Sunday, December 26, 2010

Wanita,, dirimu lebih mahal dari segala harta dunia...

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Ucapan selawat dan salam ke hadrat Ilahi yang sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita.. Hari ini, sekali lagi akal ini diterjah dengan satu persoalan.. Apakah menjadi seorang wanita itu susah,,atau ianya lebih mudah dari lelaki yang banyak tanggungjawabnya... Maka,, malam ini ana ingin berkongsi dengan muslimat-muslimat yang ana sayangi betapa indahnya kehidupan kita sebagai seorang wanita yang asalnya dipandang hina,, tapi telah dijulang tinggi oleh seorang hamba Allah yang bernama Muhammad S.A.W...

Islam mengangkat wanita sebagai satu makhluk yang perlu dipandang mulia... Islam juga menggariskan pelbagai hukum untuk wanita,, bukan kerana ingin menyusahkan kaum muslimat,, tetapi kerana untuk memelihara keindahan sang puteri yang hanya dimiliki oleh yang halal untuknya...Ana teringin untuk berkongsi beberapa hukum yang dikhaskan buat wanita.. Moga ianya akan menjadi panduan buat kita,, mutiara Islam.. InsyaAllah..

  1. Rasulullah bersabda ,," Kedua-dua perhiasan ini ( emas dan sutera ) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita " HR.Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib.
  2. Rasulullah bersabda ,, " Allah melaknati lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki " ~ Hukum ini bukanlah melarang kita untuk memakai seluar atau berpakaian seperti lelaki tetapi Allah mengharamkan segala sesuatu yang dapat menghilangkan sifat kewanitaan yang halus dan lembut dalam diri seorang wanita.
  3. Allah berfirman ,, " Katakanlah kepada wanita yang beriman : 'hendaklah mereka menahan pandangan mereka...' " (QS.24;31) ~ Allah memerintahkan kepada wanita agar menjaga pandangannya terhadap kaum Adam agar syaitan tidak menjerumuskan wanita ke dalam lembah yang hina..
  4. Allah berfirman ,, " dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka.." ( QS. 24;31 ) ~ Allah memerintahkan wanita menjaga tubuh mereka daripada tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata jahat dengan membalutnya menggunakan pakaian mulia kecuali muka dan tapak tangan.
  5. Allah berfirman ,, " Dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.." ( QS 24 ; 31 )
  6. Allah berfirman lagi ,, " Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.. " ( QS.33;32 ) ~ Allah memerintahkan wanita berjalan santai dan berbicara dengan nada yang rendah sehingga mereka nampak berwibawa dan terhormat..
  7. Rasulullah bersabda ,, " Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina." HR Abu Daud ~ Allah memerintahkan kepada wanita agar menghindarkan segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum lelaki kepada dirinya dan tergoda dengan wanita dengan mengikuti perilaku kaum jahiliah pertama atau kaum jahiliah zaman ini..
  8. Rasulullah bersabda,, " Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya.." Muttafaqun'alaih ~ Allah melarang wanita berdua-duaan dengan lelaki selain suami dan mahramnya agar syaitan tidak menjatuhkannya ke jurang kehinaan..

Allah itu Maha Penyayang.. Dia menjanjikan beribu kemanisan di akhirat kelak buat sang wanita yang solehah... Syaratnya mudah,, cuma kita yang empunya diri perlu memilih,, jalan mudah atau jalan sukar..

" Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya. "
( Riwayat Imam Ahmad )

Subhanallah,,, sebegitu sekali Allah memuliakan kaum wanita yang dari rahimnya dilahirkan para ulama' Islam.. Tetapi mengapa masih ada dalam kalangan kita yang memilih untuk berhibur di dunia??? Mengapa???? Apakah kita tidak menginginkan kehidupan sebagai seorang bidadari syurga kelak??? Ingatlah wahai sahabatku, muslimat yang dikasihi,, mari kita muhasabah diri,, apakah kita sudah tergolong dalam mereka yang dipanggil wanita solehah...

" Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suami, menghiaskan dirinya hanya untuk suami tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghinakan suaminya di hadapan orang lain."
( Riwayat Al- Tausi )

Buat sahabat muslimah yang belum bergelar isteri,, berbaktilah kepada ibu dan ayah kita.. Hargailah mereka selagi kita punya kesempatan untuk melakukannya sebelum mereka dijemput Allah yang Maha Esa..

" Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya tersirat takwa keimanan.."

No comments: