Monday, June 4, 2012

Siapa pemuda itu?

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi nikmat sebuah kehidupan di dunia. Alhamdulillah. 
Sebagai permulaan, penulisan ini sekadar pandangan ana yang khilaf, secebis pendapat dari seorang hamba Allah, hanya itu. Jadi kita akan raikan sebarang pandangan (^_^)

Kita mulakan dengan satu soalan. Siapa kita? Atau siapakah yang sedang membaca 'post' ini? Mungkin akan ada yang jawab, " saya Ummu Abiha (nama masing-masing) ". ' Post' kali ini akan lebih ditumpukan kepada tenaga muda, atau bahasa mudahnya PEMUDA dan PEMUDI. Kita selalu mendengar, pemuda ini orang yang digelar remaja. Ana yakin ada dalam kalangan sahabat ana ini yang dalam kalangan remaja. Maka, jom kita selami jiwa sesama remaja!

" Remaja = Darah Panas "

Jika di kampung ana, sering kali makcik-makcik berkata ayat di atas. Apa yang kita faham tentang sebaris ayat tu? 

Memetik kata-kata Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi

" Apabila kita hendak melihat wajah negara di masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini. "

Baik, jadi kita lihat kembali generasi muda hari ini. Baru-baru ini, ana sempat melihat di 'Facebook' mengenai Himpunan Jutaan Belia. Pelbagai komen dan kritikan diberikan. Malah ada yang menyokong. Persoalannya kenapa ia dianjurkan? Hiburan mendidik kepada pemuda? Adakah itu santapan rohani dan hiburan mendidik jiwa bagi generasi muda yang satu masa kelak akan mengambil tompak pemerintahan negara?

Ya, kita terlampau melebihkan hiburan yang tidak bermanfaat kepada generasi muda pada saat ini. Ana pasti kita melihat keadaan ini tapi samaada kita hanya berdiam diri atau kita mengambil tindakan. Itu yang membezakan. Kenapa tidak kita dedahkan tenaga pemuda kepada sesuatu yang lebih besar? Atau hiburan itu untuk menutup mata mereka dari memandang serius kepada isu yang lebih besar?

Ana teringat kata-kata seorang ustaz, 

" Pandangan ana Malaysia bukan sebuah negara Islam, tapi Malaysia adalah negara Orang Islam. "

Kita sering kali berbangga kerana kita salah seorang pemuda Islam, tapi apa sumbangan kita dalam membangunkan Islam? Bersama dengan pemuda itu adalah semangat yang berkobar-kobar, maka kemana kita menggunakannya? Allah menjanjikan bahawa satu masa kelak Islam pasti akan menang di muka Bumi ini, makanya kita sebenarnya yang amat memerlukan  perlindungan Allah di bawah lembayung agama Islam, maka kenapa kita masih membutakan mata kita wahai pemuda? 

Kita renung sebentar secebis pendapat daripada Dr. Fathi Yakan

" Sesungguhnya masyarakat pada hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi terdiri daripada pemuda yang mudah dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan, tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya. "

Persoalannya, SIAPAKAH KITA? Pemuda generasi Sultan Muhammad Al Fateh, atau kita hanya pemuda kosong seperti yang diperkatakan oleh Dr. Fathi Yakan? Apakah kita akan menjadi pejuang Islam, atau kita akan menjadi senjata musuh untuk menjatuhkan Islam? 

Imam Asy Syahid Hasan Al Banna pernah menyatakan,
"Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan dengan kuat keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dalamnya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan siap untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya''.

 Islam? Jadi wahai pemuda generasi Sultan Muhammad Al Fateh, bangkitlah! Sedarlah bahwa hidup ini bukan hanya sekadar untuk dunia, tetapi untuk sebuah kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. "Hidup untuk Hidup" . Lihat sekelilingmu dengan pandangan seorang pemuda yang bergelar Pejuang Islam, bukan sekadar seorang pemuda biasa.. Wallahua'lam.

" إما نصر و إما شهادة "

samaada menang atau gugur sebagai syuhada

~Lidah Yang Berkata Lebih Dekat Dengan Telinganya, dan Dekatlah ia Dengan Hatinya.. ~ 

No comments: