Thursday, April 19, 2012

Buatmu..

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Duhai sahabat, 
kalamku ini bukan untuk menceritakan tentang diriku,
bukan mengisahkan luaranku,
tapi ini luahan hati buatmu sahabatku,
yang aku pasti ukhuwah itu terbina atas cinta padaNya,
InsyaAllah..

Sahabatku yang solehah,
jangan kau nilai diriku kerana luaranku,
jangan kau nilai diri ini dengan pemakaianku,
kerna aku risau andai itu akan mengecewakan dirimu.
Tapi,
nilailah aku kerna agamaku.

Sahabatku yang indah akhlaknya,
Bilamana aku menegur,
bukan bermakna aku benci akan dirimu, 
tapi itulah tanda sayangnya aku pada dirimu,
bukan sengaja melukakan dirimu dengan teguranku,
tapi ketahuilah sahabat, 
aku juga punya kelemahan dalam setiap tutur kataku..

Duhai sahabat,
tidak ku minta kau mengingati setiap janji yang kau katakan padaku,
cukuplah kau ingat akan janjimu pada Penciptamu,
kerna itu yang akan kembali dibangkitkan di Sana nanti.

Sahabat yang sentiasa di hati,
tegurlah diri ini dikala ia semakin jauh dari Penciptanya,
jangan kau biarkan sahabatmu ini terus alpa,
bukankah kita inginkan Syurga itu bersama?

Akhir kalam dariku buatmu sahabatku,
jagalah hatimu,
jagalah hatimu,
jagalah setiap anggotamu,
ingatlah sahabat, setiap langkah dan tingkah laku itu diperhatikan,
ingatlah sahabt, mungkin aku jauh, tapi engkau sentiasa dalam doaku dan sentiasa ada dalam lubuk hatiku yang hina ini...

No comments: