Monday, November 15, 2010

Kenangan yang mungkin tidak dilupakan.

Bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Ana rasa macam nak je menjerit.. Kenapa ana rasa subject Programming ni begitu susah? Rasa macam nak pitam dah.. Tiba-tiba ana rasa macam nak tulis macam-macam kat blog yang memang dah lama ana tak jenguk ni.. Kalau ana buka pun just nak tengok apa yang di " comment "..
Dah lama tak balik rumah,, ( padahal 2 minggu lepas baru balik ).. Rindu kat Mak and Ayah.. Tak sabar nya nak balik,, cium tangan mak and ayah..

Tiba-tiba ana nak cerita pasal program yang baru-baru ni dijalankan di kampus ana.. RAUDHAH FESTIVAL! Seronoknya!! Ana bersyukur sangat dapat jadi salah seorang committee.. Macam-macam ragam manusia yang ana jumpa,, ada yang tersenyum gembira, ada yang sedih, ada yang kelakar, ada yang sayu dan macam-macam lagi.. Tapi yang paling penting jalinan silaturrahim antara students CFS IIUM, PETALING JAYA.. Allah juga bagi ana kesempatan untuk mengenali lebih ramai ahli FSCC yang secara jujurnya ana ingat garang dulu..
So,, after this don't judge a book by its cover ye Ummu Abiha!!

Nabi bersabda :
" Sesungguhnya barangsiapa diberi bahagiannya daripada ramah, maka dia diberi bahagiannya daripada kebaikan dunia dan akhirat. Barangsiapa tidak diberi bahagiannya daripada ramah, maka dia tidak diberi bahagiannya daripada kebaikan dunia dan akhirat . "

Ada juga perkara yang buat ana sedar, tak semua dalam dunia ni yang mesti ikut cara kita. Kadang-kadang kita perlu fikir berkali-kali sebelum kita buat sesuatu tindakan kerana ada tindakan yang menyebabkan kita bermusuh dengan orang lain.. Dan ingatlah kita, andai ada kesilapan atau salah faham antara kita dengan orang lain, maka seeloknya kita cuba memujukkan hati kita untuk memaafkan orang tersebut.. Ana sendiri dah rasa betapa sakitnya apabila kita terpaksa menahan hati yang sedang disimbah minyak kemarahan oleh syaitan laknatullah!! Memaafkan adalah jalan yang terbaikkan. Memang susah kita nak memaafkan kalau kita biarkan diri dikuasai rasa ego yang melampau!! Kita perlu kalahkan syaitan yang cuba melaga-lagakan kita sebelum syaitan mengalahkan diri kita. Kita perlu buktikan yang kita sebagai Umat MUHAMMAD S.A.W mampu mengamalkan sifat pemaaf dalam kehidupan..

Allah berfirman :
" Jika kamu memaafkan, maka itu lebih dekat kepada takwa! "
( SURAH AL BAQARAH ; 237 )

Allah juga berfirman :
" Jadilah engkau pemaaf "
( SURAH AL-A'ARAF : 199 )

Di sini ana akan letak beberapa keping gambar sepanjang RAFEST 2010 berjalan. Semoga ukhwah yang terjalin kekal hingga bila-bila.. InsyaAllah..

No comments: