Saturday, November 19, 2011

cinta itu bukan miliknya..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Segala syukur buat Pencipta diri ini dan Pemilik kehidupan ini.. Alhamdulillah. Pertamanya ana ingin mengucapkan " Selamat Pengantin Baru" buat sahabat ana " Kak Farah Aida " yang baru sahaja selamat melangsungkan perkahwinannya. Moga Allah memberkati kehidupan kakakku itu dan keluarganya.. Allahumma amiin..

Cinta... Terdiri dari 5 abjad. Kelihatan seperti mudah tetapi memikirkannya sahaja cukup untuk membuatkan kita tidak selesa. Cinta itu sering kali menjadi bahan percakapan remaja terutamanya yang sedang menuntut di universiti dan sebagainya. Di dalam Islam, cinta itu adalah satu perasaan fitrah yang sememangnya ada dalam diri seseorang. Tetapi apabila dengan cinta, kita mula mendekati zina, maka itulah bermulanya dosa-dosa mengejar diri yang sedang leka. Di dalam Al Quran, Allah berfirman ;

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)..
(Surah Al Isra' ; 32)

Kerana cinta yang tidak halal ini , ukhuwah yang dibina sekian lama, mampu hancur begitu sahaja. Istighfar! Ana bukan ingin mengatakan bahawa diri ana yang khilaf ini seorang yang anti cinta. Ana juga sedang bercinta, bercinta dengan Penciptanya.. Itulah cinta yang setinggi-tingginya. Cinta kepada Allah. Apabila cinta kepada Allah diletakkan di tempat yang tertinggi, maka cinta yang lain hanya akan menjadi landasan untuk mencapai cinta yang paling agung itu iaitu cinta pada Allah SWT!

Apakah kita mengimpikan seorang suami yang pernah menyatakan rasa cintanya pada seorang gadis yang pernah dia belai di saat dia (suami) belum sah menjadi milik kita? Pastinya tidak! Manusia itu ada rasa cemburu di lubuk hatinya. Makanya pasti dia cemburu andai kekasih hati yang halal baginya itu (suami) pernah meluahkan rasa cinta atau bermain cinta dengan gadis lain. Bukankah sering kali kita mendengar ayat, ;

Allah berfirman:
"Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini wanita melainkan yang berzina, atau wanita musyrik, dan wanita-wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina dan musyrik. "
(SURAH AN NUR;3)

Ana pasti kebanyakan dari kita mengimpikan seorang ketua keluarga (suami) yang beriman, dan mampu mendekatkan diri kita kepada Allah, makanya muhasabah kembali diri kita, "apakah kita ini layak memiliki lelaki-lelaki soleh ini padahal diri kita sendiri masih tiada apa-apa." , apakah kita akan dapat membantunya di jalan dakwahnya andai kita sendiri tak memperkuatkan diri dengan menjadi solehah dan menjadi cukup layak untuk menjadi 'sayap perjuangan ' buat para mujahid Allah ini nanti?

Cinta Allah itu tak pernah meminta kita memberikan sesuatu yang tidak mampu kita berikan. Ayuhlah kita pahatkan di lubuk hati kita bahawa cinta Allah itu akan menarik cinta yang lainnya. Makanya mengapa kita perlu risau? Yang penting adalah menyiapkan diri menjadi solehah untuk menjadi tempat bersandarnya, tempat berkasih sayang buat para pejuang agama(suami) nanti. Kita inginkan yang soleh bukan bermakna kita perlu sekadar melihat, tetapi belajarlah untuk menjadi solehah agar kita layak buat para pemuda pilihan Allah ini nanti.. Amiin..

No comments: