Monday, April 25, 2011

Kalaulah.....

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, kita kini masih lagi bebas. Bebas?? Bebas itu punya banyak erti. Tapi buat seorang Muslim, bebas bukan bermakna ianya akan menjadi lesen untuk kita mengelak dari melakukan segala suruhan Allah SWT. Sebentar tadi, tika ana sedang membantu ibu ana melipat baju, ana pun mengambil kesempatan yang ada untuk menonton sebuah drama bersiri yang baru disiarkan di TV3. Entah kenapa, dari kali pertama ana terlihat iklan tentang drama tersebut, ana rasa seolah-olah drama itu akan memberi mesej yang mungkin susah kita nak alami sendiri. Kenapa? Kerana drama ini berkisar tentang kehidupan seorang anak remaja yang disabit kesalahan MEMBUNUH IBU KANDUNGNYA!! Buat seorang remaja yang berumur 14 hingga 21 tahun yang disabit dengan kesalahan, mereka akan dihantar ke sekolah ini.. Selepas menonton drama ini ( episod 1 ), ana sudah berasa takut. Bayangkan kehidupan disitu tidak sepi dengan pergaduhan. Kalau tertumpah air di baju sedikit sudah bergaduh.. Buli dan sebagainya.. Itu dalam drama, bagaimana pula kalau realiti?

Apa lah agaknya rasa kehidupan dalam sekolah itu? Alangkah bersyukurnya kita yang masih diluar ini. Tapi apakah kita pernah bersyukur dengan sebenar-benar syukur?? Andai ditakdirkan satu hari kita ditawarkan untuk duduk walaupun sehari di dalam sel penjara itu dan sekolah Henry Gurney itu, apakah kita masih bertahan? Ya Allah, moga kita dijauhkan dari semua itu. Amiin.. Ana tertarik dengan sepotong ayat dalam drama ini yang dikatakan oleh salah seorang tenaga pengajar kepada pelajar yang baru disabit kesalahan itu.

Cikgu : Pandai kau mengaji. Kau tahu apa maksud ayat Al Quran tu?
Daim : Tak cikgu.
Cikgu : Saya dah agak. Kalau tak, kau tak akan ada kat sini...

Al Quran dan As Sunnah. Itu mukjizat Nabi SAW yang terpenting yang ditinggalkan oleh Baginda buat ummatnya. Tapi berapa ramai dari kita yang menggunakannya sebagai pegangan hidup? Mungkin kita melihat mereka yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney itu jahat, tapi siapa tahu bila mereka sudah keluar nanti, mereka akan lebih disayangi Allah SWT berbanding diri kita yang masih bebas tapi sentiasa menjauhkan diri dari mencintaiNya... Wallahua'lam.

No comments: