Thursday, April 12, 2012

tanda cinta

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, malam ini sekali lagi Allah memberi peluang pada diri ini untuk menaip sesuatu di laman 'blog' yang agak lama ditinggalkan.. Agaknya apa khabar iman kita pada hari ini? Moga ia semakin sihat, dihiasi dengan keindahan akhlak pemiliknya. Allahuakbar!

Sebentar tadi ana sempat membaca 'blog' Ustaz Hasrizal yang berkaitan dengan tokoh-tokoh wanita dalam lingkaran sejarah Islam. Tanpa sedar, terlampau ramai tokoh wanita Islam. Berikan sahaja cirinya, pasti akan ada tokohnya. Tetapi apabila dilihat, wanita atau ana lebih suka untuk menggunakan gelaran 'muslimat / muslimah' itu lebih ke arah penguat emosi, walaupun kadang kala wanita mudah tenggelam dalam emosinya sendiri.. Tetapi jika emosi itu dikawal dengan baik, maka hasilnya, Subhanallah! Cukup hebat!

Ana masih ingat di dalam satu perbincangan antara ana dan sahabat dari kampus lain, salah seorang dari penceramah yang turut serta mengatakan,

 " Disebalik seorang lelaki yang hebat itu pastinya ada seorang wanita yang hebat! " 

Ayuh kita kembali ke zaman Rasulullah SAW, dimana di saat Baginda lemah tatkala menerima wahyu yang pertama " Iqra' ", maka ada seorang wanita yang cukup dikasihi dan dicintai Baginda yang membantu menenangkan. Siapakah muslimah mulia itu? Jawapannya, Khadijah Binti Khuwailid! 

Menjadi seorang muslimah itu bukan bermakna diri kita lemah, kerana jika diri kita lemah, mana mungkin Allah memberikan tugasan untuk melahirkan setiap insan di muka Bumi ini pada seorang yang bergelar wanita. Wanita itu juga punya nilai yang terlampau tinggi, makanya suruhan menutup seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka diberikan pada wanita. Bukan untuk menyiksa tapi itulah tanda cintaNya.. Allahuakbar!

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
(surah al-ahzab ayat 59 )

Jika kita lihat di negara tercinta kita ini sendiri, kita akan dapat melihat bagaimana keadaan wanita atau wanita Islam itu sendiri. Selalu kita dengar berita tentang anak luar nikah yang dibuang merata-rata, dan apabila disoal siasat, ibunya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Istighfar! 
Apabila disebut wanita Islam kini, kita seolah melihat tiada bezanya wanita Islam dengan yang lainnya. Tidak sedihkah kita? Tidakkah kita takut akan azab yang dijanjikan Allah keatas mereka yang mengingkari perintahNya?

Remaja perempuan yang beragama Islam secara luarannya pasti punya keinginan seperti remaja yang lainnya. Itu fitrah. Ingin kelihatan cantik, bergaya..Itu memang fitrah seorang gadis, termasuklah kita Muslimah. Tapi apa yang membezakan remaja Islam dengan remaja lain? Bagaimana kita mengawal nafsu. Itu bezanya.. Contohnya, remaja diluar sana, punya keinginan untuk kelihatan cantik, maka mereka mewarnakan rambut, dan sebagainya. Tetapi bagi seorang remaja Islam, cantik itu subjektif, dan jika mereka ingin kelihatan cantik, PASTI BOLEH, tetapi caranya mesti menepati syariat Islam dan tidak melebihi batas yang ditetapkan di dalam Islam..

Rasulullah bersabda ;
" Jalan menuju ke Syurga itu dipenuhi dengan kesusahan dan kesulitan, manakala jalan ke Neraka itu dipenuhi dengan tarikan nafsu syahwat. "
(Riwayat Muslim, Al Tirmidzi)

Makanya, menjadi seorang muslimah (Islam) itu adalah satu nikmat yang cukup besar sebenarnya. Apabila kita menjadi seorang wanita solehah, maka ketahuilah bahawa bidadari Syurga sendiri cemburu dengan wanita solehah. Allahuakbar!

Akhir kata, wanita itu luarannya lembut, tetapi bukan bermakna ianya mudah disentuh oleh jari-jari yang tidak halal untuknya. Muslimah itu mungkin diseluputi rasa malu, tapi bukan bermakna mereka akan kecundang dan mengundur apabila maruah Islam dipijak-pijak. 
Wahai muslimah, jangan biarkan dirimu kecundang dibawa arus nafsu, tapi kawal lah ia dengan imanmu, 
jangan kau jadikan lidahmu sebagai asbab dikau dilontar ke NerakaNya,
tapi jadikan lidahmu sebagai wadah menyebarkan agama yang satu (Islam)...

Wallahua'lam. 

~Lidah Yang Berkata Lebih Dekat Dengan Telinganya, dan Dekatlah ia Dengan Hatinya.. ~ 

No comments: