Saturday, November 20, 2010

Islam agama suci,, hidayah milikmu kini.. insyaAllah

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah..

Hari ni ana menulis blog sambil dengar nasyid.. Selama ni dengar juga, tapi kali ini ana dengar sambil memikul satu tanggungjawab.. Tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, tanggungjawab sebagai seorang Islam. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab.. Allah menciptakan kita juga diiringi dengan satu tanggungjawab yang cukup berat iaitu sebagai Khalifah di muka bumi. Khalifah tugasnya adalah sebgai pemimpin di muka bumi.. Tapi mengapa dan kenapa masih ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menjadi Khalifah buat dirinya dan orang sekelilingnya, malahan sanggup memusnahkan dunia ciptaan Allah? Apakah layak bagi kita sebagai seorang insan kerdil untuk memusnahkan ciptaan Yang Maha Agung?? Siapakah kita??
Jawapannya, kita hanyalah insan lemah, tidak punya apa-apa.. Kita hanya punya amal yang akan menjadi peneman di alam barzakh kelak,, begitu juga seterusnya.. Tapi ana tengok zaman sekarang ada juga dalam kalangan umat Islam itu sendiri jauh dari panduan agama yang sebenar.. Ana teringat kata-kata seorang adik ana,, beliau mengatakan " alangkah indahnya kalau Nabi Muhammad masih hidup".. Bayangkan lah andai Rasulullah masih hidup tika ini, apakah baginda akan gembira melihat umatnya, atau baginda akan menangis pilu melihat aksi-aksi para umat yang amat disayanginya?? Mungkin akan ada yang mengatakan kalau Rasulullah masih hidup, pasti semua orang amat menyayangi Islam, hidup ikut syariat Islam.. Tapi tak terfikirkah kita hidayah itu bukanlah di tangan kita atau sesiapa termasuklah Rasulullah, tetapi hidayah itu milik Allah! Hanya Dia yang berhak memilih kepada siapa Dia ingin memberikan Hidayah.. Kita hanya boleh berusaha untuk mendapatkan hidayah, insyaAllah Allah akan memberikan hidayah andai kita benar-benar berusaha mencari dan ingin memperolehnya. Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih.. Allah tak pernah membebankan kita, ada sebab yang munasah kenapa Allah menuruh kita berbuat sedemikian..

Nabi bersabda :
" Berkatalah benar walaupun ianya adalah pahit! "

No comments: