Tuesday, June 5, 2012

sambut tanganku.

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi kita peluang untuk bergelar hambaNya yang masih merasakan nikmat sebuah kehidupan di dunia. Alhamdulillah. Segala puji hanya buat Allah SWT.

3 hari yang lepas , keputusan semester 3 sesi 2011/2012 buat pelajar CFS IIUM telah dikeluarkan. Tahniah buat sahabat yang berjaya. Moga kita akan bertemu lagi di medan perjuangan sebagai pelajar " Degree ". InsyaAllah.

Buat sahabat yang kurang berjaya, kuatkanlah hati kalian. Sebuah perjuangan termasuklah perjuangan di medan mencari ilmu itu mesti akan ada saat berjaya dan saat gagal. Itu lumrah. Sesiapa pun tak akan dapat lari daripada lumrah ini. Yang membezakan adakah kita akan menghadapi saat kegagalan itu cepat atau lambat.

Bilamana kita menghadapi kegagalan, semestinya akan ada suara-suara halus mengatakan, 

" Itulah, sibuk sangat! Sampai belajar entah ke mana! "

Maka buatmu sahabatku, kenapa harus kalian dengar kata-kata itu jika kita tahu kesibukan itu untuk apa dan mengapa. Kenapa harus kita bersedih padahal ujian itu cuma sedikit berbanding ujian yang pernah ditimpakan kepada junjungan besar, Rasulullah SAW. Mungkin akan ada yang berkata, 

" Baginda Rasul , lainlah! "

Kenapa Allah ciptakan Nabi dalam kalangan manusia? Bukan dalam kalangan malaikat? Faktornya untuk memastikan bahawa dakwah itu lebih mudah disampaikan. Dan kenapa kita tidak berfikir, kenapa aku tak mampu sekuat Baginda dalam menempuh ujian? Bukan menyama tarafkan kedudukan kita dengan Baginda tetapi untuk mengingatkan diri bahawa Allah itu sentiasa bersama kita. Maka , kenapa harus bersedih wahai sahabatku?

Allah berfirman di dalam Al Quran ;

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak lagi diuji? "

Wahai sahabatku, 
Bagi diriku sendiri, tidak mungkin sebuah kejayaan itu akan terasa manisnya jika tiada sedikit ujian. Mungkin kini akan ada pihak yang memandang rendah pada kemampuan dirimu, tapi lihatlah di sudut yang lainnya, dikau masih punya sahabat-sahabat yang masih memandang tinggi akan kebolehan dirimu. Maka kenapa kalian harus jatuh sedangkan masih ada tangan yang ingin memimpin tanganmu?

Jika kegagalan itu hadir, maka katakan pada dirimu bahawa itu cuma satu persimpangan sebelum sebuah kejayaan akan menjadi milikmu. 

Sahabatku,
Jika hari ini kegagalan mendatangi dirimu, maka ingatlah kegagalan itu hanya mampu diubah oleh dirimu dengan usaha yang tak kenal erti putus asa, ditambah tawakal dan doa kepada Allah, maka yakinlah kejayaan itu akan menjadi milikmu. 

Allah SWT berfirman ;

Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya "

Sahabatku, jangan sesekali terlintas di fikiranmu untuk menyalahkan Allah atas kegagalan itu kerana Dia tidak akan membebankan hambaNya. Jangan wahai sahabatku, 

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku” . (QS. Al Fajr :15-16)
Bukan begitu sahabatku, tapi ingatlah bahawa Allah tidak mungkin akan membebankan para hambaNya, maka yakinlah bahawa ini cuma ujian daripadaNya untuk memberikan dirimu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Maka, mulakan langkahmu dengan lafaz Basmalah, dan mulakan perjuanganmu. 

" Hadapi ketakutan dan keraguan anda, dan dunia yang baru akan terbuka bagi anda. "
~ Robert Kiyosaki ~
sumber kata hikmah : www.katabijakpandai.com

1 comment:

yechezkelsaas said...

The Casino - DrmCD
Discover 용인 출장샵 the most popular table games 순천 출장안마 at The Casino in Las Vegas. Get 김천 출장안마 live table game reviews, player ratings, 광명 출장마사지 games, contact details & reviews. Rating: 4.1 · ‎32 reviews 인천광역 출장샵