Wednesday, March 9, 2011

cinta dunia vs cinta akhirat~

Bismillah..
dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah,, ana dah selamat sampai ke rumah.. Perkara pertama yang terlintas di fikiran,, " rindu akan pusara ayahanda. " InsyaAllah,, andai diizinkan olehNya,, ana akan pergi menziarahi ayahanda. Mohon umurku dipanjangkan olehNya.. Ana tahu akan ada yang terfikir ana di suka berkata tentang cinta. Mungkin ya, mungkin juga tak.. Siapa yang tak suka bercinta? Setiap manusia itu pasti akan punya rasa cinta pada sesuatu, mungkin pada sahabat, ibubapa,, yang pastinya setiap orang punya rasa cinta pada Pencipta.. insyaAllah.. Andai kita merenung kembali setiap detik kehidupan yang kita lalui,, pasti kita akan sedar betapa ramainya umat akhir zaman ini yang mengejar cinta, tapi apa yang menyedihkan apakah cinta yang dikejar adalah cinta yang menjanjikan kemanisan Firdausi kelak?? Pilu rasa hati pabila melihat adik-adik yang masih muda hanyut dibuai janji-janji manis dunia yang tak menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Wahai adik-adikku,, tak terfikirkah dirimu akan cinta Ilahi yang tanpa putus terus menerus mendatangi dirimu? Walaupun sering kali kita melarikan diri jauh daripada kasih Nya, tapi Dia masih memberikan peluang yang tanpa henti menemani kehidupan kita.. Wahai adikku sayang, dimanakah malumu? dimanakah rasa kasihmu pada si dia yang bakal memiliki dirimu? Apakah kau ingin si dia menyentuh jari halusmu yang pernah disentuh oleh orang lain??

Kadang kala kita menyangka seseorang itu baik buat kita sampai tanpa kita sedar, kita biarkan hati kita hanyut dalam menyayanginya.. Tetapi tanpa kita ketahui,, orang itu bukanlah yang diciptakan buat diri kita yang sentiasa melakukan khilaf dalam kehidupan..

" Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. "
( SURAH AL BAQARAH ; 165 )

Buat sahabat-sahabat yang bakal mengikat dirinya dengan seseorang,, semoga kalian dirahmati olehNya.. Ingatlah wanita itu dipilih kerana 4 perkara, tetapi wanita yang dipilih kerana Agamanya adalah yang terbaik. insyaAllah.. Tetapi buat sahabat yang menyukai seseorang,, tetapi kalian menyembunyikannya, yakinlah,, andai dia adalah yang terbaik,, pasti Allah akan mendekatkan hatinya dengan hati kalian. Tapi andai dia bukan untuk kita,, yakinlah bahawa cinta Allah itu lebih dari segalanya.. insyaAllah.. Teruskan berdoa tanpa henti kerana doa itu adalah cara yang terbaik untuk kita memohon kepada Ilahi, meluahkan rasa hati kepadaNya, yang pasti akan menjanjikan sebuah ketenangan yang tak mampu dibeli dengan segala kemewahan dunia..

Nabi bersabda :
" orang yang mengingati Allah dikalangan orang-orang yang lupa itu seperti pohon yang hijau di tengah pohon-pohon yang kering "

No comments: