar kita menutup aurat dan mengikut arahan makhluk terkutuk itu untuk membuka aurat kita?? Perbuatan tidak menutup aurat ini cuma salah satu antara beribu lagi perkara yang kita anggap tidak salah di sisi syariat Islam.

"Alamak, payah la kalau macam ni! Asal buat jahat je kawan dengan syaitan! Jadinya pak imam dengan ustazah-ustazah je la yang tak kawan dengan syaitan! Dyeorang je la tak kena kacau!!"

Siapa kata 'pak imam', ustazah, dan semua para alim ulama' tidak diganggu oleh syaitan? Jika manusia biasa diganggu oleh syaitan yang biasa, maka semakin tinggi tahap keimanan seseorang itu, maka semakin kuatlah syaitan yang dihantar untuk menggodanya. Maka apakah itu mudah? Pastinya sukar tetapi jika kita benar-benar yakin bahawa segalanya adalah dibawah pemerintahan Allah dan hanya Allah yang berhak disembah dan tempat untuk memohon pertolongan, InsyaAllah pertolongan Allah akan sentiasa ada untuk kita.

Ana teringat kata salah seorang insan yang cukup ana kagumi,

" Andai kita tahu bagaimana buruknya wajah syaitan dan semua bala tenteranya, mesti kita tak mahu dia mendekati diri kita apatah lagi membisikkan sesuatu di telinga kita! "

Apakah benda yang paling buruk pernah kita lihat sepanjang kita hidup tika saat ini? Perkara terburuk yang kita tak ingin untuk melihatnya buat kali kedua. Jika kita mula terbayang akannya saat ini, maka ketahuilah bahawa syaitan itu lebih buruk wajahnya dari semua itu! Jika kita tak mahu melihat perkara terburuk tadi buat kali kedua, mungkin kita tak ingin langsung untuk terserempak dengan perkara yang paling buruk iaitu SYAITAN!!!

Persoalannya kini, musuh kita itu ingin kita mengikutnya bukan ke tempat yang indah, penuh nikmat tetapi dia ingin membawa kita bersama-sama dengannya dibakar hangus di dalam api yang terlampau panas! Apakah kita ingin bersahabat dengan "makhluk" yang akan membuatkan diri kita sengsara buat masa yang amat panjang? Jika ada yang memasang cita-cita untuk bersahabat dengan makhluk terkutuk itu dan menemaninya ke neraka, maka ana sarankan agar kita 'test' dahulu daya upaya badan kita untuk dibakar di NERAKA ALLAH nanti! Bagaimana caranya? Letakkan tangan anda di atas lilin yang sedang menyala buat 10 minit.. Jika anda masih mampu tersenyum gembira, maka mungkin anda mampu tapi ketahuilah itu tidak cukup panas! Tetapi kalau anda tidak mampu, maka janganlah kita cuba untuk bersahabat dengan 'syaitan yang terkutuk' itu walaupun seketika.SYAITAN,, MUSUH TETAP MUSUH HINGGA BILA-BILA!!! ALLAHUAKBAR!

No comments: