Thursday, May 10, 2012

1 + 1 = 3

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

"Jika engkau ingin mengenali diriku, maka lihatlah sahabatku."

'Sombong sister tu, harap tak dapatlah sebilik dengan dia!'

Siapa kata kita yang menentukan segalanya? Bukankah sebaik-baik aturan itu adalah aturan Allah? Hari ini selesai paper terakhir untuk semester ini, melengkapkan 2 tahun ana di CFS IIUM, andai ada rezeki, insyaAllah bulan 9 nanti akan melangkahkan kaki ke main campus IIUM, Gombak.. 

2 tahun jauh dari keluarga bukan sesuatu yang mudah tambahan jika tidak pernah berpisah dengan keluarga.Maka ditakdirkan Allah, yang Maha Mengetahui segalanya diri ini sebilik dengan 3 orang sahabat lain yang datang dari pelbagai negeri. (2 Perak, 1 Negeri Sembilan ). Maka disitu bermulalah kisah kami sebilik..

Jika sahabat lain akan menukar ahli bilik setiap kali semester baru bermula, tetapi tidak ada istilah menukar 'rommates' untuk kami bertiga. 

"Kalau kat situ ada salah seorang, mesti yang 3 ada jugak!"
~ Madam Asiah ~
(Principal Mahallah Khadijah)

2 tahun cukup untuk buat diri ini terfikir bagaimana keadaannya di Gombak nanti? Siapa kawan sebilik aku nanti? Macam mereka bertiga juga ke? Sinergi ' keimanan menjadi paksi '.. Berkecil hati, terasa hati? Itu lumrah, tidak mungkin dalam bersahabat, kita tidak pernah terasa hati, tetapi bukankah bersabar itu yang terbaik? 

' 1 + 1 = 3 '
~ sinergi ~

Perasaan ini tidak mungkin mampu diluahkan dengan kata-kata, tetapi diri ini bersyukur, diberi teman sebilik yang cukup baik pada diri ini untuk masa yang agak lama.. Terima kasih Allah, Alhamdulillah.. 

No comments: