Sunday, December 11, 2011

Hidup ini lama ke?

Bismillah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara yang tidak ternilai nilainya ini. Andai Allah meminta kita membayar setiap gas yang kita hirup, cahaya matahari yang kita gunakan, apakah kita mampu membayarnya? Cintanya Allah pada kita hinggakan Dia membiarkan kita menggunakan semua yang diciptaNya tanpa meminta kita membayarnya walaupun sedikit. Alhamdulillah.

Kita ini siapa? Ya! Kita adalah manusia. Ciptaan terhebat Allah SWT. Tetapi Apakah itu melayakkan kita untuk sombong kepada Pencipta kita sendiri? Pastinya tidak! Allah itu yang menciptakan kita, makanya adalah wajib untuk kita mentaatinya. Tetapi apakah yang terjadi kini? Bukankah semakin ramai yang lupa akan Allah dan berkejar-kejar untuk memiliki dunia? Apakah dunia itu yang menciptakan kita dan menjaminkan kita kebahagiaan yang hakiki? Soalan ini biarlah hati kita yang menjawabnya sendiri.

“Pakcik tu dah tua! Fikir mati je la!”

Ana ingin bertanya. Pernah sahabat-sahabat fillah ana mendengar ayat di atas?

Mati itu sering kali dikaitkan dengan usia. Yang tua, maka mati itu adalah dekat tetapi bagi yang muda, mati itu masih jauh, maka tiada apa yang perlu ditakutkan. Apakah itu alasan kita untuk menaguhkan taubat? Apakah masih sempat untuk kita memikirkan tentang taubat disaat nyawa hanya tinggal sedikit? Allahuakbar! Itulah manusia. Cukup sombong dengan Penciptanya. Istighfar!

“Dunia itu ibarat puteri kepada Akhirat. Akhirat itu adalah ibunya. Jika kita berkahwin dengan puterinya, maka ibunya tidak boleh kita kahwini! Dan jika kita kahwini ibunya, maka puterinya tidak boleh kita kahwini!”~talaqqi cfs iium~

Mungkin kehidupan kita ditakdirkan Allah adalah selama 60 tahun. Mungkin itu cukup lama buat kita hinggakan kita pun terpedaya dengan keseronokan dunia dan menolak akhirat. Tidak terfikirkah kita bahawa kehidupan kita di akhirat kelak adalah selam-lamanya selepas kita dibangkitkan daripada sebuah kematian? Bukankah itu lebih lama? Apakah kita menginginkan kebahagiaan sementara iaitu selama 60 tahun itu atau kebahagiaan yang selamanya di akhirat kelak? Pilihlah wahai diri..

Jika kita membayangkan dunia ini adalah indah, maka ketahuilah bahawa keindahan Syurga itu adalah lebih daripada keindahan dunia. Jika wanita yang kita idamkan itu adalah cantik dan kita tidak dapat memilikinya atas sebab-sebab yang tertentu, maka bergembiralah dan teruskan melakukan kebaikan, moga Allah akan mengurnikan dirimu bidadari Syurga yang tidak tergambar cantiknya. Jika kau impikan sebuah istana emas dan mengimpikan segala yang tidak dapat kau peroleh di dunia ini, maka pujuklah hatimu dengan bersangka baik pada Penciptamu. Di Syurga kelak , kau pasti akan miliki sesuatu yang lebih daripada apa yang kau impikan. Tidakkah kau menginginkan semua itu buat kehidupanmu yang lebih lama kelak?

No comments: