Sunday, June 3, 2012

Aik, ON OFF??

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
(Surah Al Ahzab ; 59)

Kewajipan menutup aurat itu pasti, tiada sebarang pertikaian kerana hukumnya sudah termaktub di dalam Al Quran. Tapi bagaimana dengan isu berpurdah? Wajibkah? Atau bagaimana. Ana bukan orang yang selayaknya untuk berkata tentang hukum. Tapi ini sekadar sedikit perkongsian. Moga kita akan dapat sesuatu. InsyaAllah.

Sering kali ana dan beberapa sahabat yang lain ditanya, 

" Enti kenapa tak istiqamah pakai purdah? "
" Kenapa sekejap buka sekejap pakai? "

Pelbagai lagi persoalan yang dilontarkan. *tersenyum *
Ana pernah bertanya kepada ustazah di kampus ana tentang isu ini, maka persoalan yang ditimbulkan adalah NIAT! Apa niat kamu memakai? Sekadar fesyen? Atau kamu ada sebab kukuh memakainya? Bukankah setiap amalan itu berdasarkan niat?

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ صلى الله عليه وسلم یَقُولُ:  إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Maka, bagaimana dengan niat kita berpurdah saat ini? 
Bilamana isu ' on off ' berpurdah ini, persoalannya kenapa jadi begitu? Adakah kerana saja-saja? Atau ada sebab tertentu? 
Analoginya begini, kita ingin berdakwah di sebuah perkampungan orang asli, ( purdah bukan satu kebiasaan di kampung itu ), maka si pemakai purdah, apa yang kita akan lakukan saat itu? Berdakwah (membuka purdah agar pendekatan dakwah lebih mudah ), atau tetap berpurdah dan menolak kerja dakwah atau mungkin dakwah tidak lancar? 

Berpurdah,. Hukumnya masih ada khilaf. Tetapi itu bukan bermakna kita menjadikan pemakaian purdah sebagai satu fesyen. Jangan kita jadikan secebis kain itu fitnah tapi jadikan ia sebagai satu perlindungan buat diri. Jangan kita jadikan isu 'on off' berpurdah itu sebagai asbab untuk kita mengutuk beberapa pihak kerana mungkin kita tidak tahu kenapa mereka membuka purdah mereka di sesetengah tempat. Jangan jadikan perkara khilaf sebagai penyebab putusnya silaturrahim.

 Masih ingatkah kita akan kisah sebuah kampung yang masyarakatnya berpecah kepada dua ; satu menunaikan solat terawih 8 rakaat, dan satu lagi menunaikan solat terawih 20 rakaat. Maka kedua-dua pihak berkelahi untuk mempertahankan kebenaran di pihak masing-masing. Maka Imam Hassan Al Banna bertanya beberapa soalan kepada mereka, 

" Apakah hukum solat terawih? "

" Sunat. Diberi pahala kepada mereka yang mengerjakannya dan tidak diseksa orang yang tidak memperbuatnya. "

Beliau bertanya lagi, " Apakah hukumnya memelihara ukhuwah sesama Islam? "

" Wajib, (menjaga ukhuwah) kerana ia merupakan urat dari sendi-sendi Iman. " jawab mereka.

Lalu beliau menjawab, " Adakah wajar dalam syariat Allah yang suci ini, kita abaikan yang wajib kerana hendak memelihara yang sunat? Seandainya kamu tetap memelihara ukhuwah  dan perpaduan kamu, dan kamu balik ke rumah kamu agar tiap-tiap orang daripada kamu mengerjakan solat terawih mengikut bilangan yang dianggap lebih kuat dalilnya, 8 rakaat ataupun 20 rakaat, itu adalah lebih baik buat kamu daripada kamu berbantah-bantah pada perkara yang tidak ada mustahaknya. "

Jadi buat para sahabat yang berpurdah, ketahuilah kalian insan hebat kerana kalian diberi kekuatan untuk berpurdah. Buat sahabat yang tidak berpurdah, ketahuilah bahawa kalian jugak hebat kerana kalian mampu menutup aurat dengan sempurna. 
Yang pasti, pastikan bagaimana luaran begitu juga dalaman. Memetik kata-kata seorang ustaz ( asif, ana tak ingat namanya ),

" Hati itu ibarat cermin, maka ia mencerminkan luaran. "

Buat sahabat-sahabat muslimat yang berpurdah di luar sana, kita berpurdah untuk mengelak fitnah tapi jangan tanpa kita sedar kita sebenarnya menjadikan purdah satu fitnah ke atas diri kita. Wallahua'lam.. 

~Lidah Yang Berkata Lebih Dekat Dengan Telinganya, dan Dekatlah ia Dengan Hatinya.. ~ 

No comments: