Tuesday, March 25, 2014

MH370 & IM529

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ini Allah masih lagi melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita dengan mengizinkan kita masih bernafas di Bumi ini. Alhamdulillah.

Hari ini, rakyat Malaysia dan semua rakyat di dunia dikejutkan dengan pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat MH370 yang berakhir perjalanannya di Lautan Hindi. Dan dikejutkan lagi dengan berita mengenai isu yang berlaku di Mesir iaitu seramai 529 penyokong Ikhwanul Muslimin dan Morsi dijatuhkan hukuman gantung. Hukuman yang hanya dibuat dalam tempoh yang cukup sekejap tetapi melibatkan skala nyawa yang sangat ramai. Sungguh! Ianya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal!!

Diri ini sempat membaca sedikit petikan penulisan daripada seorang sahabat dari Kuliyyah Undang-undang dan merangkap salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, UIAM, Akh Che Faizal Amir mengenai isu IM 529 ini,

The latest news regarding the issue of Egypt is the sentence of death given by the High Court of Minya to 528 of those from the Muslim Brotherhood was seen as a very harsh decision which was made just in 3 days. They were charged for various charges including murder,attacking cops,attempting murder and destroying public properties. Looking at these various charges,as a student from the Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws,it is very unusual and harsh for such heavy criminal cases to be decided just in 3 days. 

Looking to the harsh decision made by the court, a big concern and a big question comes straight to the mind. Is the court being abused by the current government of Egypt? Is Egypt going into another form of dictatorship after the ousted of Hosni Mobarak? As a Law student,in discussing the issue of Limited Government,the doctrine of Rule of Law comes into the discussion. The rule laid down by A.V. Dicey and supported then by Joseph Raz mentioned that among the principles in the doctrine is non arbitrary of the government and also free judicial system."

Sebagai seorang pelajar yang bukan dari Kuliyyah Undang-undang, diri ini merasakan sangat tidak boleh menerima akal apabila hukuman yang melibatkan nyawa seramai 529 itu diputuskan hanya dalam tempoh 3 hari. 

MH370. Hakikatnya diri ini masih lagi ingin berharap bahawa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia itu tidak benar atau tidak pasti. Bayangkan sahaja perasaan yang dihadapi oleh para keluarga mangsa pesawat tersebut yang menunggu selama 18 hari dan akhirnya berakhir dengan berita yang sangat mengejutkan seperti itu. Sedih, hiba apabila melihat ahli keluarga yang sedih akan kehilangan ahli keluarga mereka. Hati ini masih lagi berharap. 

Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka untuk menghadapi semua ujian ini.. in shaa Allah.

#PRAY FOR MH370 & IM529

Sunday, March 23, 2014

Is it LOVE?

Bismillah

Alhamdulillah. Hari ni diberi kekuatan dan peluang oleh Allah untuk menulis di blog ini. Bersyukur juga kerana hari ini kita masih hidup, dan masih lagi diizinkan oleh Allah untuk menghirup udara dan bernafas di muka Bumi ini.. Alhamdulillah.

Apabila umur semakin meningkat, satu persoalan yang tidak dapat lari dan dielak ialah mengenai perkahwinan. Bagi diri ini, perkahwinan itu bukan sekadar PILIH, SUKA dan KAHWIN. Tetapi bagiku perkahwinan itu ada satu misi yang besar. Sangat besar. 
Membentuk ummah yang akan sanggup memikul perjuangan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pilihan yang dibuat perlu tepat dan diri sendiri juga perlu MENJADI ORANG YANG TEPAT.

" Ummu tak nak bercinta? " soal makcik dan pakcik ku.

Ya. Diri ini sedang bercinta. Bercinta dengan Pemilik Cinta itu sendiri, Allah S.W.T . Tapi adakah cinta itu diterima olehNya atau tidak, itu sangat membimbangkan diri ini. Apakah cinta itu punya nilai pada pandangan Allah?
Cinta manusia itu wadah untuk mendapatkan cintaNya. Apabila matlamat yang diimpikan adalah Cinta Allah maka jalan untuk menujunya perlulah jalan yang disukai dan dicintaNya iaitu melalui pernikahan dan bukan perzinaan mahupun maksiat.

Diri ini ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Matlamatnya ialah cinta Allah. Mungkin diri ini tidak mungkin mampu menjadi sebaik Rabiatul Adawiyah tetapi cukuplah agar di akhir hayatku nanti cintaku itu akan punya nilai pada pandangan Allah. In shaa Allah.

Friday, March 21, 2014

Duhai Anak.

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menjenguk blog ini, hari ini diberi kesempatan kembali untuk menjenguk dan menulis sesuatu di laman maya ini. Alhamdulillah.

Hari ini bermula lagi cuti pertengahan semester buat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Maka pulanglah anak-anak perantauan ke kampung masing-masing. Bagi diri ini, kepulangan kali ini hanya untuk IBU dan AYAH. Tinggalkan sebentar kerja-kerja di kampus. Lupakan sebentar segalanya.

Menjadi anak itu adalah anugerah. Bayangkan sejak kecil, Allah berikan kita seorang lelaki dan seorang perempuan untuk kita menumpang kasih. Didikan dari dua pihak yang berlainan cara tetapi akan saling melengkapi untuk mendidik seorang anak yang diamanahkan Allah.. Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah.

“Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” 
[Surah an-An’am: 151].

Ada kalanya kita akan terlihat dimana seorang ibu dan ayah seolah-olah tidak mengendahkan anak-anak mereka. 

" Mak aku asyik nak bandingkan aku dengan anak orang lain je! Stress kot! "

" Bapak aku tu keluar siang malam. Tak didik aku dengan adik beradik aku. Bila kitaorang jadi jahat, salahkan kitaorang plak! Dia yang tak reti nak didik anak, tuduh orang plak!! "

Teringat dengan kata-kata ibu,

" Kadang kala, kita sebagai anak tak akan faham kenapa mak dan ayah kita buat sesuatu perkara tersebut, hinggalah satu masa bila kita telah menjadi seorang ibu dan ayah, baru kita faham kenapa dulu mak dan ayah kita ambil tindakan tersebut. "

Sebagai seorang anak, apatah lagi seorang anak yang belum bergelar seorang ibu dan ayah, mungkin ada situasi yang sukar untuk kita memahami kenapa tindakan itu diambil hingga satu saat kita mengalaminya sendiri dan saat itu kita bergelar seorang ibu dan ayah.

Tidak dinafikan, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang mungkin kurang peduli mengenai anak masing-masing. Sebagai seorang anak, yang lahir dari rahim seorang ibu, masih lagi kita perlu menghormati mereka walau sejahat mana layanan mereka kepada kita. Bukankah Islam itu tersebar kerana akhlak yang indah?

Ibu dan ayah itu hanya satu. Maka hargailah sebelum mereka pergi meninggalkan kita semua.. 

JOM JADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH ^_^

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]

Sunday, September 1, 2013

Cinta Abadi Kekasih Nabi [part 1]

Bismillah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Allah masih memberikan diri ini peluang untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini. Rasanya sudah terlalu lama diri ini membiarkan laman ini kosong tanpa sebarang tulisan. Allah, betapa lemahnya diri tatkala diberi peluang untuk menyebarkan dakwah tetapi masih dibiarkan peluang itu berlalu pergi. Allah..

Di dalam 'post' dan beberapa 'post' yang lain, kita akan menyelami kisah seorang BIDADARI yang dikurniakan Allah buat seorang HAMBA PILIHANNYA iaitu Rasulullah S.A.W. Siapakah BIDADARI tersebut?

" Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku."
- Nabi Muhammad S.A.W -

Siapakah dia yang mempercayai setiap kata-kata Rasulullah S.A.W sedangkan insan lain menolak setiap bait kata Baginda? Siapakah insan itu? 

Ya!!

Insan itu adalah si BIDADARI buat Baginda. Insan itu adalah SAIDATINA KHADIJAH..

Sering kali kita mendengar kisah perkahwinan Baginda dan Saidatina Khadijah, tetapi adakah kita menyelami kisah di sebalik kehidupan BIDADARI ini? Mengapa wanita mulia ini yang dipilih untuk menjadi penyokong perjuangan Baginda yang menjanjikan ujian yang pelbagai, mengapa bukan wanita lain pada zaman itu??

Hakikatnya kehebatan BIDADARI ini bukan sahaja pada paras rupa bahkan seluruh jiwanya. Saidatina Khadijah bukan sekadar isteri, dia adalah sahabat, bahkan hartanya dan semua yang dimilikinya hanyalah untuk perjuangan si Suami yang merupakan Rasul pilihan Allah..

Jika kamu adalah muslimat yang terlibat dengan perjuangan menegakkan syariat Islam, maka lihatlah BIDADARI ini, lihatlah kehidupannya, lihatlah akhlaknya, lihatlah apa yang dikorbankannya untuk menyokong perjuangan yang suci ini.. Subhanallah, hebatnya seorang wanita yang bernama SAIDATINA KHADIJAH..

Maka , 'post' ini adalah permulaan untuk kita bersama terus menyelami kisah hidup seorang serikandi agama Islam, menyelami pengorbanannya, mengkaji peribadinya dan sebuah episod cinta suci seorang hamba dan PenciptaNya..

Sesungguhnya, diri penulis yang hina ini mengharapkan agar ini akan menjadi permulaan buat kita untuk berusaha menjadi SI BIDADARI pilihan Allah yang dijanjikan syurga yang abadi..

Note : Post ini adalah BAHAGIAN 1, kita akan bersama mengkaji kisah hidup seorang wanita bernama SAIDATINA KHADIJAH...

Sunday, August 18, 2013

Bezanya kita [Mesir & Malaysia]

Bismillah..

Saat ini,
Tatkala para bapa di sini sibuk mencari wang untuk kesenangan dunia,
Para bapa di sana, mula memberi ciuman terakhir buat ahli keluarganya lalu mencari peluang menempah syurga Allah.

Saat ini, 
Tatkala para ibu disini sibuk berpakaian sendat dan kecil dan mencari peluang agar anaknya menjadi penyanyi muda,

Para ibu disana mula bersedia untuk kehilangan si suami yang bakal syahid untuk menegakkan agamaNya, lalu mula mengajar anak mereka bahawa syahid itu lebih indah dari segalanya.

Saat ini,
Tatkala anak-anak disini masih leka dengan cinta dunia,
Tetapi anak-anak di sana sudah pun bersedia untuk melepaskan dunia.

Saat ini,
Tatkala kita masih leka mengukir nama dalam kejayaan yang seolah tiada titik penamatnya,
Tetapi mereka sudah mengukir nama di baju-baju mereka agar ahli keluarga mudah mengenali jasad mereka andai mereka ditakdirkan syahid ketika menegakkan agamaNya.

Maka kini kau bertanya padaku , " Apakah perbezaan kita dan mereka? "
Maka jawapanku buatmu, " Kerana mereka berjuang bukan kerana harta tetapi kerana mereka mencari peluang menjadi yang terbaik pada pandanganNya. "

18 Ogos 2013
Hamba Allah,
Teratak Firdausi.