Wednesday, May 16, 2012

~ Married ~

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Allah masih memberi diri ini peluang untuk menulis. Alhamdulillah, terima kasih Allah! 

Menulis post kali ini sambil mendengar lagu "Selamat Hari Ibu" by Hujan. Mungkin kita mendengar pelbagai cerita mengenai sambutan hari Ibu. Bukan ke setiap hari itu adalah hari ibu? Bukan ke setiap hari kita perlu menghargai seorang insan bernama Ibu? Sematkan dalam hati bahawa jasa itu terlampau banyak, jadi perlu sentiasa diingati atau maksud lainnya setiap hari (^_^). Jadi buat mak, Puan Bedah ,' Mak always in my heart. In the third place after Allah and Rasulullah. ' 

Cuti semester semestinya tidak akan lari daripada mendapat undangan walimah dari sahabat fillah. Allah... Baru tersedar yang diri mula ' berusia '. Bercakap mengenai perkahwinan, apa perkara yang terbayang di pemkiran kita? Pelamin? Baju pengantin? Kalau perkahwinan hanya sekadar itu< maka mudahlah. Tetapi perkahwinan ini adalah satu ikatan dengan seseorang yang pada asalnya tiada kaitan langsung dengan keluarga kita, seseorang yang hadirnya akan menambahkan lagi ahli keluarga kita dan dari situlah pengorbanan akan bermula. Bagi seorang anak perempuan, selepas berkahwin maka suami perlu diikuti. Tetapi ada yang lebih penting daripada itu. Tanggungjawab!

Melihat adik-adik muda ( terasa diri dah berusia ) bercakap tentang perkahwinan, diri ini cukup gembira tapi jauh di dalam hati terselit sebuah kerisauan. Risau apakah kita sedar disebalik sebuah perkahwinan, terselit tanggungjawab yang amat besar. Allah..

“Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.”
 [Shahih al-Bukhari, no: 4801] 

Maka, kita sudah bersedia? Sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab? Ini bukan untuk menakutkan tetapi ini sebagai peringatan untuk kita termasuk diri ana sendiri. Terutamanya buat seorang yang beragama Islam, bukankah matlamat kita agar Baitul Muslim yang dibina menyumbang kepada bangkitnya Islam? Renung-renungkan dan mari beramal (^.~)

No comments: